Minyeo
ialah seorang gadis pendiam yang tidak gemar dengan suasana bising. Keluarga
Minyeo ada tiga orang termasuk dirinya yang terdiri dari bapa (David), ibu
(Hyesun) dan Minyeo (anak kacukan Perancis-Korea). Bapanya, David ialah orang
Perancis yang bekerja sebagai seorang saintis dan ibunya, Hyesun ialah orang
Korea yang bekerja sebagai jururawat. Ketika Minyeo kecil, Minyeo menetap di
Perancis selama 17 tahun. Kini Minyeo sudah remaja, keluarganya bercadang ingin
menetap di Korea.
David
membeli sebuah rumah banglo di kawasan yang agak sunyi kerana Minyeo tidak suka
bising, berdekatan dengan hutan dan jauh sedikit dari sekolah barunya. Di
Korea, Hyesun telah menukar kerjanya untuk menjadi doktor dan sejak itu ibu
Minyeo jarang menemaninya di rumah. David pula telah membina sebuah makmal
bawah tanah di rumah banglo mereka untuk kerja penyelidikan dan kimia di situ.
Minyeo pula, David membuat tambahan bilik di bumbung rumah untuk Minyeo
melukis.
Sekarang
Minyeo berumur 18 tahun, dia memutuskan untuk tidak menyambung pelajarannya
kerana Minyeo amat berminat melukis dan ingin bekerja menjadi pelukis. Tetapi
David tidak setuju kerana katanya pelukis tidak menjamin masa depannya, Hyesun
pula menyuruhnya sambung belajar kerana usianya masih muda untuk bekerja.
Minyeo hanya mendiamkan dirinya di bilik lukisannya, David berkata pada Minyeo
jika melukis hanya untuk masa lapang sahaja.
Awal
pagi Minyeo bangun terus menuju ke bilik lukisannya, dia ingin melukis sesuatu
yang menarik tetapi dia tiada idea untuk melukis lalu meninjau ke tingkap. Ada
sesuatu yang menarik perhatian, bukit tinggi di sebalik hutan sana memberi idea
untuknya melukis. Minyeo melukis bukit tinggi dikelilingi hutan tebal sambil
duduk di atas bumbung bersandarkan tingkap bilik lukisannya. Suasana rumahnya
yang sunyi memberinya ketenangan dan fokus yang penuh untuk melukis.
Ketika
Minyeo sedang melukis, Minyeo ternampak sekumpulan lelaki dengan seragam
sekolah keluar dari hutan. Minyeo melihat begitu ramai pelajar lelaki keluar
dari hutan itu lalu tergerak difikiran Minyeo ingin mengira dan terdapat 12
pelajar lelaki. Minyeo berasa pelik, ‘mengapa mereka keluar dari hutan dengan
pakaian sekolah yang lengkap dan kemas?’. Minyeo turut melukis 12 pelajar
lelaki itu di lukisannya tadi, melukisnya dengan mengikut keadaan yang mereka
keluar tadi.
Minyeo
sedang bersarapan dengan ibu bapanya, Hyesun bersuara ketika Minyeo sedang
makan. “Hari ni Minyeo ikut daddy pergi daftar sekolah.”, Hyesun memandang
Minyeo yang sedang memandang bapanya. David menganggukkan kepalanya. “Tapi
Minyeo tak nak sekolah.”, Minyeo bersuara sambil memandang bapanya. David
menggelengkan kepalanya. “Minyeo kena sekolah. Minyeo masih muda, rugi kalau
tak cari ilmu banyak-banyak. Minyeo boleh pilih bidang seni, Minyeo suka
melukis, kan?”, David pula bersuara. Hyesun memandang David dengan perasaan
terkejut, Minyeo turut berbuat begitu. “Awak kata Minyeo tak boleh melukis,
kenapa bagi Minyeo masuk sekolah seni?”, Hyesun berkata dengan nada tinggi
sedikit kerana terkejut. Minyeo yang mendengar kata-kata ibunya itu tadi terus
menundukkan kepala, berasa kecewa. “Tak apalah. Minyeo dah remaja, dia tahu apa
yang membuatkan dia bahagia. Itu kehendaknya, kita tak boleh nak paksa lagi.”,
David berkata sambil memegang tangan anaknya. Minyeo tersenyum dengan sifat
penyayang bapanya. Kedengaran Hyesun mengeluh, David memegang tangan isterinya
pula. “Hyesun, kita dah paksa Minyeo untuk sambung belajar. Takkan kita nak
paksa dia belajar sesuatu yang dia tak suka. Kita bagi dia peluang untuk dia
buktikan bidang seni melukis yang dia gemar tu dapat menjamin masa depan dia atau
tak.”, David memang pandai memujuk isteri dan anaknya. Hyesun hanya mengangguk,
Minyeo pula tersenyum.
