EXO WOLF POWER

EXO WOLF POWER

Thursday, 12 June 2014

Wolf (Into Your World) Part 4-Sehun


Shinbi baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan akhir tahunnya dari sekolah menengah, dia terus pergi mencari kerja untuk biaya keluarganya kerana dia adalah anak tunggal sekarang selepas abangnya meninggal dunia. Shinbi seorang anak yang sangat baik, ceria dan tidak mudah dikecewakan atau berfikiran terbuka. Shinbi sedang menunggu gilirannya untuk ditemu duga di sebuah syarikat pelancongan. Shinbi mahu mencuba pelbagai bidang dan mahu menambah pengalaman. Shinbi tidak kisah jika dapat pekerjaan orang bawah atau mendapat gaji sedikit, yang penting baginya adalah dapat membiayai keluarga.
15 minit berlalu, Shinbi telah tamat ditemu duga dan dia telah diterima untuk bekerja di situ. Shinbi pulang ke rumah dengan perasaan yang lega, berjalan kaki adalah rutin hariannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah sambil makan ais krim coklat, dia terserempak dengan rakan sekolahnya dahulu. Shinbi berniat ingin menegurnya walaupun dia tidak pernah bertegur sapa ketika di sekolah dahulu, tapi dia tetap ingin menegurnya. Sebelum menegurnya, Shinbi melihat dia sedang melepaskan geram pada tin minuman dengan menyepaknya. Kepala Shinbi terkena tin minuman itu.
“Auch!” suara kuat Shinbi didengari oleh rakan sekolahnya itu. Shinbi merenung ais krim coklatnya yang telah jatuh ke atas jalan raya sambil mengeluh, ‘ahh…sayangnya…’ Shinbi mengusap dahinya, pedih kerana luka. “Erm…sorry. Saya tak tahu kalau ada orang yang lalu kat sini sebab tempat ni tak selalu ramai dan orang memang jarang lalu sini…lagi-lagi perempuan macam awak ni.” Shinbi tersenyum. “Tak apalah…salah saya juga sebab berdiri aje kat sini tadi. Erm…awak Sehun, kan?” Dia agak terkejut, ‘macam mana dia boleh tahu?’ Sehun mengangguk perlahan.
“Kepala awak ada darah tu, tak nak pergi klinik ke?” Shinbi terus menyentuh dahinya, terlupa dahinya terluka apabila Sehun bersuara tadi. “Oh, ya. Saya nak pergilah ni.” Sehun memandang Shinbi dengan mata yang sayu seperti ada masalah. Selepas 20 minit di klinik, Shinbi lalu di tempat tadi. Sehun masih lagi berada di situ, Shinbi masih menyukainya walaupun sudah bertahun-tahun ketika zaman sekolah dahulu. Shinbi merenungnya di tepi bangunan, kelihatan Sehun gelisah seperti mempunyai masalah. Apabila Sehun mula bergerak, Shinbi hanya memerhati.
Tapi ada sesuatu yang lain dengan cara jalannya, dulu di sekolah nampak tenang dan segak. Sekarang dia kelihatan gelisah dan gelabah, dari cara jalannya sahaja Shinbi dapat tahu Sehun sedang menghadapi masalah. Shinbi mengekori Sehun dari belakang, hatinya berdegup kencang walaupun hanya memandang dari belakang. Tiba-tiba Sehun memusingkan badannya ke belakang, memandang Shinbi yang terpaku. Terkejut Shinbi dengan tindakan Sehun itu, Sehun sedang menghampirinya. Shinbi mahu lari, tapi kakinya tak dapat nak bergerak seperti sudah terkena gam gajah.
“Awak ni siapa?” Sehun merenung tajam mata Shinbi. “Saya…Shinbi…” Shinbi terdiam apabila jari telunjuk Sehun mula menudingnya. “Kenapa awak ikut saya? Jangan-jangan awak ni…spy dari mama saya, kan? Huh! Cakap dengan mama saya tu, saya boleh hidup tanpa kekayaan dia. So…jangan harap saya nak balik rumah!” Sehun terus pergi setelah melepaskan marahnya pada Shinbi yang tidak tahu apa-apa itu. “Sehun!” Shinbi melihat Sehun berhenti. “Sehun…awak lari dari rumah ke?” Sehun tersenyum sinis pada Shinbi. “Bagus! Pandai mama saya cari spy, pandai betul berlakon!”
Shinbi mengeluh setelah tahu perkara yang tidak sepatutnya dia tahu, hal peribadi Sehun. ‘Kenapa dia tak tanya betul-betul? Baru nak bertegur sapa, tapi dah salah faham pulak.’ Shinbi pulang ke rumahnya, tersenyum apabila melihat ibunya menunggu kepulangan. Berkerut dahi ibunya apabila melihat dahi Shinbi luka, Shinbi hanya tersenyum manis. “Shinbi…kenapa dengan dahi kau tu?” ibunya mula meraba-raba dahi Shinbi. “Luka kecik aje ma…tak perlu risaulah. Yang penting…Shinbi dapat kerja!” Shinbi melihat ibunya tersenyum semula, hatinya berasa lega.
Awal pagi lagi Shinbi sudah bangun, dia begitu teruja ingin bekerja. Memadankan skirt dengan kemeja, Shinbi pergi ke tempat kerjanya dengan bersemangat sekali. Shinbi bekerja di sebuah syarikat pelancongan sebagai kerani, tapi dia begitu gembira sekali kerana hari pertama dia bekerja sudah ramai yang mesra dengannya. Ramai pekerja di situ mengatakan Shinbi lebih sesuai jadi pembimbing (guide) kerana sifat peramahnya dapat menarik perhatian orang, tapi Shinbi hanya membalas dengan perkataan yang sama. “Saya tak kisah. Saya suka semua kerja yang ditugaskan untuk saya.”
Setelah memerhati Shinbi bekerja, pengurusnya melaporkan sesuatu pada orang atasan. Selepas berbincang beberapa minit dengan orang atasan, pengurusnya memanggil Shinbi. “Kontrak awak sebagai kerani telah saya batalkan.” Shinbi terkejut apabila mendengar perkara itu dari orang atasannya. Pengurusnya tersenyum melihat reaksi Shinbi itu, orang atasannya juga begitu. “Dan di tangan saya ini ada kontrak baru untuk awak, sama ada awak mahu tandatangan ataupun tidak sahaja.” Shinbi terus mengangguk. “Saya akan terima, asalkan saya tidak dipecat. Tapi…kerja saya sebagai apa?”
“Awak akan kerja sebagai guide. Awak akan membimbing para pelancong, memimpin mereka ke tempat pelancongan dan awak akan melancong bersama mereka sekali.” Shinbi tersenyum mendengarnya. ‘Mesti kerani yang lain suruh aku ditukarkan.’ Shinbi tetap tersenyum. Semua rakan kerjanya mengatakan tekaan mereka betul, walaupun memang mereka yang laporkan tentang Shinbi pada pengurus. Shinbi sudah mula dinaikkan gaji kerana ramai pelancong suka dan gembira dengan layanan Shinbi. Walaupun Shinbi tidak pernah melancong, dia pandai mengurus dirinya dan juga orang lain.
Suatu hari, syarikat pelancongan Shinbi itu membuat promosi baru. ‘Melancong ke dunia hijau sambil memburu dan berkhemah selama 2 hari 2 malam.’ Shinbi membaca iklan itu, hatinya mula berasa tidak senang. Shinbi teringatkan peristiwa abangnya dahulu, abangnya meninggal dunia akibat suka memburu. Ketika abangnya sedang memburu, ada binatang lain pula sedang memburunya. Apabila mendapat tahu binatang lain sedang menghampirinya, dia terus melarikan diri dan abangnya terjatuh ke dalam gaung lalu abangnya menjadi mangsa binatang itu kerana tidak dapat melarikan diri dalam gaung yang dalam itu.
