EXO WOLF POWER

EXO WOLF POWER

Thursday, 12 June 2014

Wolf (Into Your World) Part 4-Sehun


Shinbi baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan akhir tahunnya dari sekolah menengah, dia terus pergi mencari kerja untuk biaya keluarganya kerana dia adalah anak tunggal sekarang selepas abangnya meninggal dunia. Shinbi seorang anak yang sangat baik, ceria dan tidak mudah dikecewakan atau berfikiran terbuka. Shinbi sedang menunggu gilirannya untuk ditemu duga di sebuah syarikat pelancongan. Shinbi mahu mencuba pelbagai bidang dan mahu menambah pengalaman. Shinbi tidak kisah jika dapat pekerjaan orang bawah atau mendapat gaji sedikit, yang penting baginya adalah dapat membiayai keluarga.
15 minit berlalu, Shinbi telah tamat ditemu duga dan dia telah diterima untuk bekerja di situ. Shinbi pulang ke rumah dengan perasaan yang lega, berjalan kaki adalah rutin hariannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah sambil makan ais krim coklat, dia terserempak dengan rakan sekolahnya dahulu. Shinbi berniat ingin menegurnya walaupun dia tidak pernah bertegur sapa ketika di sekolah dahulu, tapi dia tetap ingin menegurnya. Sebelum menegurnya, Shinbi melihat dia sedang melepaskan geram pada tin minuman dengan menyepaknya. Kepala Shinbi terkena tin minuman itu.
“Auch!” suara kuat Shinbi didengari oleh rakan sekolahnya itu. Shinbi merenung ais krim coklatnya yang telah jatuh ke atas jalan raya sambil mengeluh, ‘ahh…sayangnya…’ Shinbi mengusap dahinya, pedih kerana luka. “Erm…sorry. Saya tak tahu kalau ada orang yang lalu kat sini sebab tempat ni tak selalu ramai dan orang memang jarang lalu sini…lagi-lagi perempuan macam awak ni.” Shinbi tersenyum. “Tak apalah…salah saya juga sebab berdiri aje kat sini tadi. Erm…awak Sehun, kan?” Dia agak terkejut, ‘macam mana dia boleh tahu?’ Sehun mengangguk perlahan.
“Kepala awak ada darah tu, tak nak pergi klinik ke?” Shinbi terus menyentuh dahinya, terlupa dahinya terluka apabila Sehun bersuara tadi. “Oh, ya. Saya nak pergilah ni.” Sehun memandang Shinbi dengan mata yang sayu seperti ada masalah. Selepas 20 minit di klinik, Shinbi lalu di tempat tadi. Sehun masih lagi berada di situ, Shinbi masih menyukainya walaupun sudah bertahun-tahun ketika zaman sekolah dahulu. Shinbi merenungnya di tepi bangunan, kelihatan Sehun gelisah seperti mempunyai masalah. Apabila Sehun mula bergerak, Shinbi hanya memerhati.
Tapi ada sesuatu yang lain dengan cara jalannya, dulu di sekolah nampak tenang dan segak. Sekarang dia kelihatan gelisah dan gelabah, dari cara jalannya sahaja Shinbi dapat tahu Sehun sedang menghadapi masalah. Shinbi mengekori Sehun dari belakang, hatinya berdegup kencang walaupun hanya memandang dari belakang. Tiba-tiba Sehun memusingkan badannya ke belakang, memandang Shinbi yang terpaku. Terkejut Shinbi dengan tindakan Sehun itu, Sehun sedang menghampirinya. Shinbi mahu lari, tapi kakinya tak dapat nak bergerak seperti sudah terkena gam gajah.
“Awak ni siapa?” Sehun merenung tajam mata Shinbi. “Saya…Shinbi…” Shinbi terdiam apabila jari telunjuk Sehun mula menudingnya. “Kenapa awak ikut saya? Jangan-jangan awak ni…spy dari mama saya, kan? Huh! Cakap dengan mama saya tu, saya boleh hidup tanpa kekayaan dia. So…jangan harap saya nak balik rumah!” Sehun terus pergi setelah melepaskan marahnya pada Shinbi yang tidak tahu apa-apa itu. “Sehun!” Shinbi melihat Sehun berhenti. “Sehun…awak lari dari rumah ke?” Sehun tersenyum sinis pada Shinbi. “Bagus! Pandai mama saya cari spy, pandai betul berlakon!”
