EXO WOLF POWER

EXO WOLF POWER

Thursday, 12 June 2014

Wolf (Into Your World) Part 3-Tao


Yojung, seorang gadis ceria dan lasak. Yojung juga antara pelajar yang terpandai di sekolah. Yojung terkenal di sekolahnya, semua guru dan pelajar mengenalinya. Tapi tidak lama kemudian, seorang pelajar lelaki yang baru pindah ke sekolahnya telah mengambil alih tempatnya. Yojung menerima kenyataan itu dengan ikhlas, dia tidak pernah berasa cemburu mahupun dengki pada lelaki itu. Walaupun dia berasa agak kecewa dengan kawan-kawannya yang juga telah beralih pada lelaki itu, dia tetap tersenyum. Kini, Yojung bersendirian. Ke mana dia pergi, di mana dia berada, senyuman tetap bersamanya.
Pada malam majlis kecemerlangan pelajar, Yojung menantikan namanya yang disebut. Tapi tidak. “Tao! Tahniah! Sudah dua tahun berturut-turut nama kamu dicarta pelajar cemerlang!” pengetua memeluk erat tubuh Tao setelah berucap. Seluruh dewan riuh menepuk tangan atas kecemerlangan Tao, begitu juga Yojung. Walaupun agak kecewa dengan prestasinya kini, Yojung tetap tersenyum atas kecemerlangan orang lain. Tiba-tiba dia terdengar orang di sebelahnya mengata tentang dirinya. “Tengok Yojung tu. Dia dah jadi pelajar tercorot kat sekolah kita ni. Padam muka dia!”
Setelah mendengarnya Yojung terus bereda dari majlis itu, dia duduk bersendirian di belakang dewan yang masih kedengaran semua pelajar bersorak nama Tao. “Huh…betullah kata dia, aku dah jadi pelajar tercorot kat sekolah ni. Tapi masih mengharapkan nama aku dipanggil dan dilaung macam dulu.” Yojung memejam matanya menahan air mata. Apabila Yojung membuka matanya, air mata jernihnya menitis ke lantai. Dia terdengar sesuatu di sebelah kirinya, dia terus menoleh. Melihat bayang-bayang di bawah lampu, seseorang sedang memerhatinya dari tadi.
Yojung mendekatinya, bayang-bayang itu hilang. Yojung pantas menoleh dan ternampak tubuh seorang lelaki sedang melarikan diri. ‘Siapa?’, Yojung cuba mengingati tubuh itu. Yojung melihat dewan sekolah sudah sunyi, ‘lama juga aku pejamkan mata tadi, sampai dah sunyi pun aku tak perasan.’ Yojung mengeluh mendekati dewan sekolah, melangkah masuk ke dalam dewan sekolah itu. Mengingati memori manisnya di situ, dahulu dia adalah pelajar cemerlang di sekolah. Setiap tahun namanya yang disebut pengetua dan namanya yang selalu dilaung kuat-kuat oleh kawan-kawannya. ‘Sekarang?’
“Hey! Dah malam ni…baliklah!” sekuriti sekolah mengejutkan Yojung yang sedang mengelamun di atas pentas itu. Yojung terus keluar dari dewan sekolah. “Maaf.” Yojung mengekori sekuriti itu. “Huh! Sorang lagi nak kena marah! Tak suka betul!” sekuriti itu membebel dan Yojung hanya mendengar. ‘Seorang lagi? Maksudnya…tadi betul-betul ada orang perhatikan aku?’ Sebelum Yojung keluar dari sekolah, dia sempat bertanya pada sekuriti sekolah itu. Sekuriti itu tidak tahu siapa, tapi sekuriti itu kata dia lelaki. Yojung tidak salah lihat tadi, memang tubuh seorang lelaki.
Esoknya, di padang sekolah. Yojung mengambil gambar di kawasan padang sekolah untuk majalah sekolah pada akhir tahun nanti. Yojung adalah pengerusi kelab fotografi, pengetua menyuruhnya mengambil gambar Tao kerana Tao adalah watak utama majalah sekolah. Yojung tahu mengapa pengetua berkata begitu, tapi dia hanya menurut sahaja. Yojung sedang mengambil gambar Tao di sudut padang dari jauh, Tao sedang menunggu gilirannya. Tao adalah atlet sekolah, paling kerap dia buat latihan adalah lompat tinggi dan wushu. Sekarang Tao sedang membuat latihan lompat tinggi.