“Shinbi!” rakan kerja Shinbi mengejutkannya. “Kenapa kau renung flyer tu lama sangat? Excited?” Shinbi hanya tersenyum tawar. “Aku cuma risau sikit.” Shinbi merenung mata rakan kerjanya itu. “Janganlah risau…dekat flyer ni pun dah nyatakan, ‘penyelamat turut ikut bersama anda’! So…don’t worry, darling!” Shinbi merenung pula iklan itu. Shinbi tersenyum pada rakan kerjanya itu. “Jomlah…kita lunch!” Shinbi tidak mahu menunjukkan wajah muram itu lama-lama. Shinbi cuba menenangkan hatinya dengan melihat gelak ketawa rakan-rakan kerjanya yang suka menghiburkan hati.
Shinbi sedang menyemak senarai nama pelancong sebelum mereka masuk ke dalam bas, Shinbi terbaca nama orang yang dikenalinya. “Oh Se Hun!” Shinbi melihat nama pemilik itu memang Sehun. Senyuman Shinbi tidak dipedulikan oleh Sehun, Shinbi mengeluh. Shinbi memberi taklimat sebelum bertolak, Shinbi melihat tidak ramai pelancong wanita ada. Tapi dia dah cukup lega, masih ada juga wanita walaupun sedikit. Sebelum duduk, Shinbi sempat memandang Sehun di tempat duduk belakang sekali. ‘Macam mana dia boleh ikut melancong? Bayaran melancong ni pun agak mahal…mungkin dia dah balik rumah kot.’
Sampai sahaja di tempat yang dituju, Shinbi terus menarik nafasnya dalam-dalam. Menghembus nafasnya dari mulut, kakinya mula melangkah ke dalam hutan. Sehun yang berada di belakangnya sedang memerhati Shinbi menarik dan menghembus nafasnya berulang kali, kelihatan Shinbi takut tapi tetap memberanikan dirinya masuk hutan usang itu. Tiba-tiba Sehun menunjukkan sifat prihatinnya pada Shinbi, Sehun memberi gula-gula getah pada Shinbi dengan berkata. “Kalau kita tenang melakukan sesuatu, kita akan peroleh sesuatu itu dengan senang dan mudah. Jadi…bertenanglah.”
Sehun menghulurkan gula-gula getah dengan senyuman, Shinbi menerimanya juga tersenyum. Shinbi ceria semula, peta dan kompas dibaca dengan mudah sekali. Menunjukkan tempat perkhemahan, menentukan arah sungai, semuanya berjalan lancar. Setelah mendirikan khemah, mereka mula memburu. Shinbi melihat Sehun yang turut memburu bersama lelaki-lelaki yang lain, ‘bergayanya!’ Shinbi mengambil gambar, hatinya begitu gembira sekali. Hari pertama mereka memburu berjalan dengan lancar, makan malam pula dengan rusa yang telah diburu siang tadi oleh seorang pak cik yang berpengalaman.
Selesai sahaja makan malam, mereka mula menunjukkan bakat mereka masing-masing. Bakat berlawak, bakat memikat orang, macam-macam bakat telah dipersembahkan. Apabila giliran Sehun, dia begitu malu tapi akhirnya dia mengatakan dia berbakat dalam nyanyian. Shinbi yang teruja mendengarnya telah memberi tumpuan penuh dengan nyanyian Sehun itu, Shinbi tersenyum lebar. Setelah Sehun habis menyanyi, ada pak cik yang perasaan dengan reaksi Shinbi yang begitu gembira mendengar Sehun menyanyi. Pak cik itu mula mengusiknya, “Shinbi nampak gembira bila Sehun nyanyi tadi. Ada hati ke?”
Pantas kepala Shinbi menggeleng, menafikannya. “Mana ada, pak cik…” Semua yang berada di situ mengetawakan Shinbi, Sehun hanya tersenyum dengan gurauan pak cik-pak cik itu. “Hah! Shinbi pulak, apa bakat yang kamu ada? Tunjukkanlah!” pak cik tadi melihat Shinbi mula memandang Sehun. “Saya pun pandai menyanyi…” tiba-tiba pak cik itu menepuk tangannya. “Sudah jodoh kamu berdua ni! Dua-dua kata ada bakat menyanyi. Nyanyilah!” Shinbi mula menyanyi sambil memandang unggun api di hadapannya itu, Sehun mula tertarik dengan suara merdu Shinbi.
Habis sahaja Shinbi menyanyi, semua tepuk tangan termasuklah Sehun. Pak cik tadi mula mengusik Sehun pula, “Sehun pun asyik tenung Shinbi masa dia nyanyi tadi…ada hati ke?” Semua mengetawakan Sehun yang mampu tersenyum sahaja. Shinbi memandang Sehun, begitu juga Sehun. Mereka berdua bertentangan mata dalam gelak tawa semua orang di situ, pak cik tadi perasaan dan asyik mengusik mereka berdua. “Entah-entah dua orang ni dah jatuh cinta tak? Ataupun dah bercinta?” Suatu malam yang sungguh meriah dengan gelak ketawa masing-masing.
Esok petangnya, mereka semua mulakan misi memburu lagi. Shinbi dan Sehun pula sibuk berborak ketika semua orang sedang memburu, mereka berdua sudah mula mesra. Shinbi dan Sehun bergelak ketawa di belakang, mereka berdua tidak perasan ada yang memerhati. Salah seorang penyelamat telah perasan ada bunyi di semak berdekatan Shinbi dan Sehun, dia telah bersedia kalau-kalau binatang buas menyerang. Sedang menyediakan senapangnya, benda di semak itu keluar lalu menyerang Shinbi dan Sehun. Shinbi mula menjerit, Sehun pula terus menarik dan memeluk tubuh Shinbi apabila benda itu menyerang.
Bunyi tembakan yang kuat telah memeranjatkan semua orang di situ, semua orang mula berkumpul di tempat Shinbi dan Sehun. “Apa benda tadi tu? Nampak bulu dan badan je tadi. Semua hitam!” salah seorang pemburu wanita mula gelabah. Sehun terus membelek-belek tubuh Shinbi, “Awak tak apa-apa?” Sehun mula risau, Shinbi hanya menggeleng. “Tak apa-apa…saya okay…awak?” Sehun menghembus nafas leganya. “Saya pun okay, cuma…” Shinbi terkejut melihat tangan kanan Sehun berdarah. “Tangan awak berdarah!” Semua orang mula menoleh ke arah Sehun.
“Taklah…ini darah haiwan tadi, saya cuma kena cakar sikit aje…tak perlulah semua risau.” Shinbi tetap berasa tidak tenang, ‘dia kena cakar sebab nak lindungi aku tadi.’ Shinbi mengeluarkan tuala kecilnya, mengelap darah haiwan tadi di tubuh Sehun. Tangan Sehun dibalut setelah dibasuh dengan air mineral oleh Shinbi. “Besar juga kesan cakar ni…” Shinbi masih berasa risau, air matanya menitis apabila terkenangkan peristiwa abangnya dahulu. “Shinbi…janganlah nangis. Saya okay je…tak sakit pun. Cuma pedih sikit je.” Sehun melihat Shinbi menangis tidak henti-henti, dia pula berasa risau.
Shinbi, Sehun dan yang lain mengekori beberapa penyelamat ke khemah. Penyelamat yang lain dan pak cik yang berpengalaman memburu itu pula terus mengejar haiwan hitam tadi. Shinbi dan Sehun duduk di atas batang pokok yang besar, Sehun cuba untuk menenangkan Shinbi yang menangis dari tadi. Sehun memeluk Shinbi, tangan Sehun mengusap di belakang tubuh Shinbi. Sehun masih cuba menenangkan Shinbi yang tidak tenang dari tadi. Beberapa minit kemudian, Shinbi mula berasa tenang apabila diusap lembut oleh Sehun. ‘Tak sangka Sehun seorang yang prihatin walaupun tak selalu nampak dia senyum.’
Shinbi melepaskan pelukan perlahan-lahan, menarik nafasnya sambil tersenyum manis. Senyuman Shinbi yang manis itu telah melegakan hati Sehun, ‘cantik juga Shinbi ni…’ Sehun menghulurkan minuman mineralnya, Shinbi ambil minuman itu dan terus diteguk. “Ahh…leganya!” Shinbi mengesat mulutnya. “Shinbi…jom teman saya pergi sungai. Saya nak cuci luka, gelilah tengok darah ni.” Shinbi hanya mengangguk tanda setuju. Sampai saja di sungai, angin bertiup kencang. Shinbi membuka balutan di tangan kanan Sehun, tiba-tiba sahaja air bertiup kencang dan balutan itu jatuh ke sungai.