Minyeo
tiba di sekolah bersama bapanya, David tersenyum melihat Minyeo tersenyum.
David dan Minyeo menuju ke pejabat sekolah. Setelah pendaftaran Minyeo selesai,
Minyeo mengekori guru kelasnya untuk masuk ke kelas. Manakala David pula terus
pulang ke rumah banglonya. Minyeo berdebar-debar apabila masuk ke dalam kelas
tapi senyumannya telah menyembunyikan perasaan berdebarnya itu. Minyeo memberi
ucapan pada pelajar yang lain sambil tersenyum manis.
Minyeo
duduk bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki. Minyeo yang pendiam tidak
ingin berkenalan dengan mana-mana pelajar dalam kelas itu. Tetapi Minyeo dapat
kelas yang pelajarnya peramah-peramah belaka, hampir satu kelas menegur dan
bertanya namanya. Kelas itu juga amat bising ketika guru tiada di kelas, Minyeo
yang tidak gemar suasana bising hanya mampu bertahan dengan headphone yang dibawanya.
Sambil mendengar lagu, Minyeo melukis keadaan kelasnya yang bising itu. Sesuatu
menarik minat matanya, pelajar lelaki yang duduk di sebelahnya tidak seperti
pelajar lelaki yang lain. Dia begitu tenang bersandar di kerusi, menontot
pelajar lain.
Minyeo
sedang melukis pelajar lelaki di sebelahnya. Setelah selesai, Minyeo menoleh ke
sebelah. Pelajar lelaki itu sedang memerhati dan memandang lukisan di meja
Minyeo, pelajar lelaki itu mengambil lukisan Minyeo itu. Minyeo hanya
membiarkan sahaja, pelajar lelaki itu tersenyum sambil mencapai pen di mejanya
lalu menulis sesuatu di kertas lukisannya. Minyeo rasa bersalah pula kerana
melukis gambar dia tanpa kebenaran, pelajar lelaki itu menyerahkan lukisan itu
semula pada Minyeo.
Minyeo
membaca tulisan pelajar lelaki itu, ‘Terima kasih.-Kai-‘. Minyeo memandang
pelajar lelaki di sebelahnya, Kai tersenyum pada Minyeo. Minyeo turut tersenyum
padanya. ‘Nama dia Kai. Simple, macam orangnya.’, fikiran Minyeo. Kedengaran
pula bunyi loceng, waktu rehat. Semua pelajar keluar dari kelas kecuali Minyeo,
dia hanya makan roti bakar yang ibunya bekalkan untuknya. Kelas menjadi sunyi,
tanpa membuang masa Minyeo melukis lagi.
Setelah
tamat waktu persekolahan, Minyeo menunggu bapanya di bastop luar sekolah.
Minyeo memerhati sekumpulan pelajar lelaki pulang berjalan kaki, matanya
ternampak Kai yang sedang tersenyum bersama rakan-rakannya. Beberapa minit
kemudian, bapanya tiba. Minyeo pulang menaiki kereta, ketika dalam perjalanan
pulang ke rumah. Minyeo ternampak Kai sedang berjalan pulang bersama
rakan-rakannya lagi, kali ini Kai turut perasan. Kai dan Minyeo bertentangan
mata dan tersenyum sesama sendiri.
Tiba
di rumahnya, Minyeo terus menuju ke arah bilik lukisannya di atas bumbung itu.
Minyeo menggantung lukisan Kai pada dinding, lukisan itu digantung bersebelahan
tingkap. Minyeo membuka tingkap, menghirup udara segar dari atas. Minyeo keluar
dari tingkap bersama buku lakar, duduk di atas bumbung untuk mendapatkan idea
melukis. Minyeo melihat sekeliling rumahnya dari atas, tiba-tiba Minyeo
ternampak sesuatu. Minyeo nampak sekumpulan pelajar lelaki masuk ke dalam hutan
tebal itu lagi.
Minyeo
berasa pelik, Minyeo terus menuju ke bilik bawah tanah. Bapanya berada di bilik
bawah tanah itu sedang mengkaji sesuatu, David melihat anaknya masuk. “Kenapa,
sayang? Ada apa-apa ke?”, David bertanya pada anaknya. Minyeo menjawab. “Daddy
tak ambil mummy ke? Sekarang ni dah pukul tujuh malam.”, Minyeo melihat bapanya
mengetuk dahi. David terlupa ingin mengambil Hyesun. Bergegas David menuju ke
luar rumah, Minyeo ditinggalnya bersendirian di bilik bawah tanah itu.