Shinbi mengeluh setelah tahu perkara yang tidak sepatutnya dia tahu, hal peribadi Sehun. ‘Kenapa dia tak tanya betul-betul? Baru nak bertegur sapa, tapi dah salah faham pulak.’ Shinbi pulang ke rumahnya, tersenyum apabila melihat ibunya menunggu kepulangan. Berkerut dahi ibunya apabila melihat dahi Shinbi luka, Shinbi hanya tersenyum manis. “Shinbi…kenapa dengan dahi kau tu?” ibunya mula meraba-raba dahi Shinbi. “Luka kecik aje ma…tak perlu risaulah. Yang penting…Shinbi dapat kerja!” Shinbi melihat ibunya tersenyum semula, hatinya berasa lega.
Awal pagi lagi Shinbi sudah bangun, dia begitu teruja ingin bekerja. Memadankan skirt dengan kemeja, Shinbi pergi ke tempat kerjanya dengan bersemangat sekali. Shinbi bekerja di sebuah syarikat pelancongan sebagai kerani, tapi dia begitu gembira sekali kerana hari pertama dia bekerja sudah ramai yang mesra dengannya. Ramai pekerja di situ mengatakan Shinbi lebih sesuai jadi pembimbing (guide) kerana sifat peramahnya dapat menarik perhatian orang, tapi Shinbi hanya membalas dengan perkataan yang sama. “Saya tak kisah. Saya suka semua kerja yang ditugaskan untuk saya.”
Setelah memerhati Shinbi bekerja, pengurusnya melaporkan sesuatu pada orang atasan. Selepas berbincang beberapa minit dengan orang atasan, pengurusnya memanggil Shinbi. “Kontrak awak sebagai kerani telah saya batalkan.” Shinbi terkejut apabila mendengar perkara itu dari orang atasannya. Pengurusnya tersenyum melihat reaksi Shinbi itu, orang atasannya juga begitu. “Dan di tangan saya ini ada kontrak baru untuk awak, sama ada awak mahu tandatangan ataupun tidak sahaja.” Shinbi terus mengangguk. “Saya akan terima, asalkan saya tidak dipecat. Tapi…kerja saya sebagai apa?”
“Awak akan kerja sebagai guide. Awak akan membimbing para pelancong, memimpin mereka ke tempat pelancongan dan awak akan melancong bersama mereka sekali.” Shinbi tersenyum mendengarnya. ‘Mesti kerani yang lain suruh aku ditukarkan.’ Shinbi tetap tersenyum. Semua rakan kerjanya mengatakan tekaan mereka betul, walaupun memang mereka yang laporkan tentang Shinbi pada pengurus. Shinbi sudah mula dinaikkan gaji kerana ramai pelancong suka dan gembira dengan layanan Shinbi. Walaupun Shinbi tidak pernah melancong, dia pandai mengurus dirinya dan juga orang lain.
Suatu hari, syarikat pelancongan Shinbi itu membuat promosi baru. ‘Melancong ke dunia hijau sambil memburu dan berkhemah selama 2 hari 2 malam.’ Shinbi membaca iklan itu, hatinya mula berasa tidak senang. Shinbi teringatkan peristiwa abangnya dahulu, abangnya meninggal dunia akibat suka memburu. Ketika abangnya sedang memburu, ada binatang lain pula sedang memburunya. Apabila mendapat tahu binatang lain sedang menghampirinya, dia terus melarikan diri dan abangnya terjatuh ke dalam gaung lalu abangnya menjadi mangsa binatang itu kerana tidak dapat melarikan diri dalam gaung yang dalam itu.
“Shinbi!” rakan kerja Shinbi mengejutkannya. “Kenapa kau renung flyer tu lama sangat? Excited?” Shinbi hanya tersenyum tawar. “Aku cuma risau sikit.” Shinbi merenung mata rakan kerjanya itu. “Janganlah risau…dekat flyer ni pun dah nyatakan, ‘penyelamat turut ikut bersama anda’! So…don’t worry, darling!” Shinbi merenung pula iklan itu. Shinbi tersenyum pada rakan kerjanya itu. “Jomlah…kita lunch!” Shinbi tidak mahu menunjukkan wajah muram itu lama-lama. Shinbi cuba menenangkan hatinya dengan melihat gelak ketawa rakan-rakan kerjanya yang suka menghiburkan hati.
