EXO WOLF POWER

EXO WOLF POWER

Sunday, 1 February 2015

TIE (Trust In Eyes)



Bomi berjalan-jalan pada waktu malam bersama haiwan peliharaannya iaitu Cute. Cute adalah kucingnya yang ketiga. Kucingnya yang sebelum ini dah hilang entah ke mana. Ini disebabkan keluarga Bomi yang kerap kali berpindah-randah akibat bapanya yang suka berjudi dan berhutang dengan orang, tidak mampu nak bayar segala hutang bapanya kerana keluarga Bomi yang tidak berkemampuan. Tapi Bomi seorang gadis yang kental dengan dugaan. Bomi tetap akan tersenyum di hadapan bapanya untuk melegakan hatinya yang sedih.

Bomi mendapat tawaran kerja dari jirannya. Kebetulan pula jiran Bomi mempunyai sebuah restoran dan memerlukan pekerja seperti Bomi sebab Bomi mempunyai bakat dalam nyanyian dan juga menari. Selain itu, Bomi juga pandai berlawak. Sifat lucunya telah menjadikan restoran jirannya yang dahulunya kecil, kini telah menjadi besar dan mempunyai cawangan yang lain. Kini, Bomi sudah menjadi sebahagian dari keluarga jirannya itu selepas bapanya menghilang ketika dikejar oleh penjudi kerana bapanya kalah dan tidak mahu membayarnya.

Bomi berkawan rapat dengan anak jirannya itu, namanya ialah Hyuna. Bomi dan Hyuna mempunyai sifat yang sama iaitu sifat lucu mereka, sebab itulah mereka menjadi kawan karib sekarang. Ibu bapa Hyuna melayan Bomi sama seperti mereka melayan Hyuna, penuh dengan kasih sayang. Bomi berasa sangat bertuah dapat berkenalan dengan keluarga Hyuna dan menjadi anak angkat mereka. Walaupun Hyuna tua setahun dengan Bomi, tapi mereka sudah seperti adik-beradik kembar. Ke mana sahaja mereka pergi, mesti bersama. Tidak dapat dipisahkan.

Bomi dan Hyuna menjadi semakin renggang sejak Hyuna mula berkenalan dengan seseorang. Hyuna sering menolak ajakan Bomi kerana ingin berjumpa dengan kekasihnya. Bomi yang periang, tidak pernah berasa kecil hati dengan Hyuna. Bomi sentiasa berfikiran terbuka. Apabila semakin kerap ditolak ajakannya, Bomi juga mula mencari seseorang untuk berkenalan. Tapi Bomi sering dipermainkan, ditipu dan dilukai oleh mana-mana lelaki yang Bomi pernah jumpa. Akhirnya, Bomi mengambil keputusan untuk tidak mempercayai mana-mana lelaki lagi.

Bomi berasa gembira bagi pihak Hyuna kerana hubungan cintanya bersama kekasihnya kekal sehingga mereka berkahwin. Tapi yang membuatkan Bomi sedih adalah kawan karibnya sudah tidak tinggal bersama-samanya lagi. Hyuna mengikuti suaminya berpindah dan tinggallah Bomi dengan keluarga Hyuna. Bomi berasa tidak selesa jika Hyuna tiada, Bomi membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga angkatnya. Bomi mencari tempat tinggalnya agak jauh dari keluarga angkatnya dan juga Hyuna.

Bomi yang dahulunya adalah seorang gadis yang periang dan lucu, kini telah menjadi seorang gadis yang pendiam dan muram. Tambahan pula, Bomi berjiran dengan keluarga bengis dan sombong. Bomi mencari kerja, tapi tidak dapat-dapat juga. Bomi tetap tidak putus asa untuk mencari pekerjaan sehingga langit menjadi gelap. Poket sudah semakin nipis, begitu juga dengan perutnya. Bomi pergi ke warung tepi jalan untuk mengisi perutnya yang berlapar dari siang hingga ke malam ini.

Bomi selesai mengisi perutnya dengan makanan yang agak mahal, duit poketnya pula tidak cukup. Bomi mula berasa gelisah apabila disuruh bayar oleh tauke warung itu. Bomi mengorek beg galasnya, tapi dia tidak jumpa duit. Bomi hanya ada duit di poket seluarnya sahaja. Bomi berterus-terang dengan tauke warung itu bahawa dia tiada duit yang mencukupi, Bomi disembur dengan air liur mak cik itu dan semua pelanggan memandang ke arah Bomi kerana suara lantang mak cik itu sedang memarahinya.

Bomi tidak dimarahi lagi setelah seorang pemuda menawarkan diri untuk membayar bagi pihak Bomi. Pemuda itu memandang wajah Bomi yang tercengang itu lalu beredar dari situ. Bomi tersedar dari tercengangnya, Bomi belum ucap terima kasih pada pemuda itu. Bomi ingin memanggilnya tapi tidak tahu namanya, Bomi berlari ke arah pemuda itu. Tapi pemuda itu sudah memecut pergi bersama motorsikalnya. Bomi mengeluh kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih. Bomi hanya melihat pemuda itu pergi dengan motorsikalnya sahaja.

Bomi berjalan ke rumahnya, perlahan-lahan dia melangkah sambil terbayangkan kejadian mengejut tadi. Bomi teringat akan pemuda yang menolongnya di warung itu tadi. Pemuda itu ada sesuatu yang membuatkan Bomi ingin menerokai kehidupan pemuda itu. Sehingga pulang ke rumah, Bomi masih teringatkan pemuda itu. Bomi tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana banyak soalan diminda yang masih tidak dapat dijawab. ‘Mungkin ke aku dah jatuh cinta hanya memandang mata dia?’. Bomi menggeleng kepalanya beberapa kali, tidak percaya dengan perasaannya sendiri.