Minyeo
yang tadi niatnya ingin bertanya tentang hutan tebal itu, tak jadi pula apabila
melihat jam di dinding rumah tadi. Minyeo mengeluh sambil mengelilingi bilik
bawah tanah milik bapanya, macam-macam alat ada. Macam-macam bahan kimia yang
disusun pada almari dan juga macam-macam buku tentang alam semestar. Minyeo
mengambil buku lakarnya lalu melukis keadaan bilik bawah tanah yang penuh
dengan barang milik bapanya, macam-macam bahan dan alat dilukisnya.
Minyeo
membantu ibunya menghidang makan di meja makan sambil menunggu bapanya selesai
mandi. Ketika makan malam berlangsung, Minyeo bertanya pada bapanya. “Daddy,
dalam hutan sana ada orang tinggal ke?”, David hanya menjawab dengan gelengan.
“Kenapa tanya pasal hutan tu pula?”, David pula bertanya. “Minyeo nampak
pelajar sekolah keluar dan masuk hutan tu.”, David hanya mengangguk lalu
bersuara. “Biasalah tu, budak-budak sekolah nakal.”, Minyeo mengangguk.
Keesokan
harinya, bermulalah kehidupan baru Minyeo. Seorang pendiam boleh menjadi
seorang yang ceria dan mesra, diri Minyeo telah berubah apabila berkawan dengan
ramai orang. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Kini Minyeo berkawan
rapat dengan Kai, boleh dikatakan yang Minyeo telah jatuh cinta pada Kai.
Minyeo tidak tahu perasaan Kai padanya sama atau tidak, tapi Minyeo jatuh cinta
padanya sebab Kai seperti bapanya. Kai amat prihatin dengan dirinya, sifat
penyayang seperti bapa Minyeo.
Suatu
hari, Minyeo disuruh pulang jalan kaki oleh bapanya kerana bapanya kena selidik
sesuatu dan tempatnya jauh. Minyeo terpaksa pulang ke rumah berjalan kaki,
Minyeo ternampak Kai dan rakan-rakannya berjalan kaki di hadapannya. Minyeo
hanya memerhati Kai di belakang sambil tersenyum. Muncul pula perasaan ingin
tahunya, Minyeo bercadang ingin mengekorinya sehingga Minyeo dapat tahu di mana
Kai tinggal. Tambahan pula, rumah Minyeo tiada orang dan dia boleh balik lambat
sesuka hatinya.
Makin
mengekorinya, makin teruja. ‘Macam dekat dengan rumah aku aje.’, fikiran Minyeo
yang sedang melalui laluan yang sama hendak ke rumahnya. Tetapi perasaan
terujanya tidak lama, Minyeo terfikir sesuatu. ‘Rumah aku yang paling hujung
sekali, kat mana diorang nak pergi sebenarnya?’. Minyeo terus mengekori Kai dan
rakan-rakannya, mereka menuju ke arah hutan tebal. Minyeo terkejut dan teringat
sesuatu. ‘Takkan diorang yang aku selalu tengok masuk dan keluar dari hutan
ni?’, fikiran Minyeo.
Sebelum
Minyeo jejakkan kakinya ke dalam hutan tebal itu, kedengaran bunyi hon kereta
di belakangnya. Bapanya menyuruh Minyeo masuk ke dalam kereta, Minyeo menoleh
ke dalam hutan tebal itu lalu naik ke keretanya. “Minyeo buat apa kat sini?
Minyeo patutnya belok ke kiri, bukan ke kanan. Lorong kanan ni mana ada rumah
dah, kan daddy pernah bagitahu.”, David berkata separuh marah. Risau dengan
anaknya, Minyeo membalas. “Tapi Minyeo nampak budak lelaki sekolah Minyeo masuk
dalam hutan tu.”, Minyeo turut bersuara separuh tinggi. “Tak payah ikut
diorang, budak-budak tu semuanya nakal-nakal. Macam mana kalau Minyeo ikut
diorang tadi, Minyeo kena rogol? Daddy yang susah nanti.”, David meninggikan
suaranya pada Minyeo yang mula rasa marah dengan kata-kata bapanya itu.
“Daddy!”, Minyeo telah meninggikan suaranya pada bapanya. Minyeo melihat bapanya
tidak peduli dengan perasaannya kini, Minyeo berpeluk tubuh.