Shinbi sedang menyemak senarai nama pelancong sebelum mereka masuk ke dalam bas, Shinbi terbaca nama orang yang dikenalinya. “Oh Se Hun!” Shinbi melihat nama pemilik itu memang Sehun. Senyuman Shinbi tidak dipedulikan oleh Sehun, Shinbi mengeluh. Shinbi memberi taklimat sebelum bertolak, Shinbi melihat tidak ramai pelancong wanita ada. Tapi dia dah cukup lega, masih ada juga wanita walaupun sedikit. Sebelum duduk, Shinbi sempat memandang Sehun di tempat duduk belakang sekali. ‘Macam mana dia boleh ikut melancong? Bayaran melancong ni pun agak mahal…mungkin dia dah balik rumah kot.’
Sampai sahaja di tempat yang dituju, Shinbi terus menarik nafasnya dalam-dalam. Menghembus nafasnya dari mulut, kakinya mula melangkah ke dalam hutan. Sehun yang berada di belakangnya sedang memerhati Shinbi menarik dan menghembus nafasnya berulang kali, kelihatan Shinbi takut tapi tetap memberanikan dirinya masuk hutan usang itu. Tiba-tiba Sehun menunjukkan sifat prihatinnya pada Shinbi, Sehun memberi gula-gula getah pada Shinbi dengan berkata. “Kalau kita tenang melakukan sesuatu, kita akan peroleh sesuatu itu dengan senang dan mudah. Jadi…bertenanglah.”
Sehun menghulurkan gula-gula getah dengan senyuman, Shinbi menerimanya juga tersenyum. Shinbi ceria semula, peta dan kompas dibaca dengan mudah sekali. Menunjukkan tempat perkhemahan, menentukan arah sungai, semuanya berjalan lancar. Setelah mendirikan khemah, mereka mula memburu. Shinbi melihat Sehun yang turut memburu bersama lelaki-lelaki yang lain, ‘bergayanya!’ Shinbi mengambil gambar, hatinya begitu gembira sekali. Hari pertama mereka memburu berjalan dengan lancar, makan malam pula dengan rusa yang telah diburu siang tadi oleh seorang pak cik yang berpengalaman.
Selesai sahaja makan malam, mereka mula menunjukkan bakat mereka masing-masing. Bakat berlawak, bakat memikat orang, macam-macam bakat telah dipersembahkan. Apabila giliran Sehun, dia begitu malu tapi akhirnya dia mengatakan dia berbakat dalam nyanyian. Shinbi yang teruja mendengarnya telah memberi tumpuan penuh dengan nyanyian Sehun itu, Shinbi tersenyum lebar. Setelah Sehun habis menyanyi, ada pak cik yang perasaan dengan reaksi Shinbi yang begitu gembira mendengar Sehun menyanyi. Pak cik itu mula mengusiknya, “Shinbi nampak gembira bila Sehun nyanyi tadi. Ada hati ke?”
Pantas kepala Shinbi menggeleng, menafikannya. “Mana ada, pak cik…” Semua yang berada di situ mengetawakan Shinbi, Sehun hanya tersenyum dengan gurauan pak cik-pak cik itu. “Hah! Shinbi pulak, apa bakat yang kamu ada? Tunjukkanlah!” pak cik tadi melihat Shinbi mula memandang Sehun. “Saya pun pandai menyanyi…” tiba-tiba pak cik itu menepuk tangannya. “Sudah jodoh kamu berdua ni! Dua-dua kata ada bakat menyanyi. Nyanyilah!” Shinbi mula menyanyi sambil memandang unggun api di hadapannya itu, Sehun mula tertarik dengan suara merdu Shinbi.
Habis sahaja Shinbi menyanyi, semua tepuk tangan termasuklah Sehun. Pak cik tadi mula mengusik Sehun pula, “Sehun pun asyik tenung Shinbi masa dia nyanyi tadi…ada hati ke?” Semua mengetawakan Sehun yang mampu tersenyum sahaja. Shinbi memandang Sehun, begitu juga Sehun. Mereka berdua bertentangan mata dalam gelak tawa semua orang di situ, pak cik tadi perasaan dan asyik mengusik mereka berdua. “Entah-entah dua orang ni dah jatuh cinta tak? Ataupun dah bercinta?” Suatu malam yang sungguh meriah dengan gelak ketawa masing-masing.