Bomi terbangun apabila mendengar bunyi ketukan yang kuat di hadapan pintu rumahnya. Bomi segera membuka pintu dengan matanya separuh buka separuh tutup itu. Tuan rumah datang. Segar terus mata Bomi melihat tuan rumahnya datang meminta sewa rumah. Tapi Bomi masih tiada pekerjaan dan duit poketnya telah habis digunakan semalam. Bomi hanya mampu mendiamkan diri melihat barang-barangnya dicampak ke luar rumah. ‘Kenapa kejam sangat dengan aku?’. Bomi keluar dari rumah tanpa arah tujuan.

Bomi berjalan ke suatu lorong yang sunyi, berehat di situ sebentar. Bomi mencapai botol airnya dalam beg galas lalu meneguknya sehingga habis. Setelah selesai meneguk air dalam botol sehingga habis, Bomi menghembus nafas lega. Begitu penat dia, Bomi ingin pulang ke rumah keluarga angkatnya tapi jauh dari situ. Bomi memandang sekelilingnya, dia tidak tahu hendak ke mana lagi. Bomi berjalan lagi, mencari kerja kosong di rumah kedai. Tapi hampa, dia tidak diterima kerana tiada tempat tinggal yang tetap.

Bomi berhenti di suatu tempat, duduk di bawah pokok lalu menangis di situ. Tiba-tiba sahaja ada orang menegurnya, Bomi memandang dua orang lelaki yang menegurnya itu sedang mabuk. Bomi takut melihat pandangan mata dua orang lelaki mabuk itu. Bomi terus berjalan dengan pantas, meninggalkan dua orang mabuk itu. Bomi berlari apabila dua orang mabuk itu mengekorinya tanpa memandang sekelilingnya kerana ketakutan. Bomi melintas jalan tanpa memandang kanan dan kiri, Bomi hampir dilanggar tapi sempat mengelak lalu terjatuh di atas jalan raya itu.

Bomi masih terduduk di situ, kereta di hadapannya semakin hampir dengan dia. Bomi hampir sahaja dilanggar dengan kereta, nasib baik ada orang yang menariknya ke tepi. Bomi terus menangis apabila ditanya keadaannya oleh orang itu. Bomi memandang wajah orang itu dan Bomi berasa terkejut setelah memandangnya. ‘Dia pemuda kat warung tu, kan?’. Bomi tercengang sekali lagi apabila melihat pemuda yang sama ketika di warung dulu. Jantungnya berdegup laju apabila pemuda itu bersuara.

“Awak tak apa-apa ke?”, sudah dua kali pemuda itu bertanya pada Bomi dengan pertanyaan yang sama. Tapi Bomi masih lagi tercengang, menghayati perasaan anehnya. Pemuda itu berasa geram dan mahu meninggalkan Bomi di situ seorang diri. Bomi tersedar lalu bersuara pada pemuda itu. “Terima...kasih...”, tergagap-gagap Bomi bersuara. Pemuda itu memandang Bomi dengan perasaan menyampah. “Ingatkan orang pekak bisu tadi, boleh pulak bersuara.” Pemuda itu terus beredar setelah menyakitkan hati Bomi.

Tiba-tiba sahaja dua orang mabuk tadi menerkam Bomi dari belakang. Bomi menjerit, meminta tolong. Pemuda itu berpatah balik ke arah Bomi, dia terus belasah dua orang lelaki itu. Pemuda itu berjaya membuat mereka larikan diri. Bomi ucap terima kasih lagi, tapi pemuda itu tidak mempedulikan Bomi dan pergi dari pandangan sayu Bomi. Dia mengeluh. Bomi berjalan lagi dengan perasaan takut. Tapi tidak sampai seminit, pemuda itu berpatah balik ke arah Bomi dan menyuruh Bomi naik motorsikalnya.

Sambil menunggang motorsikalnya, pemuda itu bertanya pada Bomi. “Rumah kat mana? Biar saya hantar awak.” Bomi serba salah ingin menjawab pertanyaan itu. “Erm...saya tak ada rumah...” Pemuda itu terus menghentikan perjalanannya. Masing-masing terus turun dari motorsikalnya. “Huh! Tak ada rumah?! Kau biar betul?!” Bomi hanya mampu menganggukkan kepalanya. Pemuda itu mengeluh melihat keadaan Bomi yang menyedihkan itu. Pemuda itu merenung Bomi kerana terlalu geram. Bomi hanya menunduk kepala, tidak berani memandang mata pemuda itu.

Akhirnya Bomi dibawa ke rumah pemuda itu. Bomi ingin bertanya tapi ragu-ragu, sebelum bertanya lagi pemuda itu sudah berkata bahawa rumah ini rumahnya. Bomi hanya mendiamkan diri dan mengikuti pemuda itu. “Awak boleh guna bilik saya sebab saya jarang tidur kat bilik tu. Saya lebih selesa tidur kat sofa.” Pemuda itu ingin keluar tapi Bomi pula bersuara. “Awak nak pergi mana?”. Pemuda itu mengeluh sebelum menjawab. “Nak pergi cari makananlah. Awak nak biarkan perut awak asyik berbunyi sampai esok pagi ke?”. Pemuda itu terus keluar.