“Kenapa angin kuat tiba-tiba?” Shinbi melihat balutan itu menghilang dihanyut sungai. Matanya beralih pula pada tangan Sehun, Shinbi terkejut selepas melihatnya. Sehun juga terkejut melihat tangannya sendiri, luka di tangan Sehun sudah tiada. Mereka berdua saling berpandangan. “Macam mana luka ni boleh hilang pulak?” Shinbi melihat Sehun menggelengkan kepalanya. Mereka berdua memandang tangan Sehun itu semula. ‘Macam mana boleh tak ada?’ Sehun terus memikirkannya. Shinbi dan Sehun kembali ke khemah semula tanpa bersuara, kedua-duanya masih terkejut.
Tiba sahaja di khemah, suasana kembali riuh. Sehun terus berlari ke arah sekumpulan penyelamat dan pak cik yang berpengalaman itu, Shinbi hanya mengekori Sehun. “Pak cik! Kenapa riuh semacam ni?” Sehun nampak haiwan hitam itu sudah mati dan semua orang berkumpul termasuklah Shinbi, mengelilingi haiwan hitam itu. “Haiwan ni! Tadi ada luka di kakinya, tapi hilang tiba-tiba! Nasib baik pak cik dah tembak jantung dia tadi, kalau tak…hidup balik!” Shinbi dan Sehun pantas menoleh, kedua-duanya bertentangan mata. Masing-masing teringatkan kejadian di sungai tadi.
“Oh, ya! Sehun, pak cik dengar kamu kena cakar tadi. Mana?” Sehun terkejut mendengarnya sama seperti Shinbi. “Erm…kat tangan…sikit je.” Sehun teragak-agak ingin menunjukkan tangannya pada pak cik itu. Tapi pak cik itu pantas menarik tangan Sehun seperti kilat. “Hilang!” semua orang terkejut mendengarnya dan asyik merenung Sehun. Pak cik itu pun menenangkan semua orang itu dengan mengatakan tiada apa-apa, “Haiwan ni haiwan hutan, so…lukanya akan hilang serta-merta kalau kena angin. Tak perlu risaulah.” Semua orang mengangguk dan mempercayai pak cik itu kerana dia berpengalaman.
Tapi disebalik kata-katanya, dia masih menyembunyikan sesuatu tentang pengetahuannya. Pak cik itu terus memerhati Sehun sehingga ke mana sahaja Sehun pergi pak cik itu terus mengekorinya. Waktu malam pula, pak cik itu berjaga di luar khemah sambil memerhati khemah Sehun dan dua orang lelaki yang lain turut tidur bersama Sehun. Setelah sejam memerhati, mata pak cik itu mula kabur kerana mengantuk. Tapi matanya terus segar apabila melihat khemah Sehun ada cahaya biru, tiba-tiba kedengaran suara dua orang lelaki yang ada di dalam khemah itu meminta tolong.
Pak cik itu terus membuka khemah itu, senapangnya sudah menghala ke arah serigala bermata merah di dalam khemah itu. Semua orang keluar dari khemahnya, melihat keadaan yang begitu pelik sedang berlaku di depan mata mereka masing-masing. “Sehun! Sehun!” Dua orang lelaki itu menjerit sambil menuding jari ke arah serigala bermata merah itu. Shinbi yang terdengar nama Sehun terus menolak pak cik itu, dia ingin melihat keadaan sebenar dalam khemah itu. Matanya terbeliak melihat dua orang lelaki itu menuding jarinya ke arah serigala bermata merah itu sambil menjerit nama Sehun.
“Sehun?” Shinbi bersuara, keadaan menjadi sunyi. Serigala di hadapannya kini tidak lagi bermata merah, tapi telah menjadi serigala bermata biru. Pak cik itu menyuruh dua orang lelaki itu keluar dari khemah, membiarkan Shinbi masuk. “Kenapa pak cik suruh dia masuk? Kalau dia kena terkam dengan serigala tu, macam mana?” salah seorang daripada dua orang lelaki itu bersuara. “Diam! Pak cik akan jaga dia!” semua orang terdiam dan terus memerhati Shinbi di dalam khemah bersama serigala itu. “Sehun…saya ni, Shinbi.” Shinbi menatap mata serigala itu, warna birunya sungguh terang.
Serigala itu mengaum lalu menyerang Shinbi, pak cik itu terus menembak kaki serigala itu. Semua orang terkejut apabila serigala itu keluar dari khemah itu, mengaum pada pak cik itu. Shinbi juga keluar dari khemah itu, pak cik itu mengarahnya untuk menyimbahkan air sungai pada kaki serigala itu. Setelah air sungai itu disimbah pada kakinya, serigala itu mula rebah. Keadaan serigala itu berubah sedikit demi sedikit. Beberapa saat kemudian, serigala itu telah berubah tubuh badannya menjadi manusia. Semua orang melihat kejadian itu, melihat Sehun adalah serigala itu.
Sehun telah pengsan, Shinbi menjaganya semalaman dan tidak tidur. Apabila sudah subuh, semua orang telah berkumpul dan mengemas khemah masing-masing. Shinbi dan Sehun sahaja tidak mengemas kerana keadaan Sehun yang masih lemah itu, orang lain yang tolong kemaskan khemahnya. Shinbi memapah Sehun keluar dari hutan itu, beberapa penyelamat mengekori mereka berdua. Dalam bas, keadaan sungguh sunyi. Tiada seorang pun berani bersuara kerana masih terkejut dengan kejadian malam semalam. Dalam perjalanan pulang, Shinbi terlelap atas bahu Sehun.
Sehun mengusap rambut Shinbi perlahan, ‘maaflah…saya dah susahkan awak semalam.’ Sehun merenung wajah Shinbi sehingga terlelap. Shinbi dan Sehun terjaga apabila ada orang mengejutkan mereka berdua, “Kita dah sampai.” Pak cik itu yang mengejutkan mereka berdua. Shinbi dan Sehun turun dari bas tanpa suara, kepulangan Shinbi telah disambut meriah oleh rakan kerjanya. Sehun hanya memerhati Shinbi sambil menunggu begnya, Sehun terus bereda setelah begnya dikeluarkan. Tapi Shinbi perasan, Shinbi terus berlari mendapatkan Sehun.
Shinbi memeluk Sehun dari belakang, Sehun terkejut tapi membiarkannya. Sudah lama dibiarkan, Shinbi pun melepaskannya kerana ingin berterus terang tentang perasaannya. Sehun menoleh ke belakang, melihat wajah Shinbi. “Sehun…awak masih tak perasan ke?” Sehun tersenyum melihat Shinbi berkerut dahi. “Saya…suka awak.” Sehun berterus terang, Shinbi agak terkejut mendengarnya. “Huh?” Shinbi sudah seperti orang pekak pula, bingung dengan kata-kata Sehun itu. Sehun tersenyum lagi, “Saya suka awak, Shinbi.” Sehun berkata dengan penuh keyakinan.
Shinbi ketawa, tidak percaya dengan kata-kata Sehun itu. “Sehun! Jahatlah awak ni! Macam mana awak tahu saya suka awak? Saya baru je nak luahkan…” Tiba-tiba sahaja Sehun memeluk Shinbi yang belum sempat habis bercakap. “Ahh…saya kena bagitahu mama saya ni yang spy dia dah goda anak dia sampai dah jatuh cinta!” Shinbi terkejut dengar kata-kata Sehun itu. “Awak! Saya bukan spy mama awak! Awak dah salah faham ni!” Shinbi cuba untuk melepaskan pelukan Sehun yang sengaja dieratkan. “Tak kisahlah…saya dah salah faham ke, tak ke…saya dah jatuh cinta kat awak!”
Shinbi tersenyum dengan sikap mengada-ngada Sehun itu, mereka berdua berpelukan erat. Sejak hari itu, mereka berdua bercinta. Setipa hari berjumpa, berjalan-jalan, makan malam juga bersama-sama. Selama dua tahun hubungan mereka berdua mesra, tidak pernah bertengkar ataupun bergaduh. Tapi sejak kebelakangan ini, Sehun asyik mengelak dari berjumpa pada waktu malam atau masa makan malam. Shinbi tidak mengesyaki apa-apa kerana dia percaya pada Sehun, tapi Shinbi tidak tahu bahawa Sehun merahsiakan sesuatu padanya. Sehun sering memberi alasan apabila ingin berjumpa pada waktu malam.