Esok petangnya, mereka semua mulakan misi memburu lagi. Shinbi dan Sehun pula sibuk berborak ketika semua orang sedang memburu, mereka berdua sudah mula mesra. Shinbi dan Sehun bergelak ketawa di belakang, mereka berdua tidak perasan ada yang memerhati. Salah seorang penyelamat telah perasan ada bunyi di semak berdekatan Shinbi dan Sehun, dia telah bersedia kalau-kalau binatang buas menyerang. Sedang menyediakan senapangnya, benda di semak itu keluar lalu menyerang Shinbi dan Sehun. Shinbi mula menjerit, Sehun pula terus menarik dan memeluk tubuh Shinbi apabila benda itu menyerang.
Bunyi tembakan yang kuat telah memeranjatkan semua orang di situ, semua orang mula berkumpul di tempat Shinbi dan Sehun. “Apa benda tadi tu? Nampak bulu dan badan je tadi. Semua hitam!” salah seorang pemburu wanita mula gelabah. Sehun terus membelek-belek tubuh Shinbi, “Awak tak apa-apa?” Sehun mula risau, Shinbi hanya menggeleng. “Tak apa-apa…saya okay…awak?” Sehun menghembus nafas leganya. “Saya pun okay, cuma…” Shinbi terkejut melihat tangan kanan Sehun berdarah. “Tangan awak berdarah!” Semua orang mula menoleh ke arah Sehun.
“Taklah…ini darah haiwan tadi, saya cuma kena cakar sikit aje…tak perlulah semua risau.” Shinbi tetap berasa tidak tenang, ‘dia kena cakar sebab nak lindungi aku tadi.’ Shinbi mengeluarkan tuala kecilnya, mengelap darah haiwan tadi di tubuh Sehun. Tangan Sehun dibalut setelah dibasuh dengan air mineral oleh Shinbi. “Besar juga kesan cakar ni…” Shinbi masih berasa risau, air matanya menitis apabila terkenangkan peristiwa abangnya dahulu. “Shinbi…janganlah nangis. Saya okay je…tak sakit pun. Cuma pedih sikit je.” Sehun melihat Shinbi menangis tidak henti-henti, dia pula berasa risau.
Shinbi, Sehun dan yang lain mengekori beberapa penyelamat ke khemah. Penyelamat yang lain dan pak cik yang berpengalaman memburu itu pula terus mengejar haiwan hitam tadi. Shinbi dan Sehun duduk di atas batang pokok yang besar, Sehun cuba untuk menenangkan Shinbi yang menangis dari tadi. Sehun memeluk Shinbi, tangan Sehun mengusap di belakang tubuh Shinbi. Sehun masih cuba menenangkan Shinbi yang tidak tenang dari tadi. Beberapa minit kemudian, Shinbi mula berasa tenang apabila diusap lembut oleh Sehun. ‘Tak sangka Sehun seorang yang prihatin walaupun tak selalu nampak dia senyum.’
Shinbi melepaskan pelukan perlahan-lahan, menarik nafasnya sambil tersenyum manis. Senyuman Shinbi yang manis itu telah melegakan hati Sehun, ‘cantik juga Shinbi ni…’ Sehun menghulurkan minuman mineralnya, Shinbi ambil minuman itu dan terus diteguk. “Ahh…leganya!” Shinbi mengesat mulutnya. “Shinbi…jom teman saya pergi sungai. Saya nak cuci luka, gelilah tengok darah ni.” Shinbi hanya mengangguk tanda setuju. Sampai saja di sungai, angin bertiup kencang. Shinbi membuka balutan di tangan kanan Sehun, tiba-tiba sahaja air bertiup kencang dan balutan itu jatuh ke sungai.
“Kenapa angin kuat tiba-tiba?” Shinbi melihat balutan itu menghilang dihanyut sungai. Matanya beralih pula pada tangan Sehun, Shinbi terkejut selepas melihatnya. Sehun juga terkejut melihat tangannya sendiri, luka di tangan Sehun sudah tiada. Mereka berdua saling berpandangan. “Macam mana luka ni boleh hilang pulak?” Shinbi melihat Sehun menggelengkan kepalanya. Mereka berdua memandang tangan Sehun itu semula. ‘Macam mana boleh tak ada?’ Sehun terus memikirkannya. Shinbi dan Sehun kembali ke khemah semula tanpa bersuara, kedua-duanya masih terkejut.