Bomi selesai mandi, Bomi memakai bajunya yang sama kerana beg bajunya sudah hilang ketika dikejar dengan pemabuk-pemabuk tadi. Bomi ke dapur, melihat barang pemuda itu berhabuk. ‘Nampak sangat dia selalu makan kat luar.’ Bomi membersihkan barang-barang dapur di situ. Dalam pada itu, pemuda itu pulang dengan mengejut. Bomi yang tengah menyusun pinggan mangkuk, terkejut lalu pinggan yang dipegangnya terhempas ke lantai. Bergegas pemuda itu ke dapur selepas terdengar bunyi barang kaca pecah.

“Maaf...saya tak sengaja pecahkan pinggan awak...” pemuda itu mengeluh mendengar suara sayu Bomi. “Ada ke orang sengaja pecahkan sesuatu kalau tak sengaja?”. Pemuda itu mengeluh lagi. “Tak apa...saya boleh kemaskan...” Bomi bersuara apabila melihat pemuda itu mula mengemas pinggan yang sudah pecah itu. “Tak apalah...awak pergi makan sana. Biar saya yang kemas.” Pemuda itu mula mengutip serpihan kaca itu. Bomi pula terus ke arah penyapu, tapi terhenti diseparuh jalan kerana dia terpijak serpihan kaca.

Pemuda itu mengeluh lagi melihat Bomi yang selalu cuai itu. “Tengok! Saya dah kata tadi tak payah! Duduk diam dan makan! Degil! Itulah akibatnya kalau buat kerja melulu aje! Tak pernah nak berhati-hati!”. Bomi hanya mendiamkan diri ketika dimarahi oleh pemuda itu. Selepas pemuda itu memarahinya, Bomi melihat pemuda itu sedang membalut luka di kakinya. ‘Serius betul muka dia, takut aku nak tengok.’ Pemuda itu terus ke dapur untuk menyambung kerjanya tadi, membersihkan serpihan kaca itu dengan berhati-hati. Bomi hanya menjadi pemerhati.

Ketika makan malam di ruang tamu sambil menonton televisyen, Bomi asyik merenung pemuda itu. ‘Tengah makan pun muka nampak menakutkan.’ Pemuda itu menyedari Bomi asyik merenungnya. “Tahulah saya ni handsome, tapi makanlah dulu. Dah sejuk makanan depan awak tu.” Bomi terus menundukkan kepalanya. Bomi makan sehingga licin, kebuluran seharian berjalan. Pemuda itu terkejut melihat Bomi dapat menghabiskan makanannya dengan sekelip mata sahaja. Bomi meneguk air dalam gelas itu juga sekali teguk sahaja. Pemuda itu menggeleng melihatnya.

Di hadapan rumah, Bomi termenung melihat bulan. ‘Cantik bulan tu.’ Bomi mengeluh apabila teringatkan kehidupan dia dari dulu hingga kini tidak pernah berubah, cuma sekarang bapanya yang menghilang dan dia kena berhadapan dengan pemuda yang bengis dan garang. Tapi pemuda itu ada juga sisi baiknya. Pemuda itu agak prihatin dengan Bomi dan telah membenarkan Bomi tinggal di rumahnya juga tidur di biliknya. Bomi tersenyum seorang diri apabila teringat ketika pemuda itu membalut luka di kakinya.

“Ehem! Dah gila ke senyum sorang-sorang!”. Pemuda itu menghampiri Bomi yang sudah malu apabila ditegur sebegitu. Bomi melihat pemuda itu juga menghayati keindahan bulan pada malam itu. ‘Bila tengok dari sisinya, handsome juga dia ni.’ Bomi tersenyum melihat wajah pemuda di sebelah kirinya itu. Tiba-tiba pemuda itu menoleh dan melihat Bomi sedang tersenyum melihatnya. Hilang terus senyuman di bibir Bomi. “Dah puas menghayati muka saya yang handsome ni?”. Bomi hanya menundukkan kepalanya sambil mengeluh. ‘Perasanlah pulak...’

“Nama saya Tao. Awak?”. Pemuda itu bersuara apabila keadaan menjadi sunyi dan kekok. “Bomi...Yoon Bo Mi.” Pemuda itu atau Tao hanya mengangguk sahaja. Keadaan kembali sunyi dan kekok. Kali ini, Bomi pula bertanya. “Awak lahir tahun bila?”. Tao teragak-agak ingin menjawab, lupa tarikh lahirnya sendiri. “Erm...93? Yelah kot.” Bomi tertawa kecil. “Apalah awak ni. Takkan birthday sendiri boleh lupa. Hahaha!”. Tao berkerut dahi melihat Bomi, geram. “Betullah 93! Hish!”. Bomi tersenyum mendengarnya. “Jadi...kita ni sebayalah! Saya pun lahir tahun 93!”. Bomi senyum pada Tao.

Bomi menukar pakaiannya dengan pakaian yang Tao kasih kepadanya. Bomi yang dari tadi termenung di luar, masuk ke dalam semula kerana sudah mengantuk. Bomi melihat Tao sedang tidur di atas sofa dengan TV menyala, Bomi menutup TV itu. Bomi masuk ke dalam bilik Tao, selimut di atas katil bilik Tao itu dibawa keluar. Bomi selimutkan pada Tao, Bomi tersenyum. ‘Bertuah aku dapat tinggal kat rumah orang yang prihatin macam dia, walaupun muka dia agak menakutkan.’ Bomi masuk ke dalam bilik Tao semula, dia terus baring. Bomi juga terlelap.