Tiba
sahaja di rumah, Minyeo terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Setelah meletakkan
beg galasnya di atas kerusi, Minyeo terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Rasa
marahnya masih membara dihatinya dan juga rasa ingin tahu tentang Kai makin
menjadi-jadi. Minyeo meninjau ke tingkap, melihat ke arah hutan tebal itu. ‘Apa
yang diorang buat kat dalam hutan tu tiap-tiap hari?’, soalan yang sama
berlegar-legar di mindanya kini. Merenung jauh ke arah langit yang semakin
gelap.
Jam
lapan malam, ibunya dah menghidang makanan untuk makan malam. Tetapi Minyeo
enggan turun makan, bapanya mengetuk pintu bilik tidur Minyeo lalu masuk ke
dalam. David mengeluh sebelum mendekati anaknya di tingkap. “Minyeo, turun
makan. Mummy Minyeo dah sediakan makanan tu, jom.”, ajakan bapanya tidak mahu
diikutnya. Minyeo masih kaku di tingkap, tidak bersuara. “Okay, daddy minta
maaf. Daddy terlepas cakap tadi, sorry.”, David memeluk tubuh anaknya dari
belakang. Marah Minyeo mula reda apabila mendengar suara sayu bapanya, Minyeo
tak sampai hati ingin memarahi bapanya. Minyeo hanya mampu mengangguk sambil
tersenyum.
Selesai
makan malam, Minyeo masuk bilik lukisannya. Minyeo merenung lukisan gambar Kai
yang digantung bersebelahan tingkap itu, Minyeo tersenyum sendiri. Sesekali
Minyeo menoleh ke luar tingkap, Minyeo melihat bulan di langit. Begitu cantik
dan indah, Minyeo mencapai buku lakarnya dan pensil. Minyeo melukis bulan di
langit itu, sesekali terpandang hutan tebal itu. Minyeo terbayangkan Kai
semula, ‘apa yang dia buat kat hutan tu?’. Soalan yang sama masih
berlegar-legar di mindanya.
Keesokan
harinya, Minyeo berhasrat ingin bertanya pada Kai mengenai hutan tebal itu.
Tapi hampa, Kai tidak hadir ke sekolah hari itu. Rakan-rakannya yang lain turut
tak hadir, Minyeo mula curiga. ‘Ada apa-apa yang berlaku pada diorang ke kat
hutan tu?’, fikirannya. Minyeo bertanya pada rakan kelas, semuanya berkata yang
12 orang ni takkan datang apabila menjelang musim baru pada hari ketujuh musim
baru tu. Minyeo masih memikirkannya, ‘tapi kenapa?’. Minyeo mengeluh.
Esoknya
pula, Kai masih tak datang. Tapi enam dari 12 orang mereka datang, mereka agak
pelik. Mereka kelihatan pucat dan bibir mereka berwarna biru kemerahan, seperti
lebam atau bengkak. Apabila Minyeo bertanya kenapa, mereka semua jawab tak ada
apa-apa. Ketika mereka menjawab, Minyeo melihat gigi mereka semua kuning. Bau
mulut mereka juga kurang menyenangkan atau busuk, pakaian mereka juga nampak
kusam. Boleh dikatakan mereka semua nampak selekeh.
Esoknya
lagi, Kai datang. Tapi enam orang yang datang semalam pula tak datang, enam
orang yang lain pula datang. Kai salah seorang daripada mereka turut begitu,
penampilanya kelihatan selekeh atau tidak terurus. Wajahnya kelihatan pucat,
bibirnya berwarna biru kemerahan, giginya kuning, bau mulutnya juga busuk dan
Kai asyik tidur apabila guru mengajar. Kai agak berubah hari ini, lebih diam
dan mudah marah. Minyeo mengeluh, kecewa dengan Kai.
Minyeo
duduk terdiam di taman bunga sekolah sambil fikirannya tidak tenteram
memikirkan Kai dan rakan-rakannya, ‘kenapa diorang jadi macam tu?’. Sedang
Minyeo termenung, Kai menegurnya lalu duduk bersebelahannya. Kai bertanya pada
Minyeo, “Awak okay tak?”. Minyeo berasa pelik dengan suara garaunya, “Sepatutnya
saya yang tanya macam tu pada awak, bukan awak.” Suara Minyeo separuh menjerit,
Kai mengeluh lalu menceritakan sesuatu pada Minyeo.
“Tipu!