Tiba sahaja di khemah, suasana kembali riuh. Sehun terus berlari ke arah sekumpulan penyelamat dan pak cik yang berpengalaman itu, Shinbi hanya mengekori Sehun. “Pak cik! Kenapa riuh semacam ni?” Sehun nampak haiwan hitam itu sudah mati dan semua orang berkumpul termasuklah Shinbi, mengelilingi haiwan hitam itu. “Haiwan ni! Tadi ada luka di kakinya, tapi hilang tiba-tiba! Nasib baik pak cik dah tembak jantung dia tadi, kalau tak…hidup balik!” Shinbi dan Sehun pantas menoleh, kedua-duanya bertentangan mata. Masing-masing teringatkan kejadian di sungai tadi.
“Oh, ya! Sehun, pak cik dengar kamu kena cakar tadi. Mana?” Sehun terkejut mendengarnya sama seperti Shinbi. “Erm…kat tangan…sikit je.” Sehun teragak-agak ingin menunjukkan tangannya pada pak cik itu. Tapi pak cik itu pantas menarik tangan Sehun seperti kilat. “Hilang!” semua orang terkejut mendengarnya dan asyik merenung Sehun. Pak cik itu pun menenangkan semua orang itu dengan mengatakan tiada apa-apa, “Haiwan ni haiwan hutan, so…lukanya akan hilang serta-merta kalau kena angin. Tak perlu risaulah.” Semua orang mengangguk dan mempercayai pak cik itu kerana dia berpengalaman.
Tapi disebalik kata-katanya, dia masih menyembunyikan sesuatu tentang pengetahuannya. Pak cik itu terus memerhati Sehun sehingga ke mana sahaja Sehun pergi pak cik itu terus mengekorinya. Waktu malam pula, pak cik itu berjaga di luar khemah sambil memerhati khemah Sehun dan dua orang lelaki yang lain turut tidur bersama Sehun. Setelah sejam memerhati, mata pak cik itu mula kabur kerana mengantuk. Tapi matanya terus segar apabila melihat khemah Sehun ada cahaya biru, tiba-tiba kedengaran suara dua orang lelaki yang ada di dalam khemah itu meminta tolong.
Pak cik itu terus membuka khemah itu, senapangnya sudah menghala ke arah serigala bermata merah di dalam khemah itu. Semua orang keluar dari khemahnya, melihat keadaan yang begitu pelik sedang berlaku di depan mata mereka masing-masing. “Sehun! Sehun!” Dua orang lelaki itu menjerit sambil menuding jari ke arah serigala bermata merah itu. Shinbi yang terdengar nama Sehun terus menolak pak cik itu, dia ingin melihat keadaan sebenar dalam khemah itu. Matanya terbeliak melihat dua orang lelaki itu menuding jarinya ke arah serigala bermata merah itu sambil menjerit nama Sehun.
“Sehun?” Shinbi bersuara, keadaan menjadi sunyi. Serigala di hadapannya kini tidak lagi bermata merah, tapi telah menjadi serigala bermata biru. Pak cik itu menyuruh dua orang lelaki itu keluar dari khemah, membiarkan Shinbi masuk. “Kenapa pak cik suruh dia masuk? Kalau dia kena terkam dengan serigala tu, macam mana?” salah seorang daripada dua orang lelaki itu bersuara. “Diam! Pak cik akan jaga dia!” semua orang terdiam dan terus memerhati Shinbi di dalam khemah bersama serigala itu. “Sehun…saya ni, Shinbi.” Shinbi menatap mata serigala itu, warna birunya sungguh terang.
Serigala itu mengaum lalu menyerang Shinbi, pak cik itu terus menembak kaki serigala itu. Semua orang terkejut apabila serigala itu keluar dari khemah itu, mengaum pada pak cik itu. Shinbi juga keluar dari khemah itu, pak cik itu mengarahnya untuk menyimbahkan air sungai pada kaki serigala itu. Setelah air sungai itu disimbah pada kakinya, serigala itu mula rebah. Keadaan serigala itu berubah sedikit demi sedikit. Beberapa saat kemudian, serigala itu telah berubah tubuh badannya menjadi manusia. Semua orang melihat kejadian itu, melihat Sehun adalah serigala itu.