Seawal jam 4 pagi, Tao sudah bangun. Rutin hariannya adalah berjoging seawal 4 pagi. Sebelum Tao keluar dari rumahnya, pintu biliknya terbuka secara tiba-tiba. Tao melihat Bomi keluar berjalan ke arah dapur dengan mata yang masih tertutup, Bomi membuka pintu peti sejuk. Sebotol air mineral diteguknya sehingga habis dan menutup semula pintu peti sejuk itu lalu Bomi menyambung tidurnya di hadapan peti sejuk. Tao menggeleng kepala sesudah melihatnya. Tao pergi ke arah Bomi, mengangkatnya masuk ke dalam biliknya. Tao menyelimutkan Bomi pula.

Pada jam 6 pagi, Tao pulang semula ke rumahnya. Seluruh badannya berpeluh, Tao terus meneguk air mineralnya. Tao membersihkan tubuhnya, selesai sahaja mandi Tao terus ke arah biliknya. Tapi langkahnya terhenti seketika. ‘Bomi ada kat dalam, macam mana aku nak masuk?’. Tao mengeluh, mengetuk pintu bilik. Tapi tiada reaksi, akhirnya Tao masuk juga. ‘Isy...lena betul dia tidur lepas teguk sebotol air mineral.’ Tao membuka almarinya perlahan-lahan, mengambil baju dan seluarnya. Tao terus meluru ke arah pintu. Tao memakai pakaiannya di ruang tamu.

Ketika itu pula, Bomi bangun dari tidurnya kerana terdengar bunyi. Bomi terus keluar dari bilik, Bomi ternampak Tao yang belum selesai berbaju lalu Bomi menjerit sekuat hatinya. Pantas Tao menoleh ke belakang, Tao menutup mulut Bomi. “Kau ni! Bisinglah!”. Tao melepaskan tangannya apabila Bomi berhenti menjerit. “Kenapa awak pakai baju kat ruang tamu? Kenapa tak pakai kat tandas? Macam mana kalau tadi awak tak pakai seluar juga? Macam mana kalau saya nampak semuanya? Macam mana?!”. Tao mengeluh. ‘Kuat membebel juga dia ni.’

Bomi melihat Tao sedang membasuh motorsikalnya. “Awak tak pergi kerja ke?”. Tao menjawab sambil membasuh. “Saya malaslah.” Bomi terkejut mendengarnya. “Malas? Lebih baik bagi saya saja kerja tu.” Terhenti kerja yang dilakukan Tao. “Boleh.” Bomi terkejut mendengarnya buat kali kedua. “Betul ke boleh?”. Bomi dah tersenyum mendengarnya. Tao bangun dan berdiri di hadapan Bomi, merenungnya agak lama. Bomi tak berani nak balas pandangan Tao. “Boleh...tapi ada syarat.” Terkebil-kebil mata Bomi mendengarnya. ‘Ada syaratlah pulak.’

Selepas 10 minit, Tao selesai mengatakan syarat-syaratnya. Bomi teragak-agak ingin menyatakan kata setuju selepas mendengarnya. “Kalau tak nak, tak apa...saya tak paksa pun.” Setelah lama mendiam, akhirnya Bomi bersuara juga. “Erm...tak! Saya tak setuju!”. Bomi terus masuk ke dalam bilik, termenung. ‘Aku patut kata setuju tadi. Aku dah tak ada sesiapa lagi yang prihatin macam dia. Bapak entah ke mana. Macam mana dengan masa depan aku nanti?”. Bomi menarik nafasnya. ‘Aku akan setuju!’

Bomi terus meluru ke arah Tao. “Saya setuju! Saya...setuju untuk kahwin dengan awak.” Tao terkejut mendengar keputusan Bomi itu, dia memandang Bomi dengan pandangan yuang tajam. “Kenapa tiba-tiba kata setuju?”. Bomi terus menangis. “Sebab...saya dah tak ada tempat nak bergantung lagi...sekarang saya sebatang kara saja...bapak saya tak tahu kat mana...saya pun dah tak tahu nak ke mana.” Tao mengeluh mendengar rintihan Bomi. Tao melangkah ke arah Bomi perlahan-lahan lalu memeluk tubuh Bomi yang sedang menangis itu.

“Saya janji pada awak. Saya akan berada di sisi awak tak kiralah senang ataupun susah.” Tangisan Bomi terhenti, Bomi melepaskan pelukan Tao. Bomi merenung mata Tao, mencari keikhlasan dan kejujuran kata-kata itu. Bomi berasa takut kerana kata-kata itu akan menimbulkan kekecewaan seperti dahulu. ‘Kata-kata yang sama dilafazkan oleh kaum lelaki. Kenapa susah untuk aku percayakan lelaki? Mula-mula, bapak aku yang berkata seperti itu. Takkan tinggalkan aku walaupun kehidupan kami susah, tapi sekarang bapak menghilang entah ke mana. Sama seperti lelaki-lelaki yang pernah aku kenali.’

“Kenapa pandang saya macam tu? Tak percaya? Saya akan buktikan kata-kata saya ni! Saya ni seorang yang tak akan mungkir pada janjinya! Kalau tak percaya...suka hatilah!”. Tao masuk ke dalam rumahnya, meninggalkan Bomi di luar seorang diri. Bomi masih terdiam di situ. Tao melihat Bomi masih kaku di situ, walaupun sudah setengah jam berlalu. Tao keluar, menghidupkan enjin motornya. Bomi terus tersedar dari mengelamun. “Awak nak pergi mana?”. Bomi bertanya pada Tao. “Saya nak cari makanan. Awak duduk rumah je.” Tao terus pergi bersama motornya.