Saya tak percaya!”, Minyeo meninggikan suaranya pada Kai yang mula berdiri. Kai
menarik tangan Minyeo menuju ke bilik stor sukan, Kai menunjukkan sesuatu di
tangannya. Minyeo terkejut selepas melihatnya, suatu tanda parut dengan cahaya
biru. Minyeo berundur beberapa langkah sambil menutup mulutnya, “Tak mungkin.”
Minyeo menggeleng kepalanya beberapa kali, Kai cuba mendekatinya. “Jangan!
Jangan dekat!”, Minyeo keluar dari bilik stor sukan itu sambil menangis.
Minyeo
menuju ke taman bunga sekolah semula. Minyeo duduk di bangku sambil menangis,
tiba-tiba Kai berada disebelahnya. Minyeo terkejut, dia baru saja duduk di situ
tapi Kai dah muncul. Minyeo berdiri, Kai turut berdiri lalu berkata. “Ini salah
satu bukti apa yang saya cakap tu betul.”, Minyeo menoleh ke belakang kerana
masih tidak mempercayainya. Sebelum Minyeo melangkah pergi, Kai muncul di
hadapannya secara tiba-tiba. Minyeo terkejut dan hampir terjatuh, tapi Kai
pantas mendakapnya. Minyeo menolak tubuh Kai, “Go away from me!”. Kai hanya
mampu melihat Minyeo pergi dari matanya, “I’m sorry, Minyeo.”
Tiga
hari berturut-turut Minyeo tidak ke sekolah dan terperap dalam bilik tidur
sambil menangis. Ibu bapanya risau dengan keadaan Minyeo yang tidak mahu makan
dan minum, risau kesihatannya terjejas. ‘Kai…’, hanya itu yang muncul
dimindanya. Minyeo masih tak dapat menerima kenyataan bahawa orang yang dia
cintai adalah serigala jadian yang mempunyai kuasa luar biasa, Minyeo
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Minyeo teringat sesuatu, bapanya seorang
saintis. ‘Mungkin daddy ada buku tentang serigala jadian.’
Minyeo
bergegas keluar dari bilik tidurnya, menuju ke bilik bawah tanah. Mujur bapanya
tiada, dia pergi ke arah rak buku. Minyeo mencari satu persatu buku yang
jumlahnya beratus dalam rak buku itu, Minyeo mengeluh apabila buku yang dicari
berada di depan matanya. Pantas dia menyelak buku bertajuk ‘Serigala Jadian’
itu, mencari sesuatu. Sesuatu yang dicari itu adalah, “Sumpahan itu akan hilang
jika tanda parut yang bercahaya biru itu kena titisan air mata manusia yang
mencintai serigala jadian tersebut, tapi bukan titisan air mata yang
dibuat-buat. Manusia itu dan serigala jadian tersebut mestilah saling
mencintai.”
Minyeo
termenung ketika makan malam, ibu bapanya memerhati Minyeo dari tadi. “Minyeo.
Kenapa, sayang? Ada masalah?”, Hyesun menegur anaknya. Minyeo hanya menggeleng,
bapanya pula bertanya. “Minyeo nak apa-apa ke? Mana tahu daddy boleh
tunaikan.”, David melihat anaknya sedang merenung matanya. “Minyeo…teringin nak
masuk hutan tebal tu. Boleh?”, Minyeo memberi kejutan pada ibu bapanya. “Tapi
kenapa pula teringin nak masuk hutan tebal itu? Tak ada benda yang menarik pun
kat sana.”, David berkata dengan perasaan pelik. “Minyeo nak mengembara ke? Nak
memburu? Mummy tahu tempat yang sesuai, tapi bukan hutan tebal tu.”, Hyesun
pula mencelah. Minyeo terdiam, memikirkan sesuatu. “Tak apalah. Daddy, mummy,
Minyeo dah selesai. Minyeo nak naik atas.”, Minyeo masuk ke bilik lukisannya.
Minyeo
merenung jauh ke dalam hutan tebal, terbayang Kai yang penyayang itu boleh
bertukar menjadi serigala apabila jam 12 tengah malam nanti. Minyeo membuka
laci mejanya, buku tentang serigala jadian dari bilik bawah tanah milik bapanya
dibawa ke bilik lukisannya. Minyeo membaca buku itu sehelai demi sehelai,
akhirnya dia habis membacanya. ‘Kai, awak cintakan saya tak?’, bisikan hatinya.
Minyeo menangis, ‘mungkin tak sebab awak tu serigala.’