Lama-kelamaan Shinbi mula curiga dengan Sehun, tapi dia tidak menunjukkan reaksi curiganya di hadapan Sehun. Shinbi mula merancang sesuatu tanpa pengetahuan Sehun. Kali ini, Shinbi cuba untuk berjumpa Sehun pada waktu malam. Alasannya adalah dia ada masalah keluarga, dia tak dapat keluar malam kerana takut ibunya marah. Shinbi pergi ke rumah Sehun senyap-senyap, Shinbi bertanya pada ibu Sehun. Kebetulan pula keluarga Sehun ketika itu memang ada masalah, tapi Sehun tiada di rumahnya. Shinbi cuba tanya pada ibu Sehun, di mana dia tapi ibunya tidak tahu ke mana Sehun pergi.
Suatu malam itu, Shinbi menunggu Sehun keluar pada waktu malam. Apabila Sehun keluar, Shinbi mengekorinya. Tapi langkah Shinbi seperti kura-kura, dia tidak dapat ikut ke mana Sehun pergi. Sehun begitu laju, walaupun berjalan kaki. Shinbi sudah tidak tahan lagi, Shinbi paksa Sehun untuk memberitahunya ke mana dia pergi waktu malam. Tapi tidak berjaya, Sehun tetap mempunyai 1001 ayat yang tidak dapat dibalas oleh Shinbi. Walaupun begitu, Shinbi tidak pernah berputus asa. Shinbi mengekori Sehun lagi, kali ini dia berjaya. Shinbi nampak Sehun masuk ke dalam hutan belakang sekolah.
Shinbi tidak berani masuk kerana gelap, dia menunggu Sehun di luar hutan itu. ‘Apa yang dia buat kat hutan ni?’ Shinbi menunggu begitu lama sehingga subuh barulah Sehun keluar. Sehun terkejut dengan kedatangan Shinbi di situ, “Apa awak buat kat sini?” Sehun terus bertanya dengan gelabah. “Saya? Awak tu! Awak buat apa kat dalam hutan tu malam-malam sampai subuh baru awak keluar?” Sehun terdiam, Shinbi juga terdiam. Kedua-duanya tidak bersuara, tapi Sehun yang mempunyai 1001 ayat itu mula bersuara dahulu. Shinbi terus percaya apa yang dikatakan Sehun itu.
Tetapi kepercayaan Shinbi ada hadnya, petang itu dia masuk ke dalam hutan itu untuk mencari bukti. Tapi tiada apa-apa. Apabila Shinbi hendak keluar dari hutan itu, dia sesat. Shinbi tidak dapat keluar, telefon bimbitnya pula tidak dapat berfungsi kerana dia di hutan. Shinbi cuba lagi untuk mencari jalan keluar, tapi laluan yang sama sahaja dia berjalan. Shinbi sudah berputus asa, dia hanya harap dapat berjumpa Sehun malam nanti. Shinbi terlalu lama di dalam hutan, dia pun tidak dapat menahan ngantuk apabila suasana sunyi dan dingin itu. Shinbi terlelap agak lama, sedar-sedar sahaja sekelilingnya sudah gelap.
Shinbi melihat jam di telefon bimbitnya, sudah jam 12 tengah malam. Shinbi mula risau, dia cuba berjalan perlahan-lahan. Shinbi ternampak cahaya, ‘mungkin itu jalan keluar kot.’ Shinbi menuju ke arah cahaya itu, semakin dekat dia dengan cahaya itu dia nampak cahaya itu berwarna biru. Shinbi semakin menghampiri cahaya biru itu, angin juga semakin kencang. Bulu romanya mula meremang, perasaannya mula tidak senang. Jantungnya berdegup kencang apabila sudah nampak dengan jelas cahaya biru itu. Shinbi nampak tubuh Sehun bercahaya biru, wajahnya pula kelihatan menderita seperti menahan kesakitan.
“Sehun!” Shinbi melangkah ke arah Sehun. “Jangan! Jangan dekat!” langkah Shinbi terhenti apabila ternampak mata Sehun berwarna biru. ‘Mata tu…aku pernah tengok.’ Shinbi melangkah perlahan-lahan. “Sehun…apa dah jadi dengan awak?” Sehun terus mengundurkan dirinya. “Pergi Shinbi! Pergi!” Shinbi berhenti melangkah, Sehun juga berhenti mengundur. Shinbi melihat tangan kanan Sehun mempunyai ukiran berwarna biru, ‘aku pernah tengok tu.’ Shinbi merenung mata biru Sehun itu, dia teringatkan sesuatu. Shinbi teringat kejadian di hutan usang dua tahun yang lepas.
Pak cik itu pernah berkata pada Shinbi, “Haiwan hitam itu adalah serigala angin.” Shinbi tertanya-tanya, “Serigala angin? Apa benda tu, pak cik?” Pak cik itu pun menjelaskannya, “Kalau dia luka, dia cepat sembuh dengan adanya angin. Tapi tak pada air, itu kelemahannya” Shinbi mengangguk, “Jadi…Sehun tak apa-apa, kan?” Pak cik itu menggelengkan kepalanya, “Orang yang kena cakar lebih teruk dari kena gigit.” Shinbi terkejut, “Kenapa pulak?” Pak cik itu mengeluh, “Serigala angin ni bukan serigala biasa, dia dah dibela dari dulu. Senang cerita, serigala ini telah disumpah oleh tuannya untuk jadikan nyawa keduanya.” Shinbi masih tertanya-tanya, “Tapi…kenapa dia dipanggil serigala angin?”; “Sebab…lukanya akan senang hilang dengan angin je. Kalau air, pedih sebab tu dia memilih angin untuk kuasa tambahannya. Dalam masa yang sama juga, air adalah kelemahannya.”; “Kalau nak hilangkan sumpahan tu, macam mana?”; “Siram dia dengan air, tapi air tu mesti bersih dari kuman atau darah manusia.”
Shinbi melihat Sehun sudah kembali kepada asalnya, Sehun sudah tidak bercahaya biru lagi. Sehun pengsan, Shinbi menidurkan Sehun di atas pahanya. Shinbi menangis, tiba-tiba dia berasa menyesal. “Air sungai…air sungai tu…air sungai tu ada darah…ada darah Sehun.” Shinbi teringat ketika balutan Sehun yang penuh dengan darahnya jatuh ke sungai. “Kenapa aku boleh suruh pak cik tu ambil air kat sungai?” Shinbi tersedar ketika dia menyuruh pak cik itu, dia terlalu pentingkan diri sendiri. Terlalu pentingkan perasaan cintanya terhadap Sehun, tidak berfikir panjang tentang Sehun. Shinbi merenung Sehun dengan penuh kekesalan, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa sumpahan itu belum hilang lagi. Shinbi menunggu Sehun sedar, ketika subuh barulah dia sedar. Sehun bertanya dan bercakap padanya, Shinbi tidak membalasnya. Sehingga mereka berdua keluar dari hutan itu, Shinbi mula bersuara. “Saya minta maaf. Sebab saya…sumpahan tu tak dapat hilang.” Sehun tersenyum. “Saya…tak kisah. Saya tahu awak tak sengaja, kan?”
“Tapi saya kisah! Saya tak nak orang kata, saya suka pada lelaki yang kena sumpah! Mengerikan!” Shinbi terus bereda dari situ. Tapi tangan Sehun sempat menarik tangan Shinbi. “Awak…saya sanggup buat apa saja untuk awak. Saya sanggup menahan kesakitan ni! Saya nak jadi manusia depan awak sebab tu saya tahan kesakitan ni untuk tak jadi serigala!” Shinbi menepis tangan Sehun. “Sekarang kita dah putus! So…kalau awak nak jadi serigala, jadilah! Saya dah tak ada kena mengena dengan awak lagi!” Shinbi terus pergi tanpa memandang Sehun yang masih bersuara. “Sampai hati awak buat saya macam ni! Saya bertahan semua ni demi awak! Saya sayangkan awak, Shinbi! Shinbi!” Sehun hanya mampu menjerit dan melihat Shinbi pergi dari matanya. Shinbi yang terus berjalan itu sebenarnya sedang mendengar jeritan Sehun, Shinbi juga sedang menahan kesakitan. Sakit hatinya kini hanya dia sahaja yang dapat rasa, cinta macam mana pun dia pada Sehun. Shinbi tetap tak dapat memaafkan dirinya sendiri atas penderitaan Sehun itu.