‘Betul ke, apa yang dia katakan tadi? Betul ke, dia akan ada di sisi aku?’. Bomi masih lagi menungkan perkara yang sama. TV yang menyala dari tadi, hanya sekadar menghilangkan kesunyian. ‘Tapi...betul ke Tao anak kepada syarikat besar tu?’. Bomi melihat sekeliling rumah Tao itu. ‘Tengok rumahnya...macam orang bujang seperti aku aje. Tak mewah. Aku...setuju untuk kahwin dengan dia...sebab dia anak orang kaya...jahat sungguh aku ni!’. Bomi mengeluh lagi. Bomi meneguk segelas air untuk melegakan hatinya.

Sudah dua jam berlalu, Tao masih termenung di syarikat bapanya. Tao bukanlah orang Korea, tapi bapanya membuat cawangan baru di Korea kerana Tao fasih bertutur dalam bahasa Korea. Syarikat asalnya berada di China, bapanya yang menguruskan syarikat itu. Syarikat di Korea ini pula, bapanya menyuruh Tao yang uruskan. Tapi Tao tidak mahu dan telah mengupah orang untuk mengendalikannya. Tao termenung sambil melihat foto keluarganya. Tao teringat akan kata-kata bapanya dahulu.

“Aku suruh kau uruskan syarikat ni untuk majukan syarikat ni! Bukan untuk kau buat sesuka hati aje! Syarikat ni bukan kau yang punya! Aku yang punya!”. Bapa Tao memarahinya. “Bukan saya punya? Habis tu, kenapa bapak suruh saya uruskan syarikat ni kalau bukan saya punya?!”. Tao meninggikan suaranya. “Perasan! Kalau kau nak syarikat ni jadi milik kau, kau kena bawa seseorang yang boleh menjaga kau yang masih mentah ni! Kahwin dengan dia! Baru syarikat ni akan jadi milik kau selamanya!”. Terkedu Tao mendengarnya.

Tao tersedar dari lamunannya apabila seseorang megetuk pintu pejabatnya. “Masuk ajelah! Aku tahu...kau kan, Sehun?”. Kawan karibnya masuk ke pejabatnya sambil ketawa. Sehun duduk di atas meja sambil membawa minuman untuk Tao. “Muka kau tu dah kena apa? Sampai dahi pun berlipat seribu.” Sehun masih lagi ketawa melihat wajah Tao yang berkerut itu. “Aku stress duduk kat rumah!”. Kali ini Sehun pula berkerut dahi. “Pelik tu! Selalunya kau akan stress bila ada kat pejabat ni, sekarang terbalik pulak.” Tao mengeluh.

“Entahlah...” Tao mengeluh lagi. Tiba-tiba sahaja riak wajah Sehun berubah menjadi teruja. “Hey! Kisah gadis idaman kau tu macam mana? Berjaya tak pikat dia? Haha...tengok muka kau ni...aku dah boleh agak kau kena reject!”. Tao merenung Sehun dengan pandangan tajamnya. “Okay! Sorry!”. Sehun terus mengangkat kedua belah tangannya, menyerah diri. “Dia...ada kat rumah aku sekarang.” Sehun terkejut mendengarnya. “What?! Gilalah kau! Kau dah buat apa aje dengan dia? Kau dah tidur dengan dia ke?”

Tao: “Kau ni...nak kena sepak ke? Mulut tu jaga sikit!”
Sehun: “Sorrylah...tapi macam mana dia boleh ada kat rumah kau? Baru dua bulan lepas kau cakap yang kau dah jumpa gadis idaman kau, and sekarang dia ada kat rumah kau pulak...”
Tao: “Susahlah nak cerita dari awal...rumit!”
Sehun: “Erm...kau ni pun satu! Selalu berahsia! Dah pening baru cari aku! Lain kali...dah ada news, terus bagitahu kat aku...okay?”

“Okaylah...aku nak balik dulu...” Tao menyarung jaket hitamnya dan memakai helmet. Sebelum keluar dari pejabat, Sehun bersuara. “Tao! Nanti malam...aku datang rumah kau!”. Tao terkejut. “Buat apa?!”. Sehun ketawa melihat wajah Tao. “Aku nak kau cerita kat aku dari awal sampai akhir kisah gadis idaman kau tu! Kalau tak...aku ada kunci rumah kau tau...” Tao mengeluh, geram. “Okay, fine! Tapi...cerita kat luar rumah. Sebab aku tak nak dia dengar yang aku dah lama suka dia and jejak dia.” Sehun hanya mengangguk.

Tao pulang ke rumahnya bersama makanan untuk Bomi. Tao memanggil-manggil Bomi, tapi tidak disahut. ‘Ke mana pulak budak ni pergi?’ Tao pergi ke dapur, belakang rumah dan biliknya. ‘Ke mana pulak hilangnya budak ni?’ Tao masuk semula ke biliknya, mencari beg galas Bomi. ‘Tak ada?’ Tao bergegas ke luar rumah, memandang ke kanan dan kiri di kawasan rumahnya. Tapi sunyi. Tao mengeluh, motornya dihidupkan. Sebelum pergi, mak cik sebelah rumahnya kata bahawa Bomi baru sahaja keluar.

Tao tidak jadi membawa motornya, dia berjalan kaki mencari Bomi. Selepas 30 minit, Tao nampak Bomi di bastop. “Bomi!”. Terkejut Bomi mendengar suara Tao. “Tao...awak?”. Tao mengeluh. “Awak ni dah hilang akal ke? Huh!”. Bomi menundukkan kepalanya apabila Tao menengkingnya. “Saya...” Belum sempat Bomi menghabiskan kata-katanya, Tao terus menarik tangannya. Bomi mengikuti Tao kerana tangannya ditarik oleh Tao dan Bomi berasa takut melihat wajah Tao. Tapi belum sampai ke rumah, tiba-tiba sahaja Bomi menepis tangan Tao.