Keesokan
harinya, Minyeo memberanikan dirinya untuk ke sekolah. Minyeo duduk sambil
melukis menanti ketibaan Kai dan rakan-rakannya. Minyeo nekad, dia ingin
berterus-terang tentang perasaannya terhadap Kai. Mungkin ya, mungkin tak juga
jawapan Kai nanti. Minyeo menarik nafasnya apabila melihat Kai mendekatinya,
Kai duduk di sebelah Minyeo tanpa suara atau menegurnya. Minyeo berasa pelik
dan kecewa dengan sikap endah tak endahnya.
Minyeo
teringat sesuatu, buku serigala jadian itu ada tulis. Jika serigala jadian itu
lupa sesuatu atau berubah sesuatu, maka dia akan menjadi serigala sepenuhnya.
Dalam diam, Minyeo menitiskan air matanya. ‘Kai dah tak ingat aku ke?’, bisik
hatinya yang kecewa. Minyeo melihat ada tangan sedang menghulurkan sapu tangan,
pantas Minyeo menoleh. ‘Eh, bukan Kai. Tapi kawan dia.’, fikirannya setelah
menoleh. Minyeo mencapai sapu tangan itu, Minyeo terperanjat.
‘Dia
pun ada tanda parut bercahaya biru tu!’, Minyeo memandang kawan Kai itu. “Don’t
be sad, girl.”, Minyeo melihat tanda namanya. “Sehun…”, Minyeo berasa pening.
Dia berasa bahawa dirinya berada di dunia gelap, ‘semuanya serigala jadian
ke?’. Minyeo pengsan selama dua jam, kini Minyeo berada di hospital. Apabila
Minyeo sedar, ibunya salah seorang doktor di hospital itu sedang merawatnya.
Minyeo memeluk ibunya, Minyeo menangis dipelukan ibunya.
Seseorang
sedang memerhati Minyeo di luar bilik rawatan, hatinya turut sedih ketika
melihat Minyeo menangis. Apabila Minyeo melepaskan pelukan ibunya, Minyeo
ternampak seseorang bereda pergi di pintu bilik rawatannya. ‘Siapa tu? Kai
ke?’, Minyeo ingin keluar tapi ibunya tidak benarkan. Minyeo meronta-ronta
ingin keluar sehingga beberapa jururawat masuk ke bilik rawatannya, memberi
ubat penenang padanya. Sebelum Minyeo lelap, Minyeo sempat bersuara. “Kai…”
Minyeo
tersedar pada waktu malam, melihat keadaan sekelilingnya. Gelap dan sunyi,
Minyeo sedang terbaring di tengah-tengah hutan tebal itu. Minyeo bangun,
berdiri. ‘Aku kat mana ni?’ perasaannya cemas. Minyeo menoleh ke kanan dan kiri,
semak samun. Di hadapannya ada cahaya lampu yang menyuluh jalan, Minyeo
melangkah ke hadapan. Tiba-tiba terdengar suara di belakangnya seperti seruan,
langkah ke hadapannya terhenti. Minyeo menoleh ke belakang, menuju ke arah
suara itu.
“Careless,
careless! Shoot anonymous, anonymous! Heartless, mindless! No one who care
about me!”, Minyeo mendengar seruan itu semakin dekat. Minyeo melihat sebuah
bulatan dibuat oleh orang yang sedang menyeru, sebuah bulatan yang memenuhi 12
orang. Minyeo melihat di bawah tapak kaki mereka mempunyai simbol yang berbeza,
Minyeo hanya merenung satu simbol. ‘Aku macam pernah tengok simbol tu.’ Minyeo
cuba mengingat tentang satu simbol itu.
“Kai!”,
jeritan Minyeo membuatkan mereka semua yang sedang menyeru menoleh ke arahnya.
Minyeo melihat mata mereka semua berwarna merah kecuali Kai, mata Kai berwarna
biru. ‘Jika matanya berwarna biru, dia sedang melihat kelemahannya. Kelemahan
mereka hanya satu iaitu cinta.’ Minyeo teringat tentang buku serigala jadian
itu. Minyeo melihat mereka yang berpakaian serba hitam itu menghampirinya
kecuali Kai, Minyeo mengundur ke belakang sambil menjerit. “Kai!”
“Minyeo…kenapa
ni, sayang?”, Hyesun terkejut mendengar anaknya menjerit. Minyeo tersedar dari
mimpinya, melihat ibunya berada di sebelahnya. Badan Minyeo berpeluh, ibunya
mengelap peluhnya di dahi. Minyeo menoleh ke kanan dan kiri, melihat
sekelilingnya terang. “Mummy, Minyeo dekat mana ni?”, Minyeo mula bersuara
cemas. “Minyeo dekat hospital. Kenapa, sayang? Minyeo mimpi seram, ya?”, Hyesun
menjawab pertanyaan anaknya. Minyeo menghembus nafas lega.