Shinbi & Sehun (kisah keempat).
Nantikan kisah seterusnya.


“Kisah cinta yang rumit sebab Shinbi yang semakin tamak ingin mendapatkan Sehun. Sikap mementingkan diri memang akan merumitkan hubungan. Disebabkan Shinbi menyesal dengan sikapnya sendiri, dia sanggup menyakitkan hati dan perasaan Sehun yang sudah menyayanginya dan sanggup menahan kesakitannya demi Shinbi. Sebenarnya, Shinbi suka Sehun kerana rupa parasnya sahaja. Tapi Sehun tidak, Sehun suka Shinbi sebab Shinbi sentiasa membuat dia gembira dan tersenyum dengan keriangannya.”
-Nisa-

Wolf (Into Your World) Part 3-Tao


Yojung, seorang gadis ceria dan lasak. Yojung juga antara pelajar yang terpandai di sekolah. Yojung terkenal di sekolahnya, semua guru dan pelajar mengenalinya. Tapi tidak lama kemudian, seorang pelajar lelaki yang baru pindah ke sekolahnya telah mengambil alih tempatnya. Yojung menerima kenyataan itu dengan ikhlas, dia tidak pernah berasa cemburu mahupun dengki pada lelaki itu. Walaupun dia berasa agak kecewa dengan kawan-kawannya yang juga telah beralih pada lelaki itu, dia tetap tersenyum. Kini, Yojung bersendirian. Ke mana dia pergi, di mana dia berada, senyuman tetap bersamanya.
Pada malam majlis kecemerlangan pelajar, Yojung menantikan namanya yang disebut. Tapi tidak. “Tao! Tahniah! Sudah dua tahun berturut-turut nama kamu dicarta pelajar cemerlang!” pengetua memeluk erat tubuh Tao setelah berucap. Seluruh dewan riuh menepuk tangan atas kecemerlangan Tao, begitu juga Yojung. Walaupun agak kecewa dengan prestasinya kini, Yojung tetap tersenyum atas kecemerlangan orang lain. Tiba-tiba dia terdengar orang di sebelahnya mengata tentang dirinya. “Tengok Yojung tu. Dia dah jadi pelajar tercorot kat sekolah kita ni. Padam muka dia!”
Setelah mendengarnya Yojung terus bereda dari majlis itu, dia duduk bersendirian di belakang dewan yang masih kedengaran semua pelajar bersorak nama Tao. “Huh…betullah kata dia, aku dah jadi pelajar tercorot kat sekolah ni. Tapi masih mengharapkan nama aku dipanggil dan dilaung macam dulu.” Yojung memejam matanya menahan air mata. Apabila Yojung membuka matanya, air mata jernihnya menitis ke lantai. Dia terdengar sesuatu di sebelah kirinya, dia terus menoleh. Melihat bayang-bayang di bawah lampu, seseorang sedang memerhatinya dari tadi.
Yojung mendekatinya, bayang-bayang itu hilang. Yojung pantas menoleh dan ternampak tubuh seorang lelaki sedang melarikan diri. ‘Siapa?’, Yojung cuba mengingati tubuh itu. Yojung melihat dewan sekolah sudah sunyi, ‘lama juga aku pejamkan mata tadi, sampai dah sunyi pun aku tak perasan.’ Yojung mengeluh mendekati dewan sekolah, melangkah masuk ke dalam dewan sekolah itu. Mengingati memori manisnya di situ, dahulu dia adalah pelajar cemerlang di sekolah. Setiap tahun namanya yang disebut pengetua dan namanya yang selalu dilaung kuat-kuat oleh kawan-kawannya. ‘Sekarang?’
“Hey! Dah malam ni…baliklah!” sekuriti sekolah mengejutkan Yojung yang sedang mengelamun di atas pentas itu. Yojung terus keluar dari dewan sekolah. “Maaf.” Yojung mengekori sekuriti itu. “Huh! Sorang lagi nak kena marah! Tak suka betul!” sekuriti itu membebel dan Yojung hanya mendengar. ‘Seorang lagi? Maksudnya…tadi betul-betul ada orang perhatikan aku?’ Sebelum Yojung keluar dari sekolah, dia sempat bertanya pada sekuriti sekolah itu. Sekuriti itu tidak tahu siapa, tapi sekuriti itu kata dia lelaki. Yojung tidak salah lihat tadi, memang tubuh seorang lelaki.
Esoknya, di padang sekolah. Yojung mengambil gambar di kawasan padang sekolah untuk majalah sekolah pada akhir tahun nanti. Yojung adalah pengerusi kelab fotografi, pengetua menyuruhnya mengambil gambar Tao kerana Tao adalah watak utama majalah sekolah. Yojung tahu mengapa pengetua berkata begitu, tapi dia hanya menurut sahaja. Yojung sedang mengambil gambar Tao di sudut padang dari jauh, Tao sedang menunggu gilirannya. Tao adalah atlet sekolah, paling kerap dia buat latihan adalah lompat tinggi dan wushu. Sekarang Tao sedang membuat latihan lompat tinggi.
Yojung cuba mengambil gambar Tao dari dekat pula, tapi agak sulit kerana ramai pelajar perempuan sedang bersorak untuk Tao. Yojung cuba untuk menyelit sehingga berada di hadapan pelajar-pelajar perempuan, Yojung terus mengambil gambar Tao yang sedang melompat dan terhasil gambar yang menarik. Yojung tersenyum melihat gambar yang telah diambilnya, salah seorang pelajar perempuan ternampak Yojung mengambil gambar Tao sambil tersenyum. Dia menghampiri Yojung lalu menolak tubuh Yojung lalu jatuh terduduk dengan kameranya turut jatuh dan pecah.
Yojung terdiam melihat kamera kesayangannya pecah, perempuan itu terus memarahinya. “Kau tu siapa nak ambil gambar Tao?! Perempuan miang!” perempuan itu terus bereda. Pelajar-pelajar perempuan yang lain bising mengata Yojung. Dalam keriuhan itu, Tao mendekati Yojung. “Awak okay?” suara lembut Tao menyedarkan Yojung dari termenung melihat kameranya. Tao menghulurkan tangannya, Yojung hanya merenung tangan itu. Sebelum sempat menyambut tangan itu, perempuan tadi terus menyambar tangan Tao. Yojung tersentap melihatnya, dia bangun sendiri dan pergi dari situ.
Di taman sekolah, Yojung menangis sendirian. “Mummy…kamera mummy dah pecah…maafkan Yojung sebab tak jaga dengan baik…” Yojung teringat ibunya yang telah lama meninggal. Tiba-tiba Yojung terdengar bunyi tapak sedang mendekat di belakangnya, dia menoleh ke belakang. “Tao?” Yojung terkejut melihat Tao duduk di sebelahnya. “Saya nak minta maaf. Sebab saya kamera awak jatuh.” Tao berkata sambil memandang mata Yojung yang masih lagi terkejut melihatnya. “Erm…bukan salah awak pun. Saya yang salah sebab saya ambil gambar awak tanpa kebenaran girlfriend awak tu.”
Setelah mendengar kata-kata Yojung itu, Tao terus ketawa. “Dia bukan girlfriend saya lah.” Yojung terkejut lagi. “Bukan? Habis tu, kenapa dia marah saya ambil gambar awak? Saya ni jurugambar sekolah. Lagi satu, kenapa dia tak kasik awak tolong saya masa saya jatuh tadi? Saya pun tak minta dibantulah. Sekurang-kurangnya, dia minta maaf dengan saya.” Yojung mengeluh. Tao tersenyum melihatnya, Yojung perasan Tao senyum dengan bebelannya tadi. Yojung mengeluh lagi, merenung semula kameranya. Tiba-tiba Tao memberanikan dirinya memegang tangan Yojung yang semakin terkejut.
“Apa? Kenapa…pegang…” Yojung melihat Tao merenung tangannya. Yojung turut melihat tangannya, mata Yojung membulat. “Tao…tangan awak…” Yojung memandang wajah Tao yang serius itu. “Awak orang pertama melihat ni…” Tao merenung semula tangannya. Yojung melihat tangan Tao penuh tanda tanya. Tangannya mempunyai lambang berwarna biru, lambang itu semakin jelas dan terang. “Awak…siapa? Tao…awak apa?” Yojung bertanya dengan merenung mata Tao yang kelihatan berwarna biru juga. “Saya bagitahu awak…tapi rahsiakannya.” Pantas Yojung mengangguk ketakutan.
“Saya…manusia jadian.” Yojung membulatkan matanya. “Jadi…awak ni apa?” Yojung menarik nafasnya bersedia untuk mendengar jawapan dari Tao. “Serigala.” Sepatah perkataan yang Tao ungkapkan telah membuatkan Yojung terkejut besar. Tiba-tiba sekeliling Yojung dan Tao bergerak dengan pantas, Yojung memandang sekelilingnya telah berubah dalam beberapa saat sahaja. “Sekarang, 30 minit sebelum kejadian kamera awak jatuh.” Tao pergi selepas berkata dan meninggalkan Yojung dengan penuh tanda tanya. Yojung memandang kameranya, ‘kamera mummy…tak pecah!’
Yojung berjalan menuju padang sekolah, keadaan sekelilingnya sama dengan sejam tadi. Yojung mencari Tao, melihatnya di sudut padang dengan posisi sebelumnya tersenyum membalas pandangan Yojung. Mengangkat kameranya sambil tersenyum, gambar Tao mula memenuhi memori kamera itu. Setelah habis, Yojung menunggu Tao di belakang pelajar-pelajar perempuan yang mengelilingi Tao. Ternampak pula perempuan yang menolaknya, Yojung ukir senyuman manis padanya. Perempuan itu turut tersenyum padanya, ‘kan manis tu…kalau marah macam tadi, hodoh mengalahkan beruk.’ Yojung tertawa sendiri.
Tao menegurnya. “Kenapa senyum sorang-sorang?” Tao mengelap peluhnya sambil tersenyum memandang Yojung. “Tak ada apalah…erm. Terima kasih sebab dah baiki kamera saya tadi. Saya janji saya akan rahsiakannya.” Yojung tersenyum lalu pergi dari situ. Tao hanya memandang langkah cerianya, Yojung menoleh ke belakang lalu tersenyum. Yojung berjalan menuju ke lokernya sambil tersenyum. Sebelum menukar pakaian, Yojung sempat membelek gambar di kamera. ‘Handsome juga Tao ni…’ Yojung merenung gambar Tao yang tersenyum memandangnya tadi.
Di rumah, Yojung menyuci gambar-gambar Tao di bilik cucinya. Dalam bilik yang gelap itu, Yojung teringat saat Tao hendak memutarkan masa tadi. Ketika itu wajah Tao sungguh menakutkan, tapi kelihatan tampan juga. Yojung tersenyum sendirian, hatinya sudah mula berdebar-debar apabila wajah Tao terbayang diingatan. Yojung mula bersemangat untuk ke sekolah esok, untuk melihat Tao. Setelah habis semua gambar, Yojung terus ke bilik tidur. Yojung mengambil buku diarinya, tangannya pantas menulis kisah hari ini sambil tersenyum. Sejak hari itu, diarinya penuh dengan kisah Tao.