“Saya dah tak nak ikut awak lagi! Awak baliklah sendiri!”. Mereka berdua bertentangan mata agak lama. Apabila guruh di langit mula kedengaran, anak mata Tao perlahan-lahan tunduk ke tanah. Tao mengalah. Tao terus beredar dari situ dan meninggalkan Bomi seorang diri. Bomi terduduk, terkedu dengan kata-katanya sendiri. Bomi menangis apabila langit turut menangis menemaninya. Bomi memukul-mukul tanah yang semakin basah itu, melepaskan geram. Esakan tangisannya semakin kuat seperti hujan yang semakin lebat.

Tao tidak duduk diam di rumahnya, risau akan Bomi. Tambahan pula, sekarang tengah hujan lebat. Tao berjalan ke hulu dan ke hilir rumahnya, kerisauannya semakin ketara. Akhirnya, Tao keluar dalam hujan lebat itu. Tao pergi ke tempat tadi, Tao mengeluh. Ternyata Bomi masih di situ, duduk sambil menangis. Tao terus menarik tangan Bomi. Terkejut Bomi dengan kejadian mengejut itu. Bomi melihat insan di hadapannya itu, sungguh prihatin. “Tao...saya minta maaf...” Bomi terus memeluk Tao, menangis didakapnya.

Tiba sahaja di rumah, Tao bergegas mengambil tualanya. Rambut panjang Bomi yang basah itu dilapnya, Tao menyelimutkannya setelah Bomi selesai mandi. Bomi masih lagi menangis walaupun sudah banyak kali dipujuk oleh Tao. Tiba-tiba telefon Tao berdering, Sehun memanggilnya. Sehun berkata bahawa dia tidak dapat datang ke rumah kerana ada hal kecemasan berlaku. Tao menghembus nafas leganya. ‘Baguslah kalau tak dapat datang...keadaan pun tengah rumit ni.’ Tao berkata dalam hatinya setelah talian dimatikan.

Tao menjenguk biliknya, melihat Bomi sudah lena dibuai mimpi. Tao mendekati Bomi yang sedang lena itu, Tao merenung Bomi. Perlahan-lahan tangan Tao mengusap rambutnya yang masih lembap itu, sayu saja matanya melihat Bomi. Tao menyentuh dahinya pula, Tao mengeluh apabila mendapati Bomi demam. Tao keluar dari bilik, terus ke dapur. Membasahkan tuala kecilnya dengan air suam lalu dibawa ke bilik semula. Tao meletakkan tuala itu di atas dahi Bomi untuk meredakan suhu panas badan Bomi itu.

Tao terlelap di sofa dengan TV yang masih menyala. Pada jam 4 pagi Tao bangun. Ketika bangun, Tao menyentuh dahinya. ‘Aduh...aku pun demam ke?’ Tao mengeluh. Tao mandi air panas, melegakan tubuhnya yang letih itu. Selesai sahaja, Tao menyentuh dahinya lagi. Tao mengeluh buat kali kedua apabila dahinya masih panas, Tao terus baring di sofa. Tao tidak larat untuk berjoging ketika demam. Tao terpandang pada TV di hadapannya. ‘Bukan ke semalam aku tak tutup TV ni?’ Tiba-tiba pintu bilik terbuka.

Bomi akan mengigau seperti biasa, selepas itu tidur di situ. Tao mendukungnya masuk ke dalam bilik semula, Tao mengusap dahinya. Dahinya sudah tidak panas macam tadi, Tao menghembus nafas leganya. ‘Baguslah dah reda...tapi aku pulak yang demam.’ Tao keluar dan baring di sofa. Matanya pedih kerana suhu badannya yang panas itu semakin menjadi-jadi. Akhirnya, Tao terlelap juga. Ketika itu, Bomi bangun. Bomi ke tandas. Apabila sudah selesai, Bomi melihat Tao sedang nyenyak tidur di atas sofa.

Bomi masuk ke dalam bilik, dia bawa keluar selimutnya. Bomi selimutkan pada Tao. ‘Terima kasih untuk semalam.’ Bomi tersenyum melihat wajah lena Tao. Bomi cuba beranikan dirinya untuk menyentuh wajah Tao, senyumannya hilang secara tiba-tiba. ‘Tao demam ke?’ Bomi bergegas mengambil tuala kecil, diletakkan pada dahinya. ‘Patutlah dia tak pergi bersenam.’ Bomi duduk di atas lantai, menghadap Tao. Bomi merenung wajah Tao, hatinya berdebar-debar. Bomi terus mengelak perasaan yang mendebarkan itu. Bomi pergi ke dapur, membuka peti sejuk.

‘Sejak bila lauk ni ada kat peti sejuk? Semalam...’ Bomi teringat bahawa semalam Tao ingin membelikannya lauk, tapi dia lari dari rumah pulak. Bomi mengeluh. Tiba-tiba, telefon Tao berdering. Lama telefon itu berdering, tapi Tao tetap tidak sedar. Bomi ingin menjawabnya, tapi dia tidak berani. Apabila semakin bising, Bomi terus mengangkat telefon itu. “Hello...” Bomi teragak-agak ingin bersuara. “Tao...demam...” Talian terus dimatikan oleh pemanggil. ‘Eh? Dah tutup?’ Bomi letak telefon Tao di tempat asalnya.