Hari
ni Minyeo boleh pulang ke rumah, Minyeo meninggalkan hospital itu. Dalam
perjalanan pulang, Minyeo duduk di bahagian belakang kereta. David sedang
memandu asyik memandang anaknya di belakang melalui cermin, Hyesun pula
bertanya pada anaknya yang kelihatan masam. “Minyeo…Kai tu siapa?”, Minyeo
tersentap. “Mana mummy tahu tentang Kai? Dia ada jumpa mummy, ke? Bila? Kat
hospital, ke?”, Minyeo melihat ibunya menggeleng. “Mummy terdengar Minyeo sebut
nama dia masa tidur.”
Minyeo
mengeluh setelah mendengar jawapan ibunya. “Siapa Kai tu? Buah hati Minyeo,
ke?”, Minyeo memandang terkejut pada ibunya yang tersenyum melihat reaksi
wajahnya yang terkejut itu. Minyeo hanya mendiamkan diri, memandang ke luar
tingkap. Sedang menghirup udara segar di luar tingkap, Minyeo memandang hutan
tebal itu. Bayang-bayang Kai sedang melambainya di hutan tebal itu dengan mata
birunya muncul secara tiba-tiba, Minyeo tersentap.
‘Mimpi
tu adalah petunjuk. Petunjuk Kai cintakan aku juga. Kai…’ bisikan hatinya.
Minyeo menarik nafasnya, menahan perasaan yang terpendam dalam hatinya. ‘Kenapa
aku boleh cintakan serigala jadian seperti Kai tu?’, Minyeo memejam matanya.
‘Kenapa Kai yang dipilih menjadi serigala jadian? Kenapa?!’, Minyeo menyentuh
dadanya. ‘Mungkin ke Kai juga jatuh cinta pada aku?’, hatinya meronta.
Malam
tu Minyeo mimpi perkara yang sama, Minyeo tersedar dari mimpi. Minyeo menarik
nafasnya beberapa kali, mengelap peluh di dahi dan duduk. Berdiri, turun menuju
ke dapur. Minyeo meneguk segelas air kosong, naik semula ke bilik tidurnya.
Setelah menutup pintu, mulutnya pula ditutup seseorang. Minyeo terperanjat
melihat Kai berada dalam bilik tidurnya, “Kai, macam mana awak boleh masuk
dalam bilik saya?”. Suara perlahan Minyeo yang cemas membuatkan Kai tersenyum.
“Awak!
Saya tanya ni, jangan sengih-sengih boleh tak?”, suara Minyeo masih perlahan.
Tanpa menjawab soalan Minyeo, Kai terus memeluk Minyeo. Tersentap Minyeo dengan
perbuatan mengejut Kai itu, Minyeo terdiam. “Saya rindu awak, Minyeo.”, suara
sayu Kai mencairkan hatinya. Minyeo melepaskan pelukan Kai, memandang wajah
sayu Kai. Minyeo tersenyum pada Kai, merindui wajah itu. ‘Aku akan berterus
terang dengan dia .’, bisik hatinya. Minyeo menarik nafasnya.
“Kai,
saya dah tak kisah awak tu serigala ke, apa ke…saya tetap sukakan awak.”,
luahan ikhlas Minyeo. Kai tersenyum mendengarnya, tangannya menyentuh lembut
wajah ayu Minyeo. “Saya pun…suka kawan dengan awak.”, Kai tersenyum tawar
dengan kata-katanya sendiri. “Kawan?”, Minyeo melepaskan tangan Kai. “Saya suka
awak bukan sebagai kawan, tapi saya cintakan awak.” Kai menundukkan kepalanya
setelah mendengar ucapan Minyeo. “Saya datang ni sebab…mungkin ini kali
terakhir saya dapat tengok awak.” Minyeo tersentap.
“Awak
nak pergi mana?”, pertanyaan cemas Minyeo. “Saya akan pergi jauh dari sini…dari
bumi ni.” Kai menjawab dengan nada yang sungguh perlahan. Minyeo terdiam,
lidahnya kelu setelah mendengar jawapan Kai. Minyeo terduduk atas katil,
menitis air matanya. Kai menarik nafasnya dalam-dalam, menahan perasaannya. Kai
melangkah ke arah tingkap bilik tidur Minyeo, sebelum pergi. “Minyeo…selamat
tinggal.” Kai telah hilang. Minyeo menutup wajahnya dengan dua belah tangannya,
menangis sepuas-puasnya.