Sudah hampir sebulan Yojung dan Tao berkawan, semakin kerap mereka bertemu semakin akrab hubungan mereka. Begitu juga pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah, semakin kerap mereka nampak Yojung dan Tao bersama semakin kerap juga perasaan curiga mereka. Sekarang Yojung dan Tao berada di perpustakaan sekolah, mengulangkaji bersama. Dalam keadaan yang sunyi dari suara orang, tapi masih ada riuhnya apabila pelajar-pelajar perempuan tidak dapat duduk diam melihat Yojung dan Tao. Ada sahaja pergerakan di sekeliling Yojung dan Tao untuk melihat mereka berdua.
Apabila Yojung dan Tao berada di kantin sekolah pada waktu rehat, di sekeliling meja berdekatan Yojung dan Tao tiada orang yang duduk langsung. Semua pelajar di sekolah tidak mahu mendekati Yojung dan Tao, hanya mampu memerhati dari jauh. Boleh dikatakan bahawa semua pelajar di sekolah itu telah salah faham dengan hubungan mereka berdua, semua pelajar menganggap mereka berdua sedang bercinta. Padahalnya, hubungan mereka berdua tidak lebih dari kawan. Walaupun mereka berdua sudah suka satu sama lain, tapi mereka berdua masih memendamnya.
Pada akhir tahun, sekolah itu akan mengadakan majlis kecemerlangan. Malam majlis itu pula, Yojung dan Tao pergi bersama-sama, memakai pakaian yang sedondon dan juga berpegangan tangan ketika melangkah ke dalam dewan. Banyak pasang mata yang memerhati mereka berdua, dari awal hingga akhir kelihatan mesra seperti pasangan pengantin baru. Sebelum majlis bersurai, seperti biasa pengetua akan umumkan siapa pelajar cemerlang setiap tahun. “Pelajar cemerlang pada tahun ini adalah…” semakin erat genggaman tangan antara Yojung dan Tao. Berdebar-debar menunggu jawapannya.
“Tao!” semua bersorok. Yojung pantas menepuk tangan atas kejayaan Tao. Yojung tersenyum melihat Tao melangkah naik ke atas pentas itu, menerima sijil serta bunga dan pelukan erat dari pengetua. Tiba-tiba Tao berbisik pada pengetua lalu mikrofon di tangan pengetua dihulurkan pada Tao. Kini, mikrofon sudah beralih pemilik. Tao berdehem pada mikrofon itu, automatik semua pelajar dalam dewan senyap. Semua pelajar menunggu dengan sabar, apa yang akan Tao ucapkan. “Terima kasih. Sudah tiga tahun berturut-turut saya digelar pelajar cemerlang. Saya juga ingin luahkan sesuatu pada malam ni…”
Semua pelajar beri tumpuan seratus peratus pada Tao, menantikan ucapan Tao selanjutnya. “Saya nak luahkan perasaan saya pada seseorang malam ini…” semua senyap. Yojung pula terkejut mendengarnya, memikirkan perasaannya akan tamat pada malam ini. ‘Rupa-rupanya dia dah ada pilihannya sendiri…aku tak patut menaruh perasaan lagi.’ Yojung menundukkan kepalanya, cuba menerima dengan hati terbuka walaupun pedih. Tao pula terdiam seketika apabila melihat riak wajah Yojung di bawah pentas. Semua pelajar perempuan memandang Yojung dan berbisik-bisik antara satu sama lain.
“Yojung…” tiba-tiba suara Tao memanggil nama Yojung yang terus menoleh setelah mendengar namanya disebut. Yojung dan Tao bertentangan mata, walaupun agak jauh. Suasana dalam dewan menjadi senyap semula. “Yojung…saya nak luahkan perasaan saya pada awak.” Semua pelajar terkejut mendengarnya, sama seperti Yojung. “Saya dah lama menaruh perasaan saya pada awak. Sejak saya digelar pelajar cemerlang, ramai pelajar lain sebut nama awak. Rupa-rupanya…saya dah rampas gelaran tu dari awak. Saya minta maaf.” Yojung mendengarnya dengan jelas sambil memandang Tao.
“Saya mula tertanya-tanya dan cuba untuk cari tahu tentang awak. Hampir setahun saya memerhati dan mengekori awak untuk tahu tentang diri awak. Sehinggalah tahun kedua saya digelar pelajar cemerlang, saya nampak awak keluar dari dewan. Saya tahu awak kecewa sebab ramai pelajar gelar awak pelajar tercorot. Sebenarnya…awak bukan pelajar tercorot. Awak lah pelajar cemerlang yang tiada tandingannya. Sebab itu juga semua pelajar iri hati dengan awak. Tapi awak tabah dan sabar dengan semua dugaan tu. Saya kagum dengan awak sebab awak…gadis yang tak mudah berputus asa.”
Yojung tersenyum. “Awak…pada malam tu…saya yang tinjau awak. Saya lah lelaki yang awak nampak tinjau awak di belakang dewan malam tu. Sejak hari tulah, saya dah mula suka akan awak. Saya nak minta maaf sekali lagi sebab saya dah rampas gelaran tu dari awak.” Yojung menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis pada Tao. “Yojung…saya nak minta maaf buat kali terakhir. Sebab…saya nak…rampas hati awak pula.” Semua guru dan pelajar terharu mendengarnya, satu dewan bersorak dengan keberanian Tao. Melangkah turun dari pentas sambil membawa mikrofon menuju ke arah Yojung.
Tao menghulurkan bunga di tangannya pada Yojung lalu menyambung ucapannya tadi. “Yojung…izinkan saya rampas hati awak, boleh?” semua bersorak berkata ‘boleh’. “Erm…kalau awak terima saya, sambut bunga ni. Kalau tak, awak campak bunga ni.” Tao memberi satu cadangan dan membuatkan satu dewan itu semakin riuh. Yojung tersenyum memandang Tao, matanya merenung bunga  ditangan Tao pula. Yojung memegang bunga itu, tiba-tiba tangannya mengankat tinggi bunga itu seperti mahu mencampaknya. Tapi sebaliknya, Yojung memeluk bunga itu sambil tersenyum.
“Saya terima!” Yojung menjerit sekuat hatinya. Tao terus memeluknya, Yojung dan Tao berpelukan mesra. Setelah melepaskan pelukan, Tao menoleh ke arah jam dinding di dewan. Sudah tiga jam berlalu, kini sudah pukul 11.37 malam. Tao mula gelisah, ‘aku ada satu jam.’ Tao melihat keadaannya sekarang, dia dikepung oleh pelajar-pelajar lain. Apabila terpandangkan Yojung di sudut dewan, dia begitu gembira bersama kawan-kawannya. Merenung lama jam dinding di dewan itu, kembali melihat Yojung di sudut dewan. Tao makin gelisah, ‘nak ajak Yojung sekali ke tak?’
Yojung membalas pandangan Tao lalu tersenyum, Tao pula tersenyum tawar pada Yojung. Kegelisahannya jelas diwajah, Yojung mula mengesyaki sesuatu tidak kena pada Tao. Yojung mula memerhatikannya, Tao melihat jam didinding berulang kali. Tao menoleh ke arah Yojung, tapi dia berpura-pura tidak melihatnya. Tao membuat keputusannya untuk pergi, Tao mulakan langkah kaki kirinya menuju ke pintu dewan. Sementara itu, Yojung sedang memerhatikannya. Melihatkan Tao keluar dari dewan, Yojung mula gelisah lalu mengekorinya dari belakang tanpa pengetahuan Tao.
Tao yang gelisah melihatkan jam dinding di dewan tadi, terus berjalan tanpa melihat sekelilingnya. Yojung sudah menanggalkan kasut tumitnya supaya tidak diketahui oleh Tao. Perjalanan yang agak jauh dari sekolah dan rumahnya, Yojung sudah mula curiga. Tao masuk ke dalam hutan, langkah Yojung terhenti seketika. ‘Kenapa dia masuk hutan malam-malam? Dia nak buat apa kat dalam hutan tu?’ Apabila bayang-bayang Tao sudah tidak kelihatan, Yojung meneruskan langkahnya. Yojung mula mencari  Tao dalam hutan yang gelap dan sunyi itu. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu menyentuh bahunya.
“Tao!” Yojung terkejut dengan tindakan Tao itu. “Apa awak buat kat sini?” Tao rasa pelik. “Saya yang patut tanya awak! Awak buat apa kat hutan malam-malam?” Yojung melihat ada perubahan pada wajah Tao. “Erm…bukan urusan awak. Dah pukul 11.57 malam, awak patut balik rumah sekarang.” Tao sudah menarik tangan Yojung untuk keluar dari hutan itu. Tapi Yojung menepisnya pantas. “Bukan urusan saya? Awak…saya girlfriend awak sekarang! Saya berhak tahu ke mana awak nak pergi, saya juga berhak tahu apa yang awak buat!” Kedua-duanya senyap seketika, kedengaran angin bertiupan dicelah-celah semak.
Tiga minit sudah berlalu, 12 tengah malam menjelang. Tao mula memandang ke atas, merenung langit kelabu itu tanpa berkedip mata. Yojung turut memandang ke langit setelah melihat Tao, begitu khusyuk merenungnya. Tiba-tiba keadaan menjadi dingin, tapi tiada salji. Angin bertiupan kencang, tapi hujan tak turun-turun. Suasana menjadi seram sejuk bagi Yojung apabila melihat Tao memejamkan matanya, begitu menikmati suasana sekarang. Yojung terus menggenggam lengan Tao, “Tao…jom balik. Hantar saya balik.” Yojung berkata sambil matanya memerhati sekeliling.
Yojung memandang Tao semula, dia begitu terkejut setelah melihatnya. Lengan Tao dilepaskan perlahan-lahan, melangkah ke belakang dua-tiga tapak. Terhenti langkahnya apabila ternampak cahaya biru di bawah tapak kaki Tao, ‘itu…simbol kat tangan dia.’ Yojung merenung mata Tao, mata hitamnya menjadi biru. Seluruh badan Tao bercahaya, cahaya berwarna biru. Yojung tidak dapat tenangkan dirinya, dia memberanikan diri untuk menegur Tao yang kelihatan pelik. “Tao…” sekelip mata sahaja cahaya biru di seluruh tubuh Tao hilang. Tao tersedar dari lamunan.
“Yojung! Apa dah jadi dengan saya tadi? Awak nampak apa kat tubuh saya tadi? Kenapa awak belum keluar dari hutan ni? Cepat keluar!” Tao menarik tangan Yojung untuk keluar dari hutan itu. Yojung masih dalam keadaan bingung hanya mengikuti langkah Tao. Yojung dan Tao berada di luar hutan, tangan Yojung masih dipegang erat oleh Tao. Yojung merenung lama wajah Tao, tiba-tiba air matanya mengalir keluar. “Yojung…kenapa awak menangis?” kehairanan Tao tidak dipedulikan. Yojung terus memeluk Tao, air matanya semakin deras mengalir.