Tak lama kemudian, seseorang datang ke rumah. Sehun menerjah rumah Tao kerana Sehun mempunyai kunci rumah itu. Bomi terkejut, Bomi terus mengejutkan Tao yang tengah lena tidur itu. “Tao! Tao...ada orang pecah masuk rumah awak.” Tao bergegas ke halaman rumahnya. Tao mengeluh melihat Sehun, Bomi berasa pelik. ‘Kenapa dia duduk diam aje?’ Secara tiba-tiba, Sehun memeluk Tao. Buntal mata Bomi melihatnya. “Tak payahlah lebih-lebih! Aku bukannya nak mati pun!”. Tao menolak Sehun, Bomi hanya melihat dari belakang.

“Tao...kawan awak ke?”. Bomi bersuara. “Ye. Tak payah keluar! Duduk kat dalam!”. Bomi tidak jadi hendak ke luar rumah. “Tapi...awak tengah...” Tidak sempat Bomi ingin habiskan kata-katanya, Tao terus mencelah. “Demam. Tahu. Dahlah masuk!”. Bomi mengeluh. “Kenapa kau garang sangat dengan dia? Dia prihatin dengan kau tu.” Sehun pula bersuara. Bomi terus menutup pintu, membiarkan Tao dengan Sehun. ‘Kawan dia rupanya...’ Bomi mengeluh lagi. Bomi ke dapur, memanaskan lauk semalam. Bomi makan seorang diri di ruang tamu sambil menonton TV.

Apabila Bomi berasa bosan, Bomi mula terfikirkan sesuatu. Bomi mengintai Tao dan Sehun dihalaman rumah melalui tingkap bilik tidur. Bomi melihat Tao dan Sehun begitu rapat dan mesra, walaupun hanya melihat dari perbualan mereka. “Haha! Kau ni Tao, memang tak boleh nak simpan rahsia dari aku! Aku dah agak, mesti kau ekori dia sejak pertama kali kau nampak dia! Aku kenal kaulah! Sebab tu dia boleh ada kat rumah kau sekarang, kan? Haha!” Terkejut Bomi mendengar kata-kata Sehun itu. ‘Orang yang dia cakap tu...mesti aku.’ Bomi terduduk di atas katil, tidak menyangka bahawa semuanya telah dirancang oleh Tao.

Bomi mengemas barang-barangnya ke dalam beg galasnya, Bomi keluar dari rumah itu. Tao melihat Bomi keluar tanpa menegurnya, Tao terus berlari ke arah Bomi dan menarik tangan Bomi. “Awak nak ke mana?” Tao bertanya pada Bomi yang memandangnya dengan pandangan yang tajam, Bomi berasa marah dan geram pada Tao. “Lepaskan tangan saya!” Bomi menengking pada Tao. “Kenapa dengan awak ni?” Tao mula berasa pelik dengan kelakuan Bomi. “Kenapa? Kenapa awak nak tahu? Kenapa awak boleh ada sewaktu saya dalam kesusahan? Kenapa mesti awak yang ada masa-masa macam tu?” Bomi menepis tangan Tao.

Tao terkejut mendengarnya. ‘Bomi dah tahu hal sebenarnya?’ Tao terdiam di situ, hanya melihat bayangan Bomi yang semakin kabur dimatanya. Sehun terus ke arah Tao. “Kenapa kau tak halang dia?” Tao mengeluh mendengarnya. “Dia dengar perbualan kita...” Sehun pula terkejut. “Dia...dengar? Tapi...macam mana dia boleh dengar? Huh! Takkan sebab suara aku kot...?” Sehun mengetuk dahinya. “Tak...salah aku...kau tak salah...” Tao masih berasa terkejut kerana Bomi meninggalkannya begitu sahaja. Sehun melihat wajah sayu Tao, Sehun menepuk-nepuk bahu Tao untuk meredakan hatinya.

Tao termenung dalam bilik tidur di atas katil, masih teringatkan kejadian tadi. ‘Bomi dah tinggalkan aku...sama macam...perempuan sial tu!’ Tao mengeluh. Tao teringatkan bekas tunangnya yang pernah meninggalkannya dahulu. Situasinya sama seperti Bomi meninggalkannya tadi. Tambahan pula, Tao melayan mereka berdua dengan baik sekali. Tapi Tao masih dikecewakan. Tao pernah putus asa selepas banyak kali dikecewakan dan hampir sahaja membunuh diri. Tapi secara kebetulan Bomi berada di tempat kejadian, ketika itu Bomi sedang mempromosikan restoran jirannya.

You got pretty, words I wanted to hear every day... Words I never heard before... But everything is different now (Doo Roo Roo Roo)... You got pretty, what you see isn’t everything... I’m not the same person you knew before... Goodbye my love...yeah!” Bomi mendendangkan sebuah lagu sambil memetik gitar untuk menarik perhatian orang ramai. Salah seorang dari orang ramai itu adalah Tao, dia tidak jadi membunuh diri kerana terdengar suara merdu Bomi. Sejak hari itu, Tao asyik mengekori Bomi. Tanpa disedarinya, Tao asyik tersenyum apabila melihat Bomi di restoran itu setiap hari.

Tao tersentap apabila mendengar bunyi pintu diketuk, hilang terus lamunannya. Tao berjalan ke arah pintu dengan malasnya, tidak berdaya. Tao terkejut selepas membuka pintu. “Bomi...” Tao merenung wajah Bomi. “Saya nak ambil barang saya yang tertinggal kat belakang.” Bomi terus masuk ke dalam. Tapi terhenti kerana Tao menahannya, tangan Bomi digenggam erat oleh Tao. “Saya...minta maaf sebab saya...mengekori awak selama ni.” Bomi memandang tangan kanannya yang digenggam erat oleh Tao itu dan memandang sayu pula pada wajah Tao. Mereka berdua bertentangan mata. Tak lama kemudian, air mata Bomi mengalir ke pipi.

Tao melepaskan tangan Bomi perlahan-lahan, tangannya menyentuh pula pada pipi Bomi yang dibasahi air mata itu lalu mengusap air matanya. “Saya minta maaf.” Suara Tao membuatkan air mata Bomi mengalir bertambah deras, Bomi menundukkan kepalanya. “Kenapa awak mengekori saya? Apa yang awak nak pada saya sebenarnya?” Bomi bertanya dan masih menundukkan kepalanya. “Sebab saya...suka awak, saya nak awak ada di sisi saya macam saya selalu ada untuk awak selama ni.” Bomi terus memandang wajah Tao selepas mendengarkan jawapan Tao itu, hilang tangisannya.

Bomi: “Tapi...sejak bila?”
Tao: “Saya ekori awak sejak...awak menyanyi kat Namsan Tower dua bulan lepas.”
Bomi: “Erm...saya tanya, sejak bila awak suka saya...bukan sejak bila awak ekori saya.”
Tao: “Oh! Sejak...awak menyanyi kat majlis perkahwinan kawan awak. Kebetulan suami kawan awak, kawan saya juga.”
Bomi: “Tapi...kenapa awak suka kat saya?”
Tao: “Erm...lembapnya! Masih tak tahu kenapa saya suka awak dengan dua perkara tu, erm...”

“Yelah! Saya ni lembap! Buat apa awak suka kat orang yang lembap macam saya ni?!” Bomi ingin beredar dari situ, tapi dihalang oleh Tao. “Sebab...suara awak merdu. Saya suka gadis yang pandai menyanyi macam awak...dan sifat periang awak dulu.” Bomi berasa terharu dengan kata-kata Tao dan sedih apabila mengetahui sifat periangnya dahulu sudah hilang. “Saya bukan gadis macam awak katakan tu lagi...” Bomi menundukkan kepalanya lagi. Tao merenung Bomi, perlahan-lahan tangannya menarik tubuh Bomi ke dalam dakapnya. Bomi menangis lagi setelah Tao memeluknya.

Apabila tangisan Bomi sudah reda, Bomi melepaskan pelukan Tao perlahan-lahan. Bomi berkata sambil kepalanya ditundukkan. “Sebenarnya saya...nampak kejujuran di mata awak masa awak cakap, awak akan sentiasa ada di sisi saya tak kira saya senang mahupun susah. Saya...dapat percayakan awak selepas saya renung mata awak. Sebab saya...teringatkan kejadian di warung dulu dan di tepi jalan semasa saya diserang oleh dua orang lelaki mabuk tu. Saya fikir semua tu kebetulan, tapi sebenarnya...tak. Saya rasa kecewa dengan awak, marah dan sedih...sebab saya dah mula sukakan awak...” Bomi memandang wajah Tao.

3 tahun kemudian, Sehun mengisytiharkan Tao sebagai CEO syarikat pada semua pekerja di syarikat itu. Tao juga mengisytiharkan Sehun sebagai ketua pengurus di syarikat dan Bomi sebagai isteri CEO iaitu Tao. Bomi berasa malu apabila dipuji oleh pekerja-pekerja di situ. Tao pula berasa gembira apabila bapanya mengatakan bahawa Tao adalah anak kebanggaannya pada Bomi dan bapanya telah menghadiahkan Bomi sesuatu yang tidak dijangka-jangka olehnya iaitu bapa Bomi. Bapa Bomi kelihatan sihat dan kemas, bapa Tao berkata bahawa dia telah menghantar bapa Bomi ke pusat pemulihan akhlak.

Bomi menangis ketika memeluk bapanya, begitu juga bapanya. “Erm...dah dewasa anak bapak. Pandai dah jaga diri masa bapak tak ada, sama macam arwah maknya. Pandai berdikari!” Bomi senyum dalam tangisannya setelah mendengar kata-kata bapanya. “Bapak jangan tinggalkan Bomi lagi!” Bomi berkata setelah puas menangis. “Eh? Mana boleh...Bomi kan dah ada suami. Kenalah ikut suami, tak boleh dengan bapak dah...” bapanya pula yang mengalirkan air mata apabila tersedar dengan kata-katanya sendiri kerana dia begitu menyesal sudah tinggalkan Bomi. Tao dan bapanya hanya memerhati Bomi dengan gelagat manjanya apabila bersama bapanya.

Seminggu selepas itu, Tao dan Bomi pergi bercuti di Pulau Jeju bersama-sama. Pada hari itu pula adalah hari jadi Tao, Bomi mendapat tahu tarikhnya melalui bapa Tao kerana Tao tidak ingat tarikh lahirnya sendiri. Pada waktu malam, Bomi mengajak Tao ke persisiran pantai. Tao terkejut melihat sebuah meja dan kerusi, terdapat juga gitar berwarna pink di situ. Bomi mendendangkan lagu yang sama iaitu lagu yang pertama kali Tao menjumpainya, Tao hanya mampu tersenyum. Selepas itu, Bomi telah mengeluarkan sebuah hadiah untuk Tao. “Happy Birthday!” Tao tertawa kecil melihat hadiahnya. “Kenapa hadiahkan tie?” Bomi tersenyum, tidak mahu menjawabnya.

TAMAT

No comments:

Post a Comment