Sonyeo
dari keluarga berada, dia sangat terkenal dengan sifat arwah ibunya yang
pemurah dan penyayang tidak seperti bapanya yang bengis dan sombong. Sonyeo
berusia 24 tahun, tapi ramai mengatakan dia berusia 17 tahun kerana wajahnya
yang awet muda seperti arwah ibunya juga. Sonyeo mempunyai kedai haiwan yang
dibeli oleh bapanya, Sonyeo juga doktor haiwan di kedainya sendiri. Kedai
haiwannya bukan menjual haiwan sahaja tapi juga mempunyai klinik rawatan
haiwan.
Pada
suatu petang, Sonyeo pulang dari rumah kawannya yang jauh dari bandar. Rumah
kawannya itu di kawasan kampung yang berhampiran dengan hutan. Sonyeo lebih suka
berjalan kaki dari stesen KTM ke rumah kawannya itu dan juga ketika pulang.
Sonyeo berjalan di kawasan berhampiran hutan, Sonyeo terdengar suatu bunyi di
celah semak hutan itu lalu menjenguknya dengan perasaan ingin tahu. Sonyeo
melangkah masuk ke hutan itu, mencari dari mana datangnya bunyi tadi.
“Oh!”,
Sonyeo agak terkejut apabila melihat seekor haiwan kecil terlantar disebalik
pokok. Sonyeo mendekati haiwan itu, memastikan itu haiwan apa. Tapi Sonyeo
berkerut dahi selepas itu, ‘haiwan apa ni?’ perasaan ingin tahu semakin merebak.
Sonyeo melihat ke kanan dan ke kiri serta di hadapan dan belakangnya, tiada
orang mahupun rumah. Keadaan yang sunyi itu hanya suara haiwan itu kedengaran,
Sonyeo membuat keputusannya sendiri. Sonyeo membalut haiwan itu di dalam
begnya, membawanya ke kedai haiwannya di bandar.
Sampai
sahaja, Sonyeo terus merawat luka haiwan itu. “Kenapa darah dia warna hitam?
Tadi macam merah aje, dah kering ke? Tapi basah lagi.” Minyeo berkata pada
dirinya sendiri, memikirkan sesuatu yang aneh. Darah haiwan yang berwarna hitam
itu diletaknya dalam makmal DNA haiwannya. Setelah lukanya dirawat, Sonyeo cuba
memeriksa bahagian lain. Melihatkan mata haiwan itu berwarna biru, Sonyeo
tersenyum. “Comelnya…mata dia warna biru menyala, macam nyalaan api biru.”
“Huh?
Biru menyala? Nyalaan api biru? Mana-mana?”, rakan kerja Sonyeo mencelah.
“Tengok haiwan ni…aku tak tahu dia jenis apa and nama haiwan ni pun aku tak
pasti.”, Sonyeo berkata pada rakan kerjanya yang bernama Yaena, seorang pekerja
kacukan US. “Wah…daebak! Kalau jual kat US ni…mahal tau! Haiwan aneh!”, Yaena
membuntangkan matanya melihat dan memerhati haiwan itu. Sonyeo memandang dengan
wajah masamnya, terkebil-kebil mata Yaena melihat Sonyeo marah.
“Sorry…”,
Yaena bersuara lembut. Sonyeo merenung kembali haiwan di hadapannya, ‘haiwan
apa agaknya ni?’. Sonyeo masih tidak tahu itu haiwan apa, dia cuba mencari di
internet tapi tak jumpa. Dia cuba mencari di buku-buku tentang haiwan, tapi tak
serupa. Cuba berfikir tapi tak dapat juga, ‘dari mana haiwan ni muncul tadi?
Erm…di hutan, tapi…’ Sonyeo teringat sesuatu, buku haiwan zaman dahulu.
Mencarinya satu persatu dengan teliti, ada seekor haiwan yang serupa dengannya
pada zaman dahulu.
“Serigala
sumpahan? Eh, mengarutlah! Mungkin juga kucing? Ataupun anjing? Erm…”, Sonyeo
membiarkan haiwan itu di bilik rawatan haiwan. Sonyeo menuju ke arah makmal
DNA, dia melihat keputusan darah hitam haiwan itu. ‘Tiada yang menyerupainya.’
Sonyeo melihat alat pengesan DNA itu sambil berkerut dahi. “Aneh…darah ni juga
tiada sebarang virus mahupun bakteria. Ia juga…masih panas walaupun sudah
dikeluarkan dari tubuh haiwan tu.” Yaena tolong membacakan maklumat dari DNA
itu.
“Dari
mana kau jumpa haiwan ni? Ish! Seram sejuk aku rasa bila aku pegang test tube
ni, panas! Risau aku, kalau-kalau test tube ni pec…ah…”, Yaena berhenti bercakap.
Sonyeo dan Yaena melihat test tube itu pecah dan serpihan kaca itu mengeluarkan
asap. “Busuklah!”, Yaena berkata apabila terhidu bau asap di serpihan kaca itu.