Malam
berikutnya Minyeo mimpi perkara yang sama lagi, pantas Minyeo membuka matanya.
Terus menuju ke arah tingkap bilik tidurnya, berharap Kai datang lagi. Tetapi
hampa, Kai masih tidak muncul. Minyeo mengeluh, menundukkan kepalanya. Minyeo
menoleh ke arah jam dinding, sekarang jam 10.30 malam. Minyeo nekad ingin masuk
ke hutan tebal itu, menyiapkan dirinya dengan baju sejuk. Mengambil lampu suluh
di laci mejanya, Minyeo keluar melalui tingkap bilik tidurnya itu.
Kini
Minyeo berada di hadapan hutan tebal itu, menarik nafasnya dalam-dalam sebelum
masuk. Hutan tebal itu disuluh oleh Minyeo tanpa rasa getar, perlahan-perlahan
langkahnya diatur. Begitu gelap, hanya bintang dan bulan menyinari bumi. Terasa
angin bertiup kencang, terdengar bunyi daun pokok beralun. Minyeo memusingkan badannya,
menoleh ke belakang. Melihat tiang lampu jalan semakin jauh dari matanya,
Minyeo berdebar-debar. Minyeo melangkah ke arah tiang lampu, ketakutan.
Minyeo
ketakutan, dia berpatah balik. Tiba-tiba Minyeo terdengar bunyi bising di
tengah-tengah hutan tebal itu, langkahnya terhenti. Minyeo tidak jadi berpatah
balik, pantas Minyeo mencari bunyi bising itu. “Careless, careless. (MAMA!)
Shoot anonymous, anonymous. (MAMA!) Heartless, mindless. (MAMA!) No one who
care about me. (MAMA!)”, Minyeo semakin hampir dengan bunyi itu. Minyeo
bersembunyi disebalik batang pokok besar, kelihatan beberapa orang berjubah
hitam serta menutup kepalanya.
‘Keadaan
yang sama dengan mimpi aku.’ Minyeo teringat mimpinya tadi. Minyeo mencari
kelibat Kai, ‘mungkin dia ada juga.’ Setelah menjumpai simbol pada tapak kaki,
Minyeo menutup mulutnya. ‘Aku tak boleh menjerit macam dalam mimpi tu, aku kena
selidik dulu.’ Minyeo memerhati Kai. Suatu cahaya muncul di atas mereka, cahaya
biru simbol pada tapak kaki mereka bertukar merah. Minyeo menelan air liurnya
ketika melihat satu demi satu hilang, Minyeo gelabah. “Kai!”
Kai
menoleh ke arah Minyeo, mata merahnya berubah biru. “Kai…pleasa, don’t go.”,
sayu suara Minyeo. Kai ingin mendekati Minyeo, tapi dihalang. Orang di sebelah
Kai memegang tangannya, langkah Kai terhenti. Minyeo menitiskan air matanya,
“Kai, saya cintakan awak.” Mata birunya semakin terang, Minyeo cuba
mendekatinya. “Minyeo, jangan!”, Kai bersuara. Minyeo terhenti, makin deras air
matanya mengalir apabila Kai berkata. “Saya cintakan awak, Minyeo.” Kai
menghilang. “Jangan pergi, Kai!”
Minyeo
melutut di tengah-tengah hutan tebal itu, air matanya mengalir tanpa henti.
“Kai!”, hanya jeritan Minyeo kedengaran di hutan tebal itu. “Saya cintakan
awak, Kai…janganlah pergi!” Minyeo menjerit sambil mendongak ke langit. Bintang
dan bulan sudah menghilang, setitik demi setitik air hujan turun. Hujan semakin
lebat, air mata Minyeo juga semakin deras mengalir. Air matanya mengalir
seperti hujan turun, badannya basah kuyup. “KAI…!”
Minyeo
& Kai (kisah pertama).
Nantikan
kisah seterusnya.
“Sebuah
kisah cinta yang tidak dapat disatukan kerana Kai lebih mementingkan
persahabatannya dengan 11 serigala jadian yang lain. Pada malam Kai menghilang,
sumpahan itu sudah sebati dalam dirinya sebab itu Kai memilih untuk bersama
dengan 11 serigala jadian yang lain dan terpaksa meninggalkan gadis yang
dicintainya iaitu Minyeo.” -Nisa-

No comments:
Post a Comment