“Yojung…kenapa awak menangis?” Tao membelai lembut rambut panjang Yojung. “Sebenarnya…saya dah tahu…kenapa awak kat hutan tengah-tengah malam…saya…” Yojung meleraikan pelukan perlahan-lahan, memandang wajah Tao yang sayu itu lama. “Awak tahu? Bila?” kedua-dua tapak tangan Tao ke muka Yojung, merenung wajahnya. “Saya nampak bayang-bayang awak semasa awak disumpah dulu…masa tu…saya tengah pegang lengan awak…” Tao pula memeluk Yojung. “Tapi…kenapa awak menangis? Seram?” Yojung melepaskan pelukan Tao lalu menangis lagi.
“Awak tak tahu ke? Atau awak buat-buat tak tak tahu?” Tao tersenyum. “Tahu…sebab awak sayang saya, kan?” tangan kanan Yojung mencapai tangan kiri Tao yang ada simbol biru itu. “Awak nak pergi? Kalau awak tetap nak pergi…bawalah saya bersama awak!” Tao menarik tangan Yojung dan badannya tertarik ke tubuh Tao lalu memeluknya. “Awak nak ikut?” pantas Yojung mengangguk. Tao menyambung kata-katanya. “Tapi…awak kena pilih.” Yojung mendongakkan kepalanya, memandang Tao. “Pilih? Saya tak perlu pilih, saya tetap akan pilih awak dan ikut awak!”
Tao tolak tubuh Yojung supaya ada ruang sedikit, pelukannya dilepaskan. “Awak…pilihan yang saya suruh pilih ni…susah! Sama ada awak nak hidup selama-lamanya dengan saya atau…” belum sempat Tao menghabiskan ayatnya, Yojung sudah mencelah. “Saya akan pilih yang itu juga!” Tao mengeluh. “Atau…awak tak akan dapat jumpa keluarga awak…buat selama-lamanya!” Yojung terkejut setelah mendengarkannya. “Kenapa pulak?” Tao menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. “Sebab…saya akan putarkan masa ke hadapan dan saya tak boleh putarkan masa ke belakang semula, kalau tidak…saya yang akan lenyap dari dunia ni dan masa yang telah saya putarkan bersama awak akan kembali semula. Awak pun…akan lupakan saya…” Yojung menggelengkan kepalanya. “Tak! Tak! Saya tak akan lupakan awak!” Tao mencelah. “Bukan! Ia semula jadi! Awak tak akan kenal saya sebab saya tidak akan wujud lagi kat dunia ni!” Yojung dan Tao menjadi senyap. Mereka berdua hilang kata-kata, tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Agak lama mereka berdua bertentangan mata tanpa suara, kedengaran suara angin bertiupan. Yojung mula menundukkan kepalanya, tidak sanggup untuk menatap wajah Tao lagi. Perasaannya kini begitu kecewa, ‘Kenapa? Kenapa aku boleh jumpa dan jatuh cinta pada dia?’ Yojung mengalirkan air matanya, dia terlalu menyayangi lelaki di hadapannya ini. ‘Tapi dia bukanlah manusia biasa, dia disumpah! Apa yang patut aku lakukan? Melepaskannya…atau melupakannya?’ Tao mula bersuara, memecahkan rasa sunyi. “Yojung…awak dah buat keputusan awak?” Yojung mengangguk.
“Saya…tak akan ikut awak pergi! Jadi…saya akan lepaskan awak! Awak pergilah!” Yojung berkata tanpa menoleh ke wajahnya. Tao masih merenung Yojung, lama. Hati Tao keberatan ingin melepaskan Yojung, ‘tapi dia dah pilih keluarga dia, nak buat macam mana.’ Tao mula mengatur langkahnya, menuju ke arah hutan. Menoleh ke belakang, melihat keadaan Yojung masih sama lagi. Tao mengeluh, kakinya mula menjejaki hutan. Selangkah dua langkah, hatinya masih lagi tidak tenteram. Yojung pula menangis sambil menundukkan wajahnya, begitu pedih hatinya kini.
Yojung mendongakkan kepalanya, memandang ke arah hutan. ‘Tao…awak dah pergi ke?’ hatinya berbisik. Tao pula menghentikan langkahnya, seperti bisikkan hati Yojung didengari. ‘Yojung…saya belum pergi lagi. Saya rasa…’ Tao menoleh ke belakang. Tiba-tiba kakinya melangkah ke luar hutan, melihatkan Yojung masih di situ hatinya lega. Tao tersenyum apabila Yojung memandangnya, Yojung turut tersenyum. Tao berkata sesuatu pada Yojung, “Saya rasa…saya tak nak pergi jauh dari awak.” Yojung tersenyum lebar mendengarnya. Tapi senyumannya tidak lama, Yojung teringat sesuatu.
“Tao…masa saya nampak bayang-bayang awak kena sumpah tu…saya nampak dan tahu segala-galanya yang berlaku. Jadi…” Yojung merenung mata Tao. “Jadi apa?” Yojung mengeluh. “Jadi awak kena pergi juga.” Tao berkerut dahi. “Kenapa pulak?” Yojung menarik nafasnya dalam-dalam. “Awak tak ingat? Awak tak boleh pentingkan diri sendiri. Masa kejadian tu berlaku, awak tak berseorangan. Awak dan kawan-kawan awak kena sumpah bersama-sama, dan awak kena pergi bersama mereka. Kalau kurang seorang, semuanya tak dapat pulih ke asal semula. Awak nak?”
“Tak apalah. Lagipun, saya rasa kawan-kawan saya semua suka kalau ada kuasa luar biasa macam sekarang. Saya pun suka.” Yojung sudah menggeleng. “Awak…awak kena fikirkan juga keluarga awak dan keluarga kawan-kawan awak. Mereka semua sayang anak mereka dan mereka tidak rela anak mereka jadi sebegitu. Awak juga perlu tahu, sesetengah daripada kawan-kawan awak tu mesti ada yang pentingkan keluarga mereka dan mereka mesti tidak mahu melihat keluarga mereka sedih kerana mereka telah disumpah. Awak kena fikir baik-baik, Tao. Awak tak boleh pentingkan diri sendiri.”
Tao mengeluh panjang, menoleh ke arah hutan dengan berat sekali. Hatinya meronta-ronta, ‘Tak nak! Tak nak! Tapi…’ Matanya beralih pula ke arah Yojung. Tao merenung mata sayu Yojung itu, sungguh dia cintakan gadis di hadapannya itu. Tapi dia juga sayang akan kawan-kawannya dan juga keluarga mereka. Tao memegang kedua-dua tangan Yojung sambil berkata, “Awak…saya bersyukur dapat kenal awak. Saya juga nak berterima kasih sebab awak dah ingatkan perkara-perkara penting tu tadi. Saya tahu, awak nak saya jadi seorang yang bertanggungjawab sebab tu awak suruh saya pergi.”
Yojung mengangguk sambil tersenyum, Tao turut tersenyum. “Yojung…terima kasih.” Tao menggengam erat tangan Yojung. “Walaupun berat, tapi saya terpaksa juga ucapkan… selamat tinggal…pada awak.” Tangannya yang digenggam erat oleh Tao, dilepaskan perlahan-lahan. Sebelum Tao melangkah pergi, dia sempat berbisik pada telinga Yojung. “Awak…saya cintakan awak!” Selepas berbisik, Tao terus mengucup pipi Yojung yang kelihatan terkejut tapi masih tersenyum. “Erm…saya cintakan awak juga, Tao!” Kedua-duanya tersenyum sesama sendiri.
Selepas 30 minit Tao melangkah pergi dan tidak kembali lagi, Yojung mula melangkahkan kaki kanannya pergi jauh dari hutan itu. Dalam perjalanannya, dia menangis teresak-esak. Kebetulan pula cuaca mendung dan tidak sampai beberapa minit, hujan mula menemaninya. Yojung berjalan kaki tanpa kasut tumitnya yang ditinggalkan di sekolah, bajunya basah. Kakinya kotor kerana dia hanya berkaki ayam, matanya pula sembab kerana menangis. Setibanya di rumah, dia terus melangkah naik ke tangga dengan keadaan basah kuyup itu. Tiba-tiba dia berasa pening lalu pengsan dan jatuh tergolek di tangga itu.
Esok paginya, dia membuka mata. Melihat di hadapan matanya, bapanya sudah sedia menanti. “Yojung…daddy di sini.” Yojung tersenyum pada bapanya. “Daddy…kenapa Yojung ada di hospital? Yojung sakit apa?” Yojung memerhatikan sekelilingnya. “Yojung tak ingat? Semalamkan kereta daddy rosak lepas pergi birthday party kawan daddy, jadi kita berjalan kaki sampai ke rumah…sampai aje Yojung terus pengsan. Tak ingat?” Yojung kebingungan. ‘Bukan ke semalam…Tao…’ Yojung masih ingat apa yang terjadi sebelum dia sampai ke rumah dalam hujan itu. Tapi segalanya sudah berubah.
Ketika sampai di rumahnya, Yojung melihat kasut tumitnya ada di rak kasut. ‘Bukan ke semalam aku letak kat pondok sekolah?’ Pantas Yojung berlari ke bilik tidurnya, mencari sesuatu. Sesuatu itu adalah kamera. Dibelek-beleknya kameranya itu, berkerut dahinya. “Mana pergi semua gambar aku dengan Tao?!” Dia terus pergi ke bilik cuci gambarnya, dia melihat satu persatu gambar di bilik itu. “Tak ada! Kenapa tak ada?!” Tiba-tiba dia pergi ke arah kelendar di ruang tamu, tarikhnya adalah tiga tahun yang lepas. “Kenapa berulang?” Bapanya perasan, “Apa yang berulang, Yojung?”
“Kelendar ni! Kenapa kelendar tiga tahun yang lepas daddy letak?!” Bapanya pelik. “Kelendar tahun ini lah, Yojung…kenapa dengan kamu ni?” Mata Yojung berkedip-kedip, tidak percaya dengan semua ini. Jiwanya tidak tenteram, dia terus berlari ke sana ke sini. Bertanya dengan kawannya tentang Tao, semuanya jawab tidak kenal. Menyelongkar segala maklumat peribadi pelajar di sekolah sehingga pengetua menelefon hospital sakit jiwa. Yojung melihat diarinya, kosong. “Tak! Tak mungkin! Apa semua ni?! Arrghhh!!!” Yojung mengoyak buku diarinya sambil menjerit-jeritkan nama Tao. Akhirnya, bapanya membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital sakit jiwa. Keadaan sekarang berulang semula untuk melenyapkan memori orang ramai dari mengingati Tao, tapi Yojung seorang sahaja yang dapat mengingati Tao kerana Yojung seorang sahaja yang tahu kewujudan Tao ketika Tao di bumi. Ia bermaksud Tao masih lagi hidup tapi tidak berada di bumi lagi, Tao sudah dilenyapkan ke alam lain. Tao juga dapat mengingati Yojung selamanya.