Yojung cuba mengambil gambar Tao dari dekat pula, tapi agak sulit kerana ramai pelajar perempuan sedang bersorak untuk Tao. Yojung cuba untuk menyelit sehingga berada di hadapan pelajar-pelajar perempuan, Yojung terus mengambil gambar Tao yang sedang melompat dan terhasil gambar yang menarik. Yojung tersenyum melihat gambar yang telah diambilnya, salah seorang pelajar perempuan ternampak Yojung mengambil gambar Tao sambil tersenyum. Dia menghampiri Yojung lalu menolak tubuh Yojung lalu jatuh terduduk dengan kameranya turut jatuh dan pecah.
Yojung terdiam melihat kamera kesayangannya pecah, perempuan itu terus memarahinya. “Kau tu siapa nak ambil gambar Tao?! Perempuan miang!” perempuan itu terus bereda. Pelajar-pelajar perempuan yang lain bising mengata Yojung. Dalam keriuhan itu, Tao mendekati Yojung. “Awak okay?” suara lembut Tao menyedarkan Yojung dari termenung melihat kameranya. Tao menghulurkan tangannya, Yojung hanya merenung tangan itu. Sebelum sempat menyambut tangan itu, perempuan tadi terus menyambar tangan Tao. Yojung tersentap melihatnya, dia bangun sendiri dan pergi dari situ.
Di taman sekolah, Yojung menangis sendirian. “Mummy…kamera mummy dah pecah…maafkan Yojung sebab tak jaga dengan baik…” Yojung teringat ibunya yang telah lama meninggal. Tiba-tiba Yojung terdengar bunyi tapak sedang mendekat di belakangnya, dia menoleh ke belakang. “Tao?” Yojung terkejut melihat Tao duduk di sebelahnya. “Saya nak minta maaf. Sebab saya kamera awak jatuh.” Tao berkata sambil memandang mata Yojung yang masih lagi terkejut melihatnya. “Erm…bukan salah awak pun. Saya yang salah sebab saya ambil gambar awak tanpa kebenaran girlfriend awak tu.”
Setelah mendengar kata-kata Yojung itu, Tao terus ketawa. “Dia bukan girlfriend saya lah.” Yojung terkejut lagi. “Bukan? Habis tu, kenapa dia marah saya ambil gambar awak? Saya ni jurugambar sekolah. Lagi satu, kenapa dia tak kasik awak tolong saya masa saya jatuh tadi? Saya pun tak minta dibantulah. Sekurang-kurangnya, dia minta maaf dengan saya.” Yojung mengeluh. Tao tersenyum melihatnya, Yojung perasan Tao senyum dengan bebelannya tadi. Yojung mengeluh lagi, merenung semula kameranya. Tiba-tiba Tao memberanikan dirinya memegang tangan Yojung yang semakin terkejut.
“Apa? Kenapa…pegang…” Yojung melihat Tao merenung tangannya. Yojung turut melihat tangannya, mata Yojung membulat. “Tao…tangan awak…” Yojung memandang wajah Tao yang serius itu. “Awak orang pertama melihat ni…” Tao merenung semula tangannya. Yojung melihat tangan Tao penuh tanda tanya. Tangannya mempunyai lambang berwarna biru, lambang itu semakin jelas dan terang. “Awak…siapa? Tao…awak apa?” Yojung bertanya dengan merenung mata Tao yang kelihatan berwarna biru juga. “Saya bagitahu awak…tapi rahsiakannya.” Pantas Yojung mengangguk ketakutan.
“Saya…manusia jadian.” Yojung membulatkan matanya. “Jadi…awak ni apa?” Yojung menarik nafasnya bersedia untuk mendengar jawapan dari Tao. “Serigala.” Sepatah perkataan yang Tao ungkapkan telah membuatkan Yojung terkejut besar. Tiba-tiba sekeliling Yojung dan Tao bergerak dengan pantas, Yojung memandang sekelilingnya telah berubah dalam beberapa saat sahaja. “Sekarang, 30 minit sebelum kejadian kamera awak jatuh.” Tao pergi selepas berkata dan meninggalkan Yojung dengan penuh tanda tanya. Yojung memandang kameranya, ‘kamera mummy…tak pecah!’
Yojung berjalan menuju padang sekolah, keadaan sekelilingnya sama dengan sejam tadi. Yojung mencari Tao, melihatnya di sudut padang dengan posisi sebelumnya tersenyum membalas pandangan Yojung. Mengangkat kameranya sambil tersenyum, gambar Tao mula memenuhi memori kamera itu. Setelah habis, Yojung menunggu Tao di belakang pelajar-pelajar perempuan yang mengelilingi Tao. Ternampak pula perempuan yang menolaknya, Yojung ukir senyuman manis padanya. Perempuan itu turut tersenyum padanya, ‘kan manis tu…kalau marah macam tadi, hodoh mengalahkan beruk.’ Yojung tertawa sendiri.
Tao menegurnya. “Kenapa senyum sorang-sorang?” Tao mengelap peluhnya sambil tersenyum memandang Yojung. “Tak ada apalah…erm. Terima kasih sebab dah baiki kamera saya tadi. Saya janji saya akan rahsiakannya.” Yojung tersenyum lalu pergi dari situ. Tao hanya memandang langkah cerianya, Yojung menoleh ke belakang lalu tersenyum. Yojung berjalan menuju ke lokernya sambil tersenyum. Sebelum menukar pakaian, Yojung sempat membelek gambar di kamera. ‘Handsome juga Tao ni…’ Yojung merenung gambar Tao yang tersenyum memandangnya tadi.
Di rumah, Yojung menyuci gambar-gambar Tao di bilik cucinya. Dalam bilik yang gelap itu, Yojung teringat saat Tao hendak memutarkan masa tadi. Ketika itu wajah Tao sungguh menakutkan, tapi kelihatan tampan juga. Yojung tersenyum sendirian, hatinya sudah mula berdebar-debar apabila wajah Tao terbayang diingatan. Yojung mula bersemangat untuk ke sekolah esok, untuk melihat Tao. Setelah habis semua gambar, Yojung terus ke bilik tidur. Yojung mengambil buku diarinya, tangannya pantas menulis kisah hari ini sambil tersenyum. Sejak hari itu, diarinya penuh dengan kisah Tao.
Sudah hampir sebulan Yojung dan Tao berkawan, semakin kerap mereka bertemu semakin akrab hubungan mereka. Begitu juga pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah, semakin kerap mereka nampak Yojung dan Tao bersama semakin kerap juga perasaan curiga mereka. Sekarang Yojung dan Tao berada di perpustakaan sekolah, mengulangkaji bersama. Dalam keadaan yang sunyi dari suara orang, tapi masih ada riuhnya apabila pelajar-pelajar perempuan tidak dapat duduk diam melihat Yojung dan Tao. Ada sahaja pergerakan di sekeliling Yojung dan Tao untuk melihat mereka berdua.
Apabila Yojung dan Tao berada di kantin sekolah pada waktu rehat, di sekeliling meja berdekatan Yojung dan Tao tiada orang yang duduk langsung. Semua pelajar di sekolah tidak mahu mendekati Yojung dan Tao, hanya mampu memerhati dari jauh. Boleh dikatakan bahawa semua pelajar di sekolah itu telah salah faham dengan hubungan mereka berdua, semua pelajar menganggap mereka berdua sedang bercinta. Padahalnya, hubungan mereka berdua tidak lebih dari kawan. Walaupun mereka berdua sudah suka satu sama lain, tapi mereka berdua masih memendamnya.
Pada akhir tahun, sekolah itu akan mengadakan majlis kecemerlangan. Malam majlis itu pula, Yojung dan Tao pergi bersama-sama, memakai pakaian yang sedondon dan juga berpegangan tangan ketika melangkah ke dalam dewan. Banyak pasang mata yang memerhati mereka berdua, dari awal hingga akhir kelihatan mesra seperti pasangan pengantin baru. Sebelum majlis bersurai, seperti biasa pengetua akan umumkan siapa pelajar cemerlang setiap tahun. “Pelajar cemerlang pada tahun ini adalah…” semakin erat genggaman tangan antara Yojung dan Tao. Berdebar-debar menunggu jawapannya.