Sonyeo masih terdiam melihat kejadian itu, fikirannya buntu. Dia tak tahu apa
yang harus dia lakukan, perasaan ingin tahunya semakin menjadi-jadi.
Sonyeo
menuju ke bilik rawatan haiwan itu, melihat haiwan itu sedang lena tidur dan
kedengaran haiwan itu berdengkur perlahan. Sonyeo mendekati haiwan itu,
tangannya mengusap lembut haiwan itu. ‘Macam manalah haiwan yang dah pupus
macam kau ni wujud lagi kat dunia ni?’ dia berasa pelik dengan haiwan itu.
Maklumat yang ada dalam buku haiwan zaman dahulu itu menyatakan haiwan itu
dengan serigala sumpahan memang serupa. ‘Mungkin ke kau ni sebenarnya manusia
yang terkena sumpahan?’
Seawal
jam 4 pagi, Sonyeo sudah bangun dari tidurnya. Sonyeo tidak tidur lena
memikirkan haiwan itu, Sonyeo pergi ke bilik rawatan haiwan itu. Tiba sahaja,
Sonyeo mula berdebar-debar setelah melihat haiwan itu tiada di situ. Sonyeo
mencari di kawasan berdekatan bilik rawatan itu, tapi tiada. Sonyeo mula rasa
cemas, ‘ke mana menghilangnya?’ Sonyeo cuba mencari di kawasan haiwan kurungan
yang lain, tiada. Sonyeo terfikir ingin mencarinya di luar kedai, tapi mustahil
kerana pintu kedai dikunci.
Setelah
berada di hadapan pintu kedai, Sonyeo terkejut melihat pintu kedai yang dikunci
olehnya terbuka. ‘Ini cara…pecah masuk ni!’ perasaannya mula resah terfikirkan
kedainya dicerobohi oleh perompak. Sonyeo memerhati di sekelilingnya, risau
jika barangnya ada yang hilang. Ternyata ada, ‘tapi…kenapa baju kebun aku yang
hilang? Baju kebun tu bukannya mahal, mungkin perompak tu rabun kot.’ Sonyeo
menghembuskan nafas leganya, tentang haiwan itu pun dia tidak hiraukan sangat.
‘Mungkin haiwan tu ada kat sekeliling ni je kot.’
Sonyeo
keluar dari kedainya dalam pukul 5 pagi untuk bersenam, selalunya dia akan
keluar bersenam pada jam 6 pagi tapi dia berasa mengantuk ingin menunggu
sehingga jam 6 pagi. Keadaan agak sunyi, tidak seperti selalunya. Jam 6 pagi,
masyarakat di kawasan itu sudah memulakan kerja hariannya. Tapi sekarang dia
berasa sunyi kerana dia keluar jam 5 pagi, semua orang di kawasan tu sedang
dibuai oleh mimpi indah. “Wah…udaranya segar sungguh pagi-pagi ni!” Sonyeo
berkata sambil berjoging.
Sedang
berjoging, Sonyeo teringatkan haiwan aneh itu. “Apa makanan dia?” Sonyeo
berjalan menuju ke kedai makanan haiwan sambil melihat jam tangannya, jam 6.17
pagi. “Kena cepat ni…karang Yaena datang ke kedai aku yang berkunci tu, mesti
merajuk.” Sonyeo memilih pelbagai jenis makanan haiwan, hampir satu kedai
diborong. Tauke kedai itu ternganga melihatnya, Sonyeo hanya mampu tersenyum.
Sonyeo menghulurkan kad bisnes kedainya, ‘Animal’s House Shop’. Tauke itu
tersenyum membacanya.
Sonyeo
balik ke kedai menaiki lori dari kedai makanan haiwan yang dikunjungi tadi,
dari jauh sudah kelihatan kedai haiwannya. ‘Siapa yang buka lampu kedai aku tu?
Takkan Yaena? Tapi Yaena tak ada kunci pendua kedai aku…takkan ayah aku kot?’
hatinya berbisik. Sonyeo masuk ke dalam kedainya. Melihatkan Yaena yang ada di
dalam, dia terkejut. “Yaena?”, Sonyeo bersuara. Yaena yang sedang mengemas,
pantas menoleh ke belakang. Yaena menghampiri Sonyeo sambil bercekak
pinggangnya.
“Kau
ni…kalau keluar tu lain kali kunci pintu. Walaupun kau pergi beli makanan untuk
haiwan-haiwan kesayangan kau ni, tahu!”, Yaena terus keluar untuk menunjukkan
arah pada penghantar makanan haiwan itu. Sonyeo hanya mampu mendiamkan diri,
‘setahu aku…aku kunci pintu ni tadi.’ Sonyeo makin terkejut melihat baju
kebunnya tersangkut kemas di almari. “Yaena…baju kebun ni…tadi kan…”, tak sempat
Sonyeo menghabiskan ayatnya Yaena sudah membalas. “Huh! Lagi satu. Baju kebun
tu! Aku tahulah kau ni anak orang kaya, tapi tak sepatutnya kau letak merata
tempat aje!”, Sonyeo kebingungan.
Sonyeo
terduduk di bangku luar kedainya, bingung memikirkan keadaannya. ‘Sejak bila
pula aku jadi seorang yang pelupa ni? Aku rasa…aku kunci pintu tadi. Erm…baju
kebun tu, tak tahulah kat mana dia jumpa…aku yang selalu pakai pun aku tak
ingat mana kau letak.’ Sonyeo dikejutkan oleh Yaena. “Huh! Mengelamun aje!”,
Yaena duduk sebelah Sonyeo. “Mana ada…”, Sonyeo mengeluh. “Sonyeo…kenapa haiwan
kau tu asyik tidur aje? Dari semalam aku tengok posisi dia sama aje, mati ke?”,
mulut pedas Yaena mengejutkan Sonyeo. ‘Tadi dia tak ada…erm…’
Sonyeo
bergegas pergi ke bilik rawatan haiwan itu, Yaena hanya membuntutinya. Sonyeo
memeriksa haiwan itu, ‘hidup lagi…lukanya pun dah pulih, tapi cepatnya pulih.’
Sonyeo memeriksa pula suhu badan haiwan itu, “panas giler…sampai 30 darjah!
Demam ke apa ni?”, Yaena terkejut. Haiwan itu terbangun setelah terdengar suara
bising Yaena, Sonyeo turut terbangun kerana terkejut melihat haiwan itu sedar.
Mata haiwan itu yang berwarna biru seakan-akan nyalaan api kelihatan, haiwan
itu mengebil-ngebilkan matanya.
Sonyeo
tersenyum, Yaena turut tersenyum melihatnya. “Comelnya…”, suara Sonyeo
didengari oleh haiwan itu. Kedengaran pula haiwan itu bersuara kecil seperti
membalasnya. “Hih…”, matanya dikebil-kebilkan lagi. “Wah! comelnya…”, Sonyeo
bersuara lagi sambil pandangannya tak lekang ke arah haiwan itu. Yaena turut
mengatakan haiwan itu comel. “Hih! Hih!”, kedengaran lagi haiwan itu bersuara
sambil melompat-lompat. Sonyeo dan Yaena ketawa melihat gelagat comel haiwan
itu.
“Kita
nak bagi dia nama apa?”, Sonyeo bertanya pada Yaena. “Panggil…Hihih?”, Yaena
pula bertanya pada Sonyeo. “Kenapa?”, “Sebab dia asyik sebut tu aje…”, Sonyeo
memandang haiwan itu. “Hihih…”, Sonyeo bersuara sambil memandang haiwan itu
tapi tiada respon. Haiwan itu hanya terkebil-kebil membalasnya. “Kenapa dia tak
bagi respon?”, Yaena bingung. Kedua-duanya terdiam, berfikir nama yang sesuai.
Tiba-tiba Sonyeo bersuara, “Gwiyeobta (comel)!”. Dalam tiga saat, haiwan itu
membalas, “hih!”.
Bermulalah
pada saat itu, Sonyeo dan Yaena membela haiwan itu yang diberi nama Gwiyeobta.
Sudah enam bulan Gwiyeobta dibela, perbezaan saiz yang amat ketara. Badan
Gwiyeobta yang semakin besar membuatkan Yaena berasa janggal ingin memanggilnya
Gwiyeobta kerana dia sudah tidak secomel dahulu, tapi tidak pada Sonyeo yang
seorang penyayang. Sonyeo tetap memanggilnya Gwiyeobta, walaupun dia sudah
tidak kelihatan comel seperti kucing lagi dan lebih kepada serigala.
Pada
suatu malam, Sonyeo tidak dapat melelapkan matanya lalu berdiri di koridor
tingkat atas bilik tidurnya. Ketika itu jam dinding biliknya sudah menunjukkan
pukul 11.45 malam, lagi 15 minit sahaja menjelang jam 12 tengah malam. Sonyeo
meraup wajahnya, ‘kenapalah tak dapat nak tidur ni…banyak sangat masalah aku
agaknya…’ fikirannya bercelaru. Sedang menghirup udara pada tengah malam,
Sonyeo terdengar sesuatu di tingkat bawah. ‘Yaena ke?’ Sonyeo menuju ke bilik
Yaena, dia masih tidur di atas katilnya dengan lena sekali.
‘Takkan
perompak kot!’ Sonyeo memberanikan dirinya turun dari tingkat atas menuju ke
dapur tingkat bawah di mana dia dengar bunyi tadi. Perlahan-lahan dia meninjau
ke arah dapur, kelihatan seseorang sedang menyelongkar laci kabinetnya. Sebelum
menyerang orang itu, Sonyeo mengambil penyapu di bawah tangga. Melangkah dengan
perlahan-lahan, tiba-tiba langkahnya terhenti. Sonyeo menoleh ke ruang tamu,
Gwiyeobta tiada di situ. ‘Ke mana Gwiyeobta pergi? Dia kalau dah tidur takkan
berganjak dari posisinya…’
Kedengaran
bunyi bising di dapur lagi, Sonyeo terus teringat akan keadaan rumahnya.
‘Lupakan sebentar tentang Gwiyeobta, orang itu lebih penting. Siapalah yang
ceroboh rumah aku ni? Erm…’ fikiran Sonyeo. Perlahan-lahan Sonyeo sudah berada
di belakang orang itu. Penyapu di tangannya dihayunkan ke atas lalu kepala
orang itu dipukulnya bertubi-tubi, orang itu juga melawan. Tubuh Sonyeo ditolak
ke belakang oleh orang itu, tubuh Sonyeo makin ke belakang sehingga di ruang
tamu. Kaki Sonyeo tersandung pada karpet di ruang tamu itu, hampir terjatuh
tapi pantas tangan orang itu memeluk pinggang Sonyeo.
Sonyeo
terkejut dengan kepantasan orang itu, dia tercengang seketika melihat orang
itu. ‘Handsome…nya laki ni…’ hatinya berdebar-debar. Mereka berdua saling
bertentangan mata, buat seketika Sonyeo terlena dengan kekacakan lelaki itu.
‘Mata…dia…biru menyala…’ tiba-tiba terdengar suara Yaena. “Sonyeo…apa yang bising
sangat ni?...”, terus hilang lamunan Sonyeo. Dia terus melepaskan pelukan
lelaki itu dan lelaki itu pantas berlari ke arah pintu di dapur, Sonyeo hanya
membiarkan dia terlepas.
“Sonyeo…”,
suara Yaena yang sayu itu membuatkan Sonyeo berasa geram. “Apa?!”, Sonyeo terus
naik ke tingkat atas. Yaena dibiarkan mengigau di ruang tamu bersendirian.
Sonyeo berlari ke koridor biliknya, melihat di luar rumahnya. Lelaki itu ada di
hadapan rumahnya sedang memandang dirinya yang berdiri di koridor, Sonyeo
tersenyum pada lelaki itu. Tanpa diduga, lelaki itu membalas senyumannya lalu
beredar dari situ. ‘Tak pernah aku tengok dia sebelum ni. Dia baru pindah ke?
Siapa dia agaknya? Handsome sungguh!’
Sonyeo
bersiar-siar di taman rekreasi kawasan perumahannya bersama Gwiyeobta,
mengharapkan sesuatu berlaku. ‘Agaknya…kat mana laki tu tinggal?’ dalam
fikirannya kini hanya ada lelaki malam semalam sahaja. Sonyeo kini dihantui
oleh bayang-bayang lelaki itu, ‘handsome betullah dia tu!’ Sehingga Gwiyeobta
tiada di sisinya barulah dia sedar, “Eh! Gwiyeobta mana?!”. Sonyeo mencarinya
di sekeliling taman, “tak ada? Mana dia pergi ni?”. Sonyeo mula gelisah apabila
melihat orang ramai berkumpul di tengah jalan raya.
“Gwiyeobta!”,
Sonyeo meluru ke arah Gwiyeobta yang dikerumuni orang ramai. “Hey! Kau bela
haiwan apa ni huh?! Habis daging lembu aku, dia makan!”, seorang wanita tua
memarahi Sonyeo setelah mendapat tahu Gwiyeobta itu kepunyaannya. “Bukan daging
lembu aje, kaki aku pun hampir aje kena makan dengan binatang buas kau ni!”,
wanita tua itu manambah lagi kata-katanya. Sonyeo hanya mendiamkan diri,
sebelum beredar dia berkata sesuatu pada wanita tua itu. “Maaf. Tapi dia hanya
haiwan biasa yang tidak mempunyai otak atau dapat membezakan makanan yang
dimakannya.”
Sonyeo
terus beredar pulang ke rumahnya, membasuh mulut Gwiyeobta yang berlumuran
darah daging lembu yang mentah tadi. “Gwiyeobta…kenapa makan daging mentah? Kan
dah makan sebelum bersiar-siar tadi…”, Sonyeo hanya mendengar hembusan nafas
Gwiyeobta sebagai tanda dia membalas kata-katanya. Dulu Gwiyeobta berbunyi
‘hih’, tapi sekarang tidak lagi. Bunyinya lebih kedengaran seperti auman
ataupun mengaum. Rupa, lagak dan suaranya sudah ketara seperti serigala. Sonyeo
mengeluh.
Pada
malam itu, Sonyeo asyik terfikirkan Gwiyeobta yang seperti serigala itu. Ramai
orang mengata-ngatanya dari belakang yang dia membela binatang buas iaitu
Gwiyeobta. Sonyeo meraup wajahnya setelah melihat jam di dinding bilik tidurnya
menunjukkan jam 12 tengah malam, dia berjalan menuju ke koridor luar. Menghirup
udara segar sambil menutup matanya yang tidak mahu lelap sejak akhir-akhir ini.
Sesuatu mengganggunya, matanya dibuka luas. Melihat pada kakinya ada seketul
batu kecil, Sonyeo tinjau ke tingkat bawah.
‘Itu…lelaki
semalam…kan?’, Sonyeo pantas menuruni tangga rumahnya setelah melihat lelaki
semalam yang menceroboh rumahnya berada di hadapan rumahnya. Sebelum keluar
dari rumahnya, dia perasan sesuatu. Gwiyeobta tiada di ruang tamu, ‘ke mana dia
pergi?’. Sonyeo menoleh ke luar rumahnya, dia tersenyum lalu keluar melupakan
tentang Gwiyeobta tiada di ruang tamu itu. Perlahan-lahan dia menghampiri
lelaki itu dan semakin hampir, lelaki itu tersenyum pada Sonyeo. Lelaki itu
bersuara pada Sonyeo.
“Hai…”,
suara garau lelaki itu kedengaran di telinga Sonyeo. “Erm…hai!”, Sonyeo
membalasnya dengan rasa malu. “Ehem! Nama saya Chanyeol. Awak?”, lelaki itu
atau Chanyeol menghulurkan tangan kanannya. “Erm…saya Sonyeo.”, mereka berjabat
tangan. Kedua-duanya tersenyum sesama sendiri. “Ni…rumah awak?”, Chanyeol
menuding ke rumah Sonyeo yang hanya mengangguk. “Awak dari mana? Saya tak
pernah tengok awak kat kawasan perumahan ni. Awak baru pindah ke?”, Sonyeo
memberanikan dirinya bertanya.
“Saya
dari kampung yang jauh dari bandar, berdekatan hutan. Sunyi, tak ada orang pun
tahu rumah saya kat mana. Sebab rumah saya kat dalam hutan.”, Chanyeol menjawab
dan Sonyeo mengangguk. “Erm…kenapa tak ada orang tahu? Kawan awak?”, “Kawan?
Erm…semua kawan saya dah pindah ke bandar. Cari makan…”, “Oh…jadi sekarang awak
kerja kat mana?”, Sonyeo merenung wajah kacak Chanyeol menunggu jawapan. Lama
Chanyeol berdiam, “Erm…kat kedai makan. Saya baru aje balik. Kerja malam.”
“Siang?
Awak buat apa?”, Sonyeo melihat wajah keruh Chanyeol seperti soalannya susah.
“Erm…saya…”, tiba-tiba telefon bimbit Sonyeo berbunyi. *Yaena: “Sonyeo! Kau kat
mana? Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah? Aku takutlah…”, Sonyeo:
“Aku ada kat taman ni…kejap lagi aku balik.”* Sonyeo menyimpan semula telefon bimbitnya
di dalam poket seluar. “Chanyeol, saya terpaksa balik sekarang. Kawan saya dah
mengigau suruh saya balik, risau bertambah parah budak tu.”, Chanyeol
menganggukkan kepalanya. “Biar saya teman awak balik, dah pukul 3 pagi ni.”,
mereka jalan berdua.
Sampai
sahaja di rumahnya, Sonyeo terus naik ke bilik tidurnya. Menutup pintu koridor
bilik tidurnya sambil tersenyum memandang ke bawah, Chanyeol turut tersenyum. Sonyeo
menyandarkan tubuhnya di pintu koridor itu setelah menutupnya, tersenyum lagi.
Memikirkan Chanyeol yang tinggi, lembut dan comel itu mempunyai suara yang
garau. ‘Chanyeol tinggal kat kampung jauh dari bandar? Dekat dengan hutan?
Erm…dia kata dia tinggal kat dalam hutan? Macam kampung kawan aku aje…’
Esok
paginya, Sonyeo dikejutkan oleh Yaena dengan berita Gwiyeobta hilang. “Macam
mana dia boleh hilang?”, Sonyeo bertanya dengan reaksi terkejut pada Yaena yang
hanya tahu menggeleng saja dari pertanyaan pertama hingga akhir. Sonyeo
mengeluh, melepaskan marahnya pada tanah kebunnya dengan mencucuk-cucuk tanah
itu. Sonyeo terfikir yang semalam sebelum dia keluar, Gwiyeobta sudah tiada di
ruang tamu. Sonyeo mengetuk manja kepalanya dengan tangan kirinya, rasa
bersalah menyelubungi diri.
Sonyeo
berjalan mengelilingi kawasan perumahannya untuk mencari Gwiyeobta, tapi tiada.
‘Ke mana agaknya dia pergi?’ fikiran Sonyeo kini hanya ada Gwiyeobta sahaja.
Yaena yang sedang mencari Gwiyeobta menggunakan GPS yang telah digantung pada
lehernya juga tak dapat dikesan. “Sonyeo…mungkin rantai dia terjabut kot. Itu
yang tak dapat dikesan. GPS tu dapat dikesan bila rantai tu ada kat leher dia
je.” Yaena mengeluh setelah mendengar Sonyeo mengeluh dengan penjelasannya
tentang GPS itu.
Sonyeo
tidak mahu pulang selagi dia tidak jumpa Gwiyeobta, dia betul-betul rasa bersalah.
‘Dah dua kali aku rasa dia tak ada kat ruang tamu time malam…tapi first aku
tengok dia masih ada, second ni…tak ada pulak dan dia tak ada masa…Chanyeol
muncul!’ Sonyeo membuntangkan matanya. “Takkan dia yang curi Gwiyeobta…”, Yaena
memandang wajah Sonyeo setelah mendengarnya. “Siapa?!”, pertanyaan mengejut
dari Yaena itu tidak dilayan oleh Sonyeo yang masih berasa ragu-ragu ingin
menuduhnya.
Malamnya,
Sonyeo menunggu Chanyeol di koridor bilik tidurnya. Tepat jam 12 tengah malam,
Chanyeol muncul di hadapan rumah Sonyeo sambil melambaikan tangannya. Sonyeo
menuruni tangga rumahnya dengan perlahan-lahan, ‘aku kena selidik latar
belakang dia.’ Sonyeo keluar dari rumahnya, mendekati Chanyeol. Senyuman manis
yang diukir oleh Sonyeo dibalas, Chanyeol turut tersenyum padanya. Mereka
berdua sedang berbual di taman, langit pula mengeluarkan bunyi guruh sebagai
petanda bahawa ia nak turunkan hujan.
Dengar
sahaja bunyi guruh, Chanyeol memandang resah pada langit malam itu. “Kenapa?”,
Sonyeo bertanya. “Erm…macam nak hujan aje.”, Chanyeol menjawab sambil dahinya
dikerutkan. Apabila hujan mula rintik-rintik turun, kegelisahan Chanyeol
ketara. “Dah hujanlah! Saya nak balik!”, Chanyeol terus meninggalkan Sonyeo
tanpa menoleh ke belakang. “Chanyeol!”, Sonyeo melihat Chanyeol berlari begitu
pantas sekali. Sonyeo cuba mengekori Chanyeol dari belakang, tapi dia
ketinggalan jauh lalu pulang ke rumah.
Semalaman
Sonyeo tidak dapat melelapkan matanya memikirkan Gwiyeobta dan juga Chanyeol.
‘Kenapa Chanyeol takut hujan macam Gwiyeobta? Gwiyeobta pun akan lari
sepantasnya bila hujan turun.’ Sonyeo mengeluh. Sonyeo mencapai telefon
bimbitnya, naluri hatinya menyuruhnya membuka GPS Gwiyeobta. Cuaca hujan di
luar menyukarkan pengesanan GPS itu, Sonyeo mengeluh lagi. Sebelum telefon
bimbitnya diletakkan atas katil, suatu bunyi pengesanan GPS mengejutkan Sonyeo.
Pantas dia menolehkan kepalanya pada skrin telefon bimbitnya, ‘Gwiyeobta…’
Sonyeo
terus berjalan mengikut pengesan GPS itu. Walaupun hujan masih lebat, dia tetap
ingin mencari Gwiyeobta. Sonyeo sudah semakin hampir dengannya. Sonyeo
menyimpan telefon bimbitnya dalam poket seluar, matanya berkeliaran di kawasan
itu. ‘Mana agaknya dia bersembunyi?’ perlahan-lahan Sonyeo berjalan di tempat yang
gelap dan hanya kedengaran suara hujan. “Gwiyeobta…” Sonyeo terdengar sesuatu
selepas dia bersuara. Bunyi tapak kaki atau mungkin seseorang juga berada di
situ. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa dilihatnya dalam keadaan
yang gelap itu.
Sonyeo
mengambil semula telefon bimbitnya, membuka pengesan GPS. ‘Tak ada? Tadi dapat
dikesan, sekarang tak ada pulak? Macam mana dia boleh buka and pasang rantai tu
sendiri? Mesti ada seseorang curi dia.’ dahinya berkerut setelah berfikir.
Sonyeo mula rasa berdebar-debar, dia berasa dirinya diperhatikan sekarang. Dia
menarik nafasnya perlahan-lahan dan menghembusnya perlahan-lahan, dia mengambil
keputusan untuk menoleh ke belakang. Pantas dia menoleh, terpampang muka
seseorang yang memeranjatkannya.
“Chanyeol!”,
Sonyeo terkejut apabila Chanyeol muncul di belakangnya. Sonyeo mendongak ke
langit, ‘tak perasan hujan dah berhenti…’ Sonyeo rasa dugaannya betul bahawa
Chanyeol yang mencuri Gwiyeobta darinya. Sonyeo meninjau belakang Chanyeol,
cuba mencari kelibat Gwiyeobta yang tadi dikesan menggunakan GPS. “Awak buat
apa kat sini?”, tanya Chanyeol pada Sonyeo. “Sepatutnya saya yang tanya awak
soalan tu…awak tahu kan saya tengah cari haiwan saya yang hilang, kenapa awak
boleh tanya macam tu?”.
Chanyeol
mengeluh, Sonyeo perasan sesuatu ditangannya sedang menyembunyikan sesuatu.
“Awak sembunyikan apa dari saya? Kat tangan awak tu?”, Sonyeo melihat riak
wajah Chanyeol yang berubah serta-merta. “Erm…tak…mana ada saya…”, belum habis
ayat Chanyeol itu Sonyeo terus merampasnya. Makin terkejut Sonyeo dibuatnya
apabila mendapat tahu barang yang disorok oleh Chanyeol itu adalah rantai
Gwiyeobta. “Chanyeol! Awak yang curi haiwan saya kan?!”, “Tak…bukan saya
lah…saya tak curi…saya…”
Sonyeo
terus beredar dari situ, mencari Gwiyeobta di sekeliling tempat itu. Hampir
setengah jam dia mencari, Chanyeol hanya memerhati. Akhirnya Sonyeo berputus
asa, dia melutut di situ lalu menitis air matanya. “Chanyeol…mana awak
sembunyikan dia? Pulangkanlah…”, Sonyeo bersuara sambil menangis seperti merayu
pada Chanyeol. “Saya tak curi dia…”, Chanyeol turut melutut berhadapan Sonyeo.
“Kalau bukan awak, siapa lagi?! Dah terbukti awak yang pegang rantai dia!
Penipu! Saya benci awak!”
Sonyeo
bangun dari melutut, dia dah tidak berdaya ingin mencari Gwiyeobta lagi.
Melihat skrin telefon bimbitnya, jam 5.50 pagi. ‘Dah nak subuh…’ Sonyeo
mendongak ke langit. Langkahnya terhenti, dia termenung seketika sambil
memandang tanah. “Sonyeo…”, suara garau Chanyeol telah menyedarkan Sonyeo dari
lamunan. Sonyeo menoleh ke belakang, memandang Chanyeol yang berwajah sayu itu.
Chanyeol turut memandangnya, mereka berdua bertentangan mata. Sonyeo
berdebar-debar ditenung begitu. Sonyeo menarik nafasnya, meleraikan rasa
debaran di hatinya itu.
“Sampai
hati awak curi haiwan kesayangan saya. Chanyeol…awak mengecewakan saya. Awak
tak tahu yang saya dah jatuh cinta dengan awak. Buktinya saya tak marah awak
menceroboh rumah saya, pertama kali saya nampak awak…saya dah jatuh cinta pada
awak. Tapi apa yang awak buat ni dah melampau! Saya sayang haiwan tu! Saya tak
kisah orang ejek dia pelik atau buas! Saya tetap sayang dia! Erm…sama macam
awak, pertama kali saya nampak dia…saya dah suka. Comel sangat…dia pun tak suka
hujan macam awak. Haiwan tu juga ada mata macam awak, baru saya perasan.
Matanya warna biru menyala macam warna api biru…ia sama macam awak juga. Kenapa
mesti awak yang mirip dengannya? Kenapa awak? Saya…rasa…”, Chanyeol terus
memeluk tubuhnya. Sonyeo terkejut dengan perbuatan Chanyeol, Sonyeo hilang
kata-katanya. “Terima kasih kerana menyayangi haiwan pelik tu. Terima kasih
sangat-sangat!”, Chanyeol berbisik di telinga Sonyeo. “Tapi…kenapa awak yang
ucap terima kasih?”, pelukan tadi dileraikan perlahan-lahan.
Chanyeol
dan Sonyeo merenung mata masing-masing, Chanyeol tersenyum sebelum menjawab
soalan Sonyeo. “Sayalah haiwan pelik tu…”, “Saya tak faham…”, Sonyeo berbohong.
Memang dari awal dia rasa haiwan itu adalah sumpahan, dia berpura-pura. “Awak
akan tahu selepas pukul 6 pagi, saya dapat jadi manusia apabila menjelang 12
tengah malam dan bertukar ke bentuk sumpahan semula selepas pukul 6 pagi.”,
setelah Chanyeol berkata begitu. Sonyeo terus melihat jam di telefon bimbitnya.
‘Sekarang
pukul…5.59 pagi. Lagi seminit je.’ Sonyeo menitiskan air matanya. “Kenapa boleh
jadi macam ni? Kenapa awak disumpah macam ni? Siapa yang buat?”, soalan
bertubi-tubi dari Sonyeo hanya dibalas dengan senyuman oleh Chanyeol.
“Jawablah! Awak dah kesuntukkan masa ni! Jawablah cepat!”, suara esakan Sonyeo
semakin kuat. Chanyeol memeluk Sonyeo, cuba meredakan tangisan Sonyeo. “Tunggu
malam nanti, baru saya jawab. Sabarlah…”, Chanyeol berbisik. Sonyeo peluk erat
tubuh Chanyeol sambil memejam matanya seperti tidak mahu melepaskannya dari
pelukan.
Tepat
jam 6.01 pagi, Chanyeol berubah menjadi Gwiyeobta. Sonyeo membuka matanya,
melihat dirinya sedang memeluk haiwan pelik itu. Sonyeo tersenyum lebar, berasa
lega. “Gwiyeobta…dah kembali.”, Sonyeo mengusap bulu haiwan pelik itu dengan
rasa kasih. Sonyeo melihat di tapak kaki Gwiyeobta ada rantai GPSnya, Sonyeo
memasangnya di leher Gwiyeobta semula. Membawanya pulang ke rumah,
memandikannya, diberi makan dan minum, dan macam-macam lagi aktiviti yang
dilakukan olehnya.
Seharian
Sonyeo berkepit dengan Gwiyeobta, Yaena yang memerhati dari tadi berasa terharu
dengan keperihatinan Sonyeo terhadap haiwan pelik itu. “Sonyeo…kau asyik
berkepit aje dengan dia hari ni. Cemburu pulak aku tengok.”, Yaena mengusap
bulu haiwan pelik itu. “Kau ni…aku risau dia hilang lagi…sebab tu aku tak nak
lepaskan dia.”, Sonyeo turut mengusap bulu haiwan pelik itu. “Sonyeo, aku kena
pergi meeting dengan pihak atasan.”, Yaena berjalan ke keretanya. “Lama sangat
ke?”, soalan Sonyeo dibalas dengan gelengan kepala dari Yaena. “Kejap je…bye!”
Sonyeo
bersiar-siar di kawasan taman permainan bersama Gwiyeobta, ‘dia berubah jadi
macam ni sampai bila agaknya?’ Sonyeo mengeluh. Sonyeo duduk di bangku
berteduhkan pokok, merenung Gwiyeobta dengan pelbagai soalan di minda. ‘Kenapa
dia disumpah jadi haiwan pelik pulak? Mesti ada sesuatu tak kena dengan
dia…sebab tu dia disumpah.’ Sonyeo mengeluh sekali lagi. Berasa letih dengan
semua yang ada di sekelilingnya, ‘kenapalah aku boleh suka dengan dia?’
wajahnya diraup dengan tangan kirinya.
Perasaan
Sonyeo yang penuh dengan kasih pada Gwiyeobta dan cinta pada Chanyeol semakin
terhakis kerana keadaannya yang memerlukan kesabaran, tapi Sonyeo berasa itu
semua adalah bebanannya. Sonyeo mengambil keputusan untuk meninggalkan
Gwiyeobta di situ dengan berpura-pura membeli makanan ringan di gerai
berdekatan, tapi Gwiyeobta itu adalah manusia yang telah disumpah. Gwiyeobta
mengekori Sonyeo ke mana sahaja dia pergi, Sonyeo mengeluh dengan keadaannya
yang huru-hara itu.
Tiba-tiba
sahaja hujan turut, Sonyeo tahu hujan adalah kelemahan Gwiyeobta dan juga
Chanyeol. Sonyeo mengambil kesempatan itu dengan lari sepantas yang boleh,
meninggalkannya jauh dari sisinya. Sonyeo berhenti di lorong, dia menitiskan
air matanya. “Maafkan saya, awak…saya dah tak sanggup nak hadap awak yang
berupa serigala tu.”, esakan Sonyeo itu telah pun didengari oleh Gwiyeobta atau
Chanyeol yang dari tadi mengekori Sonyeo ketika dia berlari.
Ketika
jam 12 tengah malam menjelang, Gwiyeobta berubah menjadi Chanyeol. Dia menjabut
rantai GPS dilehernya, mencampakkannya jauh-jauh. Chanyeol berasa amat marah
dengan Sonyeo yang hanya suka pada rupa bukan hatinya, dia terlalu marah
sehingga matanya berubah menjadi warna merah. Tangannya digenggam kuat, dia
menumbuk batang pokok di hadapannya sehingga terbakar. Chanyeol mengeluh dengan
perbuatannya itu, dia teringatkan sesuatu setelah dia disumpah dalam hutan.
“Aku akan kekal macam ni kalau tak ada seorang pun sudi terima aku seadanya.”,
Chanyeol mengeluh lagi.
“Saya
sudi!”, suara seseorang di belakang Chanyeol telah memeranjatkannya. Chanyeol
menoleh ke belakang, ‘macam kenal je…erm…’ dahi Chanyeol berkerut melihat orang
itu. “Yaena?”, Chanyeol melihat orang itu mengangguk. “Saya dah tengok dengan
mata kepala saya sendiri awak berubah tadi. Sebenarnya saya ternampak Gwiyeobta
berlari ke sini, saya ekorilah dia…rupa-rupanya, rupa peliknya itu
menyembunyikan sesuatu iaitu awak.”, Yaena berkata dengan penuh keyakinan. Tapi
dihati Chanyeol kini ada Sonyeo dan selamanya.
Sonyeo
& Chanyeol (kisah kedua).
Nantikan
kisah seterusnya.
“Sebuah
kisah cinta yang memerlukan kesabaran, jika tidak hancurlah segala-galanya.
Sonyeo hanya jatuh cinta pada rupa Chanyeol dan juga Gwiyeobta, dia tidak
sanggup menunggu Chanyeol berubah semula. Bagi Sonyeo, sumpahan Chanyeol itu
adalah satu bebanan sahaja. Tapi Chanyeol tetap menyintai Sonyeo, walaupun
Yaena mengatakan dia sudi menerima Chanyeol seadanya.” -Nisa-

No comments:
Post a Comment