Yojung & Tao (kisah ketiga).
Nantikan kisah seterusnya.


“Sebuah kisah cinta yang sanggup mengorbankan perasaan cinta mereka demi kepentingan orang lain yang disayangi dan juga menyayangi mereka. Yojung memilih untuk melepaskan Tao tapi tidak mahu melupakannya. Tao pula memilih untuk pergi atas nasihat gadis yang dicintainya dan tidak mahu Yojung melupakannya dengan membiarkan memori itu terus ada sebab itu akhirnya dia tidak dapat menerima kenyataan lalu hilang kewarasan.”
-Nisa-

Thursday, 27 March 2014

BEAST Showtime

http://www.allkpop.com/article/2014/03/b2st-is-the-next-group-to-be-on-reality-program-showtime

좋은글 (Artikel Baik)

겁내지 마라.
아무것도 시작하지 않았다.

주눅들지 말라.
끝난 건 아무것도 없다.

걱정하지 마라.
아무에게도 뒤처지지 않는다.

슬퍼하지 마라.
이제부터 시작이다.

조급해 하지마라.
멈추기엔 너무 이르다.

울지마라.
너는 아직 젊다.

Maksud:

Jangan takut. 
Saya tidak memulakan apa-apa. 

Saya tidak menakutkan. 
Tiada apa yang dilakukan. 

Jangan bimbang mengenainya. 
Tidak sesiapa ketinggalan. 

Jangan sedih. 
Baru sahaja bermula. 

Jangan tergesa-gesa. 
Masih terlalu awal untuk berhenti. 

Jangan menangis. 
Anda masih muda. 

Wednesday, 26 March 2014

I love my member

Lake Garden

Berdiri dari kiri: Lyana, Hani, Nisa(aku), Cira(anurulsheera,blogspot.com), Cik Pah(Putri).
Duduk dari kiri: Ummul dan Wani

Happiness

aku dan Syafiq di Puncak Gunung Angsi

Semalam, 26hb 3 2014, Muhammad Syafiq ini melayan aku dengan baik sekali. tak pernah dia bersikap begitu pada aku. huhu~ aku tengah gembira sampai nak gila dibuatnya. Syafiq adalah insan yang aku suka sejak tingkatan satu lagi. tak percaya? kalau tak percaya...tanyalah Syafiq. aku dan Syafiq dalam kelas yang sama...jujurlah...aku yang kacau dia dulu. sebab dulu dia comel sangat...mula-mula aku tak suka pun Syafiq ni...lama-lama dah kacau dia, barulah aku perasan dia ni comel and funny...semua member aku tanya, "kenapa kau suka lelaki macam Syafiq tu?". hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku boleh jatuh cinta kat dia... <3

Monday, 24 March 2014

Wolf (Into Your World) Part 2-Chanyeol


Sonyeo dari keluarga berada, dia sangat terkenal dengan sifat arwah ibunya yang pemurah dan penyayang tidak seperti bapanya yang bengis dan sombong. Sonyeo berusia 24 tahun, tapi ramai mengatakan dia berusia 17 tahun kerana wajahnya yang awet muda seperti arwah ibunya juga. Sonyeo mempunyai kedai haiwan yang dibeli oleh bapanya, Sonyeo juga doktor haiwan di kedainya sendiri. Kedai haiwannya bukan menjual haiwan sahaja tapi juga mempunyai klinik rawatan haiwan.
Pada suatu petang, Sonyeo pulang dari rumah kawannya yang jauh dari bandar. Rumah kawannya itu di kawasan kampung yang berhampiran dengan hutan. Sonyeo lebih suka berjalan kaki dari stesen KTM ke rumah kawannya itu dan juga ketika pulang. Sonyeo berjalan di kawasan berhampiran hutan, Sonyeo terdengar suatu bunyi di celah semak hutan itu lalu menjenguknya dengan perasaan ingin tahu. Sonyeo melangkah masuk ke hutan itu, mencari dari mana datangnya bunyi tadi.
“Oh!”, Sonyeo agak terkejut apabila melihat seekor haiwan kecil terlantar disebalik pokok. Sonyeo mendekati haiwan itu, memastikan itu haiwan apa. Tapi Sonyeo berkerut dahi selepas itu, ‘haiwan apa ni?’ perasaan ingin tahu semakin merebak. Sonyeo melihat ke kanan dan ke kiri serta di hadapan dan belakangnya, tiada orang mahupun rumah. Keadaan yang sunyi itu hanya suara haiwan itu kedengaran, Sonyeo membuat keputusannya sendiri. Sonyeo membalut haiwan itu di dalam begnya, membawanya ke kedai haiwannya di bandar.
Sampai sahaja, Sonyeo terus merawat luka haiwan itu. “Kenapa darah dia warna hitam? Tadi macam merah aje, dah kering ke? Tapi basah lagi.” Minyeo berkata pada dirinya sendiri, memikirkan sesuatu yang aneh. Darah haiwan yang berwarna hitam itu diletaknya dalam makmal DNA haiwannya. Setelah lukanya dirawat, Sonyeo cuba memeriksa bahagian lain. Melihatkan mata haiwan itu berwarna biru, Sonyeo tersenyum. “Comelnya…mata dia warna biru menyala, macam nyalaan api biru.”
“Huh? Biru menyala? Nyalaan api biru? Mana-mana?”, rakan kerja Sonyeo mencelah. “Tengok haiwan ni…aku tak tahu dia jenis apa and nama haiwan ni pun aku tak pasti.”, Sonyeo berkata pada rakan kerjanya yang bernama Yaena, seorang pekerja kacukan US. “Wah…daebak! Kalau jual kat US ni…mahal tau! Haiwan aneh!”, Yaena membuntangkan matanya melihat dan memerhati haiwan itu. Sonyeo memandang dengan wajah masamnya, terkebil-kebil mata Yaena melihat Sonyeo marah.
“Sorry…”, Yaena bersuara lembut. Sonyeo merenung kembali haiwan di hadapannya, ‘haiwan apa agaknya ni?’. Sonyeo masih tidak tahu itu haiwan apa, dia cuba mencari di internet tapi tak jumpa. Dia cuba mencari di buku-buku tentang haiwan, tapi tak serupa. Cuba berfikir tapi tak dapat juga, ‘dari mana haiwan ni muncul tadi? Erm…di hutan, tapi…’ Sonyeo teringat sesuatu, buku haiwan zaman dahulu. Mencarinya satu persatu dengan teliti, ada seekor haiwan yang serupa dengannya pada zaman dahulu.
“Serigala sumpahan? Eh, mengarutlah! Mungkin juga kucing? Ataupun anjing? Erm…”, Sonyeo membiarkan haiwan itu di bilik rawatan haiwan. Sonyeo menuju ke arah makmal DNA, dia melihat keputusan darah hitam haiwan itu. ‘Tiada yang menyerupainya.’ Sonyeo melihat alat pengesan DNA itu sambil berkerut dahi. “Aneh…darah ni juga tiada sebarang virus mahupun bakteria. Ia juga…masih panas walaupun sudah dikeluarkan dari tubuh haiwan tu.” Yaena tolong membacakan maklumat dari DNA itu.
“Dari mana kau jumpa haiwan ni? Ish! Seram sejuk aku rasa bila aku pegang test tube ni, panas! Risau aku, kalau-kalau test tube ni pec…ah…”, Yaena berhenti bercakap. Sonyeo dan Yaena melihat test tube itu pecah dan serpihan kaca itu mengeluarkan asap. “Busuklah!”, Yaena berkata apabila terhidu bau asap di serpihan kaca itu. Sonyeo masih terdiam melihat kejadian itu, fikirannya buntu. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan, perasaan ingin tahunya semakin menjadi-jadi.
Sonyeo menuju ke bilik rawatan haiwan itu, melihat haiwan itu sedang lena tidur dan kedengaran haiwan itu berdengkur perlahan. Sonyeo mendekati haiwan itu, tangannya mengusap lembut haiwan itu. ‘Macam manalah haiwan yang dah pupus macam kau ni wujud lagi kat dunia ni?’ dia berasa pelik dengan haiwan itu. Maklumat yang ada dalam buku haiwan zaman dahulu itu menyatakan haiwan itu dengan serigala sumpahan memang serupa. ‘Mungkin ke kau ni sebenarnya manusia yang terkena sumpahan?’
Seawal jam 4 pagi, Sonyeo sudah bangun dari tidurnya. Sonyeo tidak tidur lena memikirkan haiwan itu, Sonyeo pergi ke bilik rawatan haiwan itu. Tiba sahaja, Sonyeo mula berdebar-debar setelah melihat haiwan itu tiada di situ. Sonyeo mencari di kawasan berdekatan bilik rawatan itu, tapi tiada. Sonyeo mula rasa cemas, ‘ke mana menghilangnya?’ Sonyeo cuba mencari di kawasan haiwan kurungan yang lain, tiada. Sonyeo terfikir ingin mencarinya di luar kedai, tapi mustahil kerana pintu kedai dikunci.
Setelah berada di hadapan pintu kedai, Sonyeo terkejut melihat pintu kedai yang dikunci olehnya terbuka. ‘Ini cara…pecah masuk ni!’ perasaannya mula resah terfikirkan kedainya dicerobohi oleh perompak. Sonyeo memerhati di sekelilingnya, risau jika barangnya ada yang hilang. Ternyata ada, ‘tapi…kenapa baju kebun aku yang hilang? Baju kebun tu bukannya mahal, mungkin perompak tu rabun kot.’ Sonyeo menghembuskan nafas leganya, tentang haiwan itu pun dia tidak hiraukan sangat. ‘Mungkin haiwan tu ada kat sekeliling ni je kot.’
Sonyeo keluar dari kedainya dalam pukul 5 pagi untuk bersenam, selalunya dia akan keluar bersenam pada jam 6 pagi tapi dia berasa mengantuk ingin menunggu sehingga jam 6 pagi. Keadaan agak sunyi, tidak seperti selalunya. Jam 6 pagi, masyarakat di kawasan itu sudah memulakan kerja hariannya. Tapi sekarang dia berasa sunyi kerana dia keluar jam 5 pagi, semua orang di kawasan tu sedang dibuai oleh mimpi indah. “Wah…udaranya segar sungguh pagi-pagi ni!” Sonyeo berkata sambil berjoging.
Sedang berjoging, Sonyeo teringatkan haiwan aneh itu. “Apa makanan dia?” Sonyeo berjalan menuju ke kedai makanan haiwan sambil melihat jam tangannya, jam 6.17 pagi. “Kena cepat ni…karang Yaena datang ke kedai aku yang berkunci tu, mesti