Sehun telah pengsan, Shinbi menjaganya semalaman dan tidak tidur. Apabila sudah subuh, semua orang telah berkumpul dan mengemas khemah masing-masing. Shinbi dan Sehun sahaja tidak mengemas kerana keadaan Sehun yang masih lemah itu, orang lain yang tolong kemaskan khemahnya. Shinbi memapah Sehun keluar dari hutan itu, beberapa penyelamat mengekori mereka berdua. Dalam bas, keadaan sungguh sunyi. Tiada seorang pun berani bersuara kerana masih terkejut dengan kejadian malam semalam. Dalam perjalanan pulang, Shinbi terlelap atas bahu Sehun.
Sehun mengusap rambut Shinbi perlahan, ‘maaflah…saya dah susahkan awak semalam.’ Sehun merenung wajah Shinbi sehingga terlelap. Shinbi dan Sehun terjaga apabila ada orang mengejutkan mereka berdua, “Kita dah sampai.” Pak cik itu yang mengejutkan mereka berdua. Shinbi dan Sehun turun dari bas tanpa suara, kepulangan Shinbi telah disambut meriah oleh rakan kerjanya. Sehun hanya memerhati Shinbi sambil menunggu begnya, Sehun terus bereda setelah begnya dikeluarkan. Tapi Shinbi perasan, Shinbi terus berlari mendapatkan Sehun.
Shinbi memeluk Sehun dari belakang, Sehun terkejut tapi membiarkannya. Sudah lama dibiarkan, Shinbi pun melepaskannya kerana ingin berterus terang tentang perasaannya. Sehun menoleh ke belakang, melihat wajah Shinbi. “Sehun…awak masih tak perasan ke?” Sehun tersenyum melihat Shinbi berkerut dahi. “Saya…suka awak.” Sehun berterus terang, Shinbi agak terkejut mendengarnya. “Huh?” Shinbi sudah seperti orang pekak pula, bingung dengan kata-kata Sehun itu. Sehun tersenyum lagi, “Saya suka awak, Shinbi.” Sehun berkata dengan penuh keyakinan.
Shinbi ketawa, tidak percaya dengan kata-kata Sehun itu. “Sehun! Jahatlah awak ni! Macam mana awak tahu saya suka awak? Saya baru je nak luahkan…” Tiba-tiba sahaja Sehun memeluk Shinbi yang belum sempat habis bercakap. “Ahh…saya kena bagitahu mama saya ni yang spy dia dah goda anak dia sampai dah jatuh cinta!” Shinbi terkejut dengar kata-kata Sehun itu. “Awak! Saya bukan spy mama awak! Awak dah salah faham ni!” Shinbi cuba untuk melepaskan pelukan Sehun yang sengaja dieratkan. “Tak kisahlah…saya dah salah faham ke, tak ke…saya dah jatuh cinta kat awak!”
Shinbi tersenyum dengan sikap mengada-ngada Sehun itu, mereka berdua berpelukan erat. Sejak hari itu, mereka berdua bercinta. Setipa hari berjumpa, berjalan-jalan, makan malam juga bersama-sama. Selama dua tahun hubungan mereka berdua mesra, tidak pernah bertengkar ataupun bergaduh. Tapi sejak kebelakangan ini, Sehun asyik mengelak dari berjumpa pada waktu malam atau masa makan malam. Shinbi tidak mengesyaki apa-apa kerana dia percaya pada Sehun, tapi Shinbi tidak tahu bahawa Sehun merahsiakan sesuatu padanya. Sehun sering memberi alasan apabila ingin berjumpa pada waktu malam.
Lama-kelamaan Shinbi mula curiga dengan Sehun, tapi dia tidak menunjukkan reaksi curiganya di hadapan Sehun. Shinbi mula merancang sesuatu tanpa pengetahuan Sehun. Kali ini, Shinbi cuba untuk berjumpa Sehun pada waktu malam. Alasannya adalah dia ada masalah keluarga, dia tak dapat keluar malam kerana takut ibunya marah. Shinbi pergi ke rumah Sehun senyap-senyap, Shinbi bertanya pada ibu Sehun. Kebetulan pula keluarga Sehun ketika itu memang ada masalah, tapi Sehun tiada di rumahnya. Shinbi cuba tanya pada ibu Sehun, di mana dia tapi ibunya tidak tahu ke mana Sehun pergi.
Suatu malam itu, Shinbi menunggu Sehun keluar pada waktu malam. Apabila Sehun keluar, Shinbi mengekorinya. Tapi langkah Shinbi seperti kura-kura, dia tidak dapat ikut ke mana Sehun pergi. Sehun begitu laju, walaupun berjalan kaki. Shinbi sudah tidak tahan lagi, Shinbi paksa Sehun untuk memberitahunya ke mana dia pergi waktu malam. Tapi tidak berjaya, Sehun tetap mempunyai 1001 ayat yang tidak dapat dibalas oleh Shinbi. Walaupun begitu, Shinbi tidak pernah berputus asa. Shinbi mengekori Sehun lagi, kali ini dia berjaya. Shinbi nampak Sehun masuk ke dalam hutan belakang sekolah.
Shinbi tidak berani masuk kerana gelap, dia menunggu Sehun di luar hutan itu. ‘Apa yang dia buat kat hutan ni?’ Shinbi menunggu begitu lama sehingga subuh barulah Sehun keluar. Sehun terkejut dengan kedatangan Shinbi di situ, “Apa awak buat kat sini?” Sehun terus bertanya dengan gelabah. “Saya? Awak tu! Awak buat apa kat dalam hutan tu malam-malam sampai subuh baru awak keluar?” Sehun terdiam, Shinbi juga terdiam. Kedua-duanya tidak bersuara, tapi Sehun yang mempunyai 1001 ayat itu mula bersuara dahulu. Shinbi terus percaya apa yang dikatakan Sehun itu.
Tetapi kepercayaan Shinbi ada hadnya, petang itu dia masuk ke dalam hutan itu untuk mencari bukti. Tapi tiada apa-apa. Apabila Shinbi hendak keluar dari hutan itu, dia sesat. Shinbi tidak dapat keluar, telefon bimbitnya pula tidak dapat berfungsi kerana dia di hutan. Shinbi cuba lagi untuk mencari jalan keluar, tapi laluan yang sama sahaja dia berjalan. Shinbi sudah berputus asa, dia hanya harap dapat berjumpa Sehun malam nanti. Shinbi terlalu lama di dalam hutan, dia pun tidak dapat menahan ngantuk apabila suasana sunyi dan dingin itu. Shinbi terlelap agak lama, sedar-sedar sahaja sekelilingnya sudah gelap.
Shinbi melihat jam di telefon bimbitnya, sudah jam 12 tengah malam. Shinbi mula risau, dia cuba berjalan perlahan-lahan. Shinbi ternampak cahaya, ‘mungkin itu jalan keluar kot.’ Shinbi menuju ke arah cahaya itu, semakin dekat dia dengan cahaya itu dia nampak cahaya itu berwarna biru. Shinbi semakin menghampiri cahaya biru itu, angin juga semakin kencang. Bulu romanya mula meremang, perasaannya mula tidak senang. Jantungnya berdegup kencang apabila sudah nampak dengan jelas cahaya biru itu. Shinbi nampak tubuh Sehun bercahaya biru, wajahnya pula kelihatan menderita seperti menahan kesakitan.
“Sehun!” Shinbi melangkah ke arah Sehun. “Jangan! Jangan dekat!” langkah Shinbi terhenti apabila ternampak mata Sehun berwarna biru. ‘Mata tu…aku pernah tengok.’ Shinbi melangkah perlahan-lahan. “Sehun…apa dah jadi dengan awak?” Sehun terus mengundurkan dirinya. “Pergi Shinbi! Pergi!” Shinbi berhenti melangkah, Sehun juga berhenti mengundur. Shinbi melihat tangan kanan Sehun mempunyai ukiran berwarna biru, ‘aku pernah tengok tu.’ Shinbi merenung mata biru Sehun itu, dia teringatkan sesuatu. Shinbi teringat kejadian di hutan usang dua tahun yang lepas.
Pak cik itu pernah berkata pada Shinbi, “Haiwan hitam itu adalah serigala angin.” Shinbi tertanya-tanya, “Serigala angin? Apa benda tu, pak cik?” Pak cik itu pun menjelaskannya, “Kalau dia luka, dia cepat sembuh dengan adanya angin. Tapi tak pada air, itu kelemahannya” Shinbi mengangguk, “Jadi…Sehun tak apa-apa, kan?” Pak cik itu menggelengkan kepalanya, “Orang yang kena cakar lebih teruk dari kena gigit.” Shinbi terkejut, “Kenapa pulak?” Pak cik itu mengeluh, “Serigala angin ni bukan serigala biasa, dia dah dibela dari dulu. Senang cerita, serigala ini telah disumpah oleh tuannya untuk jadikan nyawa keduanya.” Shinbi masih tertanya-tanya, “Tapi…kenapa dia dipanggil serigala angin?”; “Sebab…lukanya akan senang hilang dengan angin je. Kalau air, pedih sebab tu dia memilih angin untuk kuasa tambahannya. Dalam masa yang sama juga, air adalah kelemahannya.”; “Kalau nak hilangkan sumpahan tu, macam mana?”; “Siram dia dengan air, tapi air tu mesti bersih dari kuman atau darah manusia.”
Shinbi melihat Sehun sudah kembali kepada asalnya, Sehun sudah tidak bercahaya biru lagi. Sehun pengsan, Shinbi menidurkan Sehun di atas pahanya. Shinbi menangis, tiba-tiba dia berasa menyesal. “Air sungai…air sungai tu…air sungai tu ada darah…ada darah Sehun.” Shinbi teringat ketika balutan Sehun yang penuh dengan darahnya jatuh ke sungai. “Kenapa aku boleh suruh pak cik tu ambil air kat sungai?” Shinbi tersedar ketika dia menyuruh pak cik itu, dia terlalu pentingkan diri sendiri. Terlalu pentingkan perasaan cintanya terhadap Sehun, tidak berfikir panjang tentang Sehun. Shinbi merenung Sehun dengan penuh kekesalan, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa sumpahan itu belum hilang lagi. Shinbi menunggu Sehun sedar, ketika subuh barulah dia sedar. Sehun bertanya dan bercakap padanya, Shinbi tidak membalasnya. Sehingga mereka berdua keluar dari hutan itu, Shinbi mula bersuara. “Saya minta maaf. Sebab saya…sumpahan tu tak dapat hilang.” Sehun tersenyum. “Saya…tak kisah. Saya tahu awak tak sengaja, kan?”
“Tapi saya kisah! Saya tak nak orang kata, saya suka pada lelaki yang kena sumpah! Mengerikan!” Shinbi terus bereda dari situ. Tapi tangan Sehun sempat menarik tangan Shinbi. “Awak…saya sanggup buat apa saja untuk awak. Saya sanggup menahan kesakitan ni! Saya nak jadi manusia depan awak sebab tu saya tahan kesakitan ni untuk tak jadi serigala!” Shinbi menepis tangan Sehun. “Sekarang kita dah putus! So…kalau awak nak jadi serigala, jadilah! Saya dah tak ada kena mengena dengan awak lagi!” Shinbi terus pergi tanpa memandang Sehun yang masih bersuara. “Sampai hati awak buat saya macam ni! Saya bertahan semua ni demi awak! Saya sayangkan awak, Shinbi! Shinbi!” Sehun hanya mampu menjerit dan melihat Shinbi pergi dari matanya. Shinbi yang terus berjalan itu sebenarnya sedang mendengar jeritan Sehun, Shinbi juga sedang menahan kesakitan. Sakit hatinya kini hanya dia sahaja yang dapat rasa, cinta macam mana pun dia pada Sehun. Shinbi tetap tak dapat memaafkan dirinya sendiri atas penderitaan Sehun itu.


Shinbi & Sehun (kisah keempat).
Nantikan kisah seterusnya.


“Kisah cinta yang rumit sebab Shinbi yang semakin tamak ingin mendapatkan Sehun. Sikap mementingkan diri memang akan merumitkan hubungan. Disebabkan Shinbi menyesal dengan sikapnya sendiri, dia sanggup menyakitkan hati dan perasaan Sehun yang sudah menyayanginya dan sanggup menahan kesakitannya demi Shinbi. Sebenarnya, Shinbi suka Sehun kerana rupa parasnya sahaja. Tapi Sehun tidak, Sehun suka Shinbi sebab Shinbi sentiasa membuat dia gembira dan tersenyum dengan keriangannya.”
-Nisa-

No comments:

Post a Comment