“Tao!” semua bersorok. Yojung pantas menepuk tangan atas kejayaan Tao. Yojung tersenyum melihat Tao melangkah naik ke atas pentas itu, menerima sijil serta bunga dan pelukan erat dari pengetua. Tiba-tiba Tao berbisik pada pengetua lalu mikrofon di tangan pengetua dihulurkan pada Tao. Kini, mikrofon sudah beralih pemilik. Tao berdehem pada mikrofon itu, automatik semua pelajar dalam dewan senyap. Semua pelajar menunggu dengan sabar, apa yang akan Tao ucapkan. “Terima kasih. Sudah tiga tahun berturut-turut saya digelar pelajar cemerlang. Saya juga ingin luahkan sesuatu pada malam ni…”
Semua pelajar beri tumpuan seratus peratus pada Tao, menantikan ucapan Tao selanjutnya. “Saya nak luahkan perasaan saya pada seseorang malam ini…” semua senyap. Yojung pula terkejut mendengarnya, memikirkan perasaannya akan tamat pada malam ini. ‘Rupa-rupanya dia dah ada pilihannya sendiri…aku tak patut menaruh perasaan lagi.’ Yojung menundukkan kepalanya, cuba menerima dengan hati terbuka walaupun pedih. Tao pula terdiam seketika apabila melihat riak wajah Yojung di bawah pentas. Semua pelajar perempuan memandang Yojung dan berbisik-bisik antara satu sama lain.
“Yojung…” tiba-tiba suara Tao memanggil nama Yojung yang terus menoleh setelah mendengar namanya disebut. Yojung dan Tao bertentangan mata, walaupun agak jauh. Suasana dalam dewan menjadi senyap semula. “Yojung…saya nak luahkan perasaan saya pada awak.” Semua pelajar terkejut mendengarnya, sama seperti Yojung. “Saya dah lama menaruh perasaan saya pada awak. Sejak saya digelar pelajar cemerlang, ramai pelajar lain sebut nama awak. Rupa-rupanya…saya dah rampas gelaran tu dari awak. Saya minta maaf.” Yojung mendengarnya dengan jelas sambil memandang Tao.
“Saya mula tertanya-tanya dan cuba untuk cari tahu tentang awak. Hampir setahun saya memerhati dan mengekori awak untuk tahu tentang diri awak. Sehinggalah tahun kedua saya digelar pelajar cemerlang, saya nampak awak keluar dari dewan. Saya tahu awak kecewa sebab ramai pelajar gelar awak pelajar tercorot. Sebenarnya…awak bukan pelajar tercorot. Awak lah pelajar cemerlang yang tiada tandingannya. Sebab itu juga semua pelajar iri hati dengan awak. Tapi awak tabah dan sabar dengan semua dugaan tu. Saya kagum dengan awak sebab awak…gadis yang tak mudah berputus asa.”
Yojung tersenyum. “Awak…pada malam tu…saya yang tinjau awak. Saya lah lelaki yang awak nampak tinjau awak di belakang dewan malam tu. Sejak hari tulah, saya dah mula suka akan awak. Saya nak minta maaf sekali lagi sebab saya dah rampas gelaran tu dari awak.” Yojung menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis pada Tao. “Yojung…saya nak minta maaf buat kali terakhir. Sebab…saya nak…rampas hati awak pula.” Semua guru dan pelajar terharu mendengarnya, satu dewan bersorak dengan keberanian Tao. Melangkah turun dari pentas sambil membawa mikrofon menuju ke arah Yojung.
Tao menghulurkan bunga di tangannya pada Yojung lalu menyambung ucapannya tadi. “Yojung…izinkan saya rampas hati awak, boleh?” semua bersorak berkata ‘boleh’. “Erm…kalau awak terima saya, sambut bunga ni. Kalau tak, awak campak bunga ni.” Tao memberi satu cadangan dan membuatkan satu dewan itu semakin riuh. Yojung tersenyum memandang Tao, matanya merenung bunga  ditangan Tao pula. Yojung memegang bunga itu, tiba-tiba tangannya mengankat tinggi bunga itu seperti mahu mencampaknya. Tapi sebaliknya, Yojung memeluk bunga itu sambil tersenyum.
“Saya terima!” Yojung menjerit sekuat hatinya. Tao terus memeluknya, Yojung dan Tao berpelukan mesra. Setelah melepaskan pelukan, Tao menoleh ke arah jam dinding di dewan. Sudah tiga jam berlalu, kini sudah pukul 11.37 malam. Tao mula gelisah, ‘aku ada satu jam.’ Tao melihat keadaannya sekarang, dia dikepung oleh pelajar-pelajar lain. Apabila terpandangkan Yojung di sudut dewan, dia begitu gembira bersama kawan-kawannya. Merenung lama jam dinding di dewan itu, kembali melihat Yojung di sudut dewan. Tao makin gelisah, ‘nak ajak Yojung sekali ke tak?’
Yojung membalas pandangan Tao lalu tersenyum, Tao pula tersenyum tawar pada Yojung. Kegelisahannya jelas diwajah, Yojung mula mengesyaki sesuatu tidak kena pada Tao. Yojung mula memerhatikannya, Tao melihat jam didinding berulang kali. Tao menoleh ke arah Yojung, tapi dia berpura-pura tidak melihatnya. Tao membuat keputusannya untuk pergi, Tao mulakan langkah kaki kirinya menuju ke pintu dewan. Sementara itu, Yojung sedang memerhatikannya. Melihatkan Tao keluar dari dewan, Yojung mula gelisah lalu mengekorinya dari belakang tanpa pengetahuan Tao.
Tao yang gelisah melihatkan jam dinding di dewan tadi, terus berjalan tanpa melihat sekelilingnya. Yojung sudah menanggalkan kasut tumitnya supaya tidak diketahui oleh Tao. Perjalanan yang agak jauh dari sekolah dan rumahnya, Yojung sudah mula curiga. Tao masuk ke dalam hutan, langkah Yojung terhenti seketika. ‘Kenapa dia masuk hutan malam-malam? Dia nak buat apa kat dalam hutan tu?’ Apabila bayang-bayang Tao sudah tidak kelihatan, Yojung meneruskan langkahnya. Yojung mula mencari  Tao dalam hutan yang gelap dan sunyi itu. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu menyentuh bahunya.
“Tao!” Yojung terkejut dengan tindakan Tao itu. “Apa awak buat kat sini?” Tao rasa pelik. “Saya yang patut tanya awak! Awak buat apa kat hutan malam-malam?” Yojung melihat ada perubahan pada wajah Tao. “Erm…bukan urusan awak. Dah pukul 11.57 malam, awak patut balik rumah sekarang.” Tao sudah menarik tangan Yojung untuk keluar dari hutan itu. Tapi Yojung menepisnya pantas. “Bukan urusan saya? Awak…saya girlfriend awak sekarang! Saya berhak tahu ke mana awak nak pergi, saya juga berhak tahu apa yang awak buat!” Kedua-duanya senyap seketika, kedengaran angin bertiupan dicelah-celah semak.
Tiga minit sudah berlalu, 12 tengah malam menjelang. Tao mula memandang ke atas, merenung langit kelabu itu tanpa berkedip mata. Yojung turut memandang ke langit setelah melihat Tao, begitu khusyuk merenungnya. Tiba-tiba keadaan menjadi dingin, tapi tiada salji. Angin bertiupan kencang, tapi hujan tak turun-turun. Suasana menjadi seram sejuk bagi Yojung apabila melihat Tao memejamkan matanya, begitu menikmati suasana sekarang. Yojung terus menggenggam lengan Tao, “Tao…jom balik. Hantar saya balik.” Yojung berkata sambil matanya memerhati sekeliling.
Yojung memandang Tao semula, dia begitu terkejut setelah melihatnya. Lengan Tao dilepaskan perlahan-lahan, melangkah ke belakang dua-tiga tapak. Terhenti langkahnya apabila ternampak cahaya biru di bawah tapak kaki Tao, ‘itu…simbol kat tangan dia.’ Yojung merenung mata Tao, mata hitamnya menjadi biru. Seluruh badan Tao bercahaya, cahaya berwarna biru. Yojung tidak dapat tenangkan dirinya, dia memberanikan diri untuk menegur Tao yang kelihatan pelik. “Tao…” sekelip mata sahaja cahaya biru di seluruh tubuh Tao hilang. Tao tersedar dari lamunan.
“Yojung! Apa dah jadi dengan saya tadi? Awak nampak apa kat tubuh saya tadi? Kenapa awak belum keluar dari hutan ni? Cepat keluar!” Tao menarik tangan Yojung untuk keluar dari hutan itu. Yojung masih dalam keadaan bingung hanya mengikuti langkah Tao. Yojung dan Tao berada di luar hutan, tangan Yojung masih dipegang erat oleh Tao. Yojung merenung lama wajah Tao, tiba-tiba air matanya mengalir keluar. “Yojung…kenapa awak menangis?” kehairanan Tao tidak dipedulikan. Yojung terus memeluk Tao, air matanya semakin deras mengalir.
“Yojung…kenapa awak menangis?” Tao membelai lembut rambut panjang Yojung. “Sebenarnya…saya dah tahu…kenapa awak kat hutan tengah-tengah malam…saya…” Yojung meleraikan pelukan perlahan-lahan, memandang wajah Tao yang sayu itu lama. “Awak tahu? Bila?” kedua-dua tapak tangan Tao ke muka Yojung, merenung wajahnya. “Saya nampak bayang-bayang awak semasa awak disumpah dulu…masa tu…saya tengah pegang lengan awak…” Tao pula memeluk Yojung. “Tapi…kenapa awak menangis? Seram?” Yojung melepaskan pelukan Tao lalu menangis lagi.
“Awak tak tahu ke? Atau awak buat-buat tak tak tahu?” Tao tersenyum. “Tahu…sebab awak sayang saya, kan?” tangan kanan Yojung mencapai tangan kiri Tao yang ada simbol biru itu. “Awak nak pergi? Kalau awak tetap nak pergi…bawalah saya bersama awak!” Tao menarik tangan Yojung dan badannya tertarik ke tubuh Tao lalu memeluknya. “Awak nak ikut?” pantas Yojung mengangguk. Tao menyambung kata-katanya. “Tapi…awak kena pilih.” Yojung mendongakkan kepalanya, memandang Tao. “Pilih? Saya tak perlu pilih, saya tetap akan pilih awak dan ikut awak!”
Tao tolak tubuh Yojung supaya ada ruang sedikit, pelukannya dilepaskan. “Awak…pilihan yang saya suruh pilih ni…susah! Sama ada awak nak hidup selama-lamanya dengan saya atau…” belum sempat Tao menghabiskan ayatnya, Yojung sudah mencelah. “Saya akan pilih yang itu juga!” Tao mengeluh. “Atau…awak tak akan dapat jumpa keluarga awak…buat selama-lamanya!” Yojung terkejut setelah mendengarkannya. “Kenapa pulak?” Tao menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. “Sebab…saya akan putarkan masa ke hadapan dan saya tak boleh putarkan masa ke belakang semula, kalau tidak…saya yang akan lenyap dari dunia ni dan masa yang telah saya putarkan bersama awak akan kembali semula. Awak pun…akan lupakan saya…” Yojung menggelengkan kepalanya. “Tak! Tak! Saya tak akan lupakan awak!” Tao mencelah. “Bukan! Ia semula jadi! Awak tak akan kenal saya sebab saya tidak akan wujud lagi kat dunia ni!” Yojung dan Tao menjadi senyap. Mereka berdua hilang kata-kata, tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Agak lama mereka berdua bertentangan mata tanpa suara, kedengaran suara angin bertiupan. Yojung mula menundukkan kepalanya, tidak sanggup untuk menatap wajah Tao lagi. Perasaannya kini begitu kecewa, ‘Kenapa? Kenapa aku boleh jumpa dan jatuh cinta pada dia?’ Yojung mengalirkan air matanya, dia terlalu menyayangi lelaki di hadapannya ini. ‘Tapi dia bukanlah manusia biasa, dia disumpah! Apa yang patut aku lakukan? Melepaskannya…atau melupakannya?’ Tao mula bersuara, memecahkan rasa sunyi. “Yojung…awak dah buat keputusan awak?” Yojung mengangguk.
“Saya…tak akan ikut awak pergi! Jadi…saya akan lepaskan awak! Awak pergilah!” Yojung berkata tanpa menoleh ke wajahnya. Tao masih merenung Yojung, lama. Hati Tao keberatan ingin melepaskan Yojung, ‘tapi dia dah pilih keluarga dia, nak buat macam mana.’ Tao mula mengatur langkahnya, menuju ke arah hutan. Menoleh ke belakang, melihat keadaan Yojung masih sama lagi. Tao mengeluh, kakinya mula menjejaki hutan. Selangkah dua langkah, hatinya masih lagi tidak tenteram. Yojung pula menangis sambil menundukkan wajahnya, begitu pedih hatinya kini.
Yojung mendongakkan kepalanya, memandang ke arah hutan. ‘Tao…awak dah pergi ke?’ hatinya berbisik. Tao pula menghentikan langkahnya, seperti bisikkan hati Yojung didengari. ‘Yojung…saya belum pergi lagi. Saya rasa…’ Tao menoleh ke belakang. Tiba-tiba kakinya melangkah ke luar hutan, melihatkan Yojung masih di situ hatinya lega. Tao tersenyum apabila Yojung memandangnya, Yojung turut tersenyum. Tao berkata sesuatu pada Yojung, “Saya rasa…saya tak nak pergi jauh dari awak.” Yojung tersenyum lebar mendengarnya. Tapi senyumannya tidak lama, Yojung teringat sesuatu.
“Tao…masa saya nampak bayang-bayang awak kena sumpah tu…saya nampak dan tahu segala-galanya yang berlaku. Jadi…” Yojung merenung mata Tao. “Jadi apa?” Yojung mengeluh. “Jadi awak kena pergi juga.” Tao berkerut dahi. “Kenapa pulak?” Yojung menarik nafasnya dalam-dalam. “Awak tak ingat? Awak tak boleh pentingkan diri sendiri. Masa kejadian tu berlaku, awak tak berseorangan. Awak dan kawan-kawan awak kena sumpah bersama-sama, dan awak kena pergi bersama mereka. Kalau kurang seorang, semuanya tak dapat pulih ke asal semula. Awak nak?”
“Tak apalah. Lagipun, saya rasa kawan-kawan saya semua suka kalau ada kuasa luar biasa macam sekarang. Saya pun suka.” Yojung sudah menggeleng. “Awak…awak kena fikirkan juga keluarga awak dan keluarga kawan-kawan awak. Mereka semua sayang anak mereka dan mereka tidak rela anak mereka jadi sebegitu. Awak juga perlu tahu, sesetengah daripada kawan-kawan awak tu mesti ada yang pentingkan keluarga mereka dan mereka mesti tidak mahu melihat keluarga mereka sedih kerana mereka telah disumpah. Awak kena fikir baik-baik, Tao. Awak tak boleh pentingkan diri sendiri.”
Tao mengeluh panjang, menoleh ke arah hutan dengan berat sekali. Hatinya meronta-ronta, ‘Tak nak! Tak nak! Tapi…’ Matanya beralih pula ke arah Yojung. Tao merenung mata sayu Yojung itu, sungguh dia cintakan gadis di hadapannya itu. Tapi dia juga sayang akan kawan-kawannya dan juga keluarga mereka. Tao memegang kedua-dua tangan Yojung sambil berkata, “Awak…saya bersyukur dapat kenal awak. Saya juga nak berterima kasih sebab awak dah ingatkan perkara-perkara penting tu tadi. Saya tahu, awak nak saya jadi seorang yang bertanggungjawab sebab tu awak suruh saya pergi.”
Yojung mengangguk sambil tersenyum, Tao turut tersenyum. “Yojung…terima kasih.” Tao menggengam erat tangan Yojung. “Walaupun berat, tapi saya terpaksa juga ucapkan… selamat tinggal…pada awak.” Tangannya yang digenggam erat oleh Tao, dilepaskan perlahan-lahan. Sebelum Tao melangkah pergi, dia sempat berbisik pada telinga Yojung. “Awak…saya cintakan awak!” Selepas berbisik, Tao terus mengucup pipi Yojung yang kelihatan terkejut tapi masih tersenyum. “Erm…saya cintakan awak juga, Tao!” Kedua-duanya tersenyum sesama sendiri.
Selepas 30 minit Tao melangkah pergi dan tidak kembali lagi, Yojung mula melangkahkan kaki kanannya pergi jauh dari hutan itu. Dalam perjalanannya, dia menangis teresak-esak. Kebetulan pula cuaca mendung dan tidak sampai beberapa minit, hujan mula menemaninya. Yojung berjalan kaki tanpa kasut tumitnya yang ditinggalkan di sekolah, bajunya basah. Kakinya kotor kerana dia hanya berkaki ayam, matanya pula sembab kerana menangis. Setibanya di rumah, dia terus melangkah naik ke tangga dengan keadaan basah kuyup itu. Tiba-tiba dia berasa pening lalu pengsan dan jatuh tergolek di tangga itu.
Esok paginya, dia membuka mata. Melihat di hadapan matanya, bapanya sudah sedia menanti. “Yojung…daddy di sini.” Yojung tersenyum pada bapanya. “Daddy…kenapa Yojung ada di hospital? Yojung sakit apa?” Yojung memerhatikan sekelilingnya. “Yojung tak ingat? Semalamkan kereta daddy rosak lepas pergi birthday party kawan daddy, jadi kita berjalan kaki sampai ke rumah…sampai aje Yojung terus pengsan. Tak ingat?” Yojung kebingungan. ‘Bukan ke semalam…Tao…’ Yojung masih ingat apa yang terjadi sebelum dia sampai ke rumah dalam hujan itu. Tapi segalanya sudah berubah.
Ketika sampai di rumahnya, Yojung melihat kasut tumitnya ada di rak kasut. ‘Bukan ke semalam aku letak kat pondok sekolah?’ Pantas Yojung berlari ke bilik tidurnya, mencari sesuatu. Sesuatu itu adalah kamera. Dibelek-beleknya kameranya itu, berkerut dahinya. “Mana pergi semua gambar aku dengan Tao?!” Dia terus pergi ke bilik cuci gambarnya, dia melihat satu persatu gambar di bilik itu. “Tak ada! Kenapa tak ada?!” Tiba-tiba dia pergi ke arah kelendar di ruang tamu, tarikhnya adalah tiga tahun yang lepas. “Kenapa berulang?” Bapanya perasan, “Apa yang berulang, Yojung?”
“Kelendar ni! Kenapa kelendar tiga tahun yang lepas daddy letak?!” Bapanya pelik. “Kelendar tahun ini lah, Yojung…kenapa dengan kamu ni?” Mata Yojung berkedip-kedip, tidak percaya dengan semua ini. Jiwanya tidak tenteram, dia terus berlari ke sana ke sini. Bertanya dengan kawannya tentang Tao, semuanya jawab tidak kenal. Menyelongkar segala maklumat peribadi pelajar di sekolah sehingga pengetua menelefon hospital sakit jiwa. Yojung melihat diarinya, kosong. “Tak! Tak mungkin! Apa semua ni?! Arrghhh!!!” Yojung mengoyak buku diarinya sambil menjerit-jeritkan nama Tao. Akhirnya, bapanya membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital sakit jiwa. Keadaan sekarang berulang semula untuk melenyapkan memori orang ramai dari mengingati Tao, tapi Yojung seorang sahaja yang dapat mengingati Tao kerana Yojung seorang sahaja yang tahu kewujudan Tao ketika Tao di bumi. Ia bermaksud Tao masih lagi hidup tapi tidak berada di bumi lagi, Tao sudah dilenyapkan ke alam lain. Tao juga dapat mengingati Yojung selamanya.


Yojung & Tao (kisah ketiga).
Nantikan kisah seterusnya.


“Sebuah kisah cinta yang sanggup mengorbankan perasaan cinta mereka demi kepentingan orang lain yang disayangi dan juga menyayangi mereka. Yojung memilih untuk melepaskan Tao tapi tidak mahu melupakannya. Tao pula memilih untuk pergi atas nasihat gadis yang dicintainya dan tidak mahu Yojung melupakannya dengan membiarkan memori itu terus ada sebab itu akhirnya dia tidak dapat menerima kenyataan lalu hilang kewarasan.”
-Nisa-

No comments:

Post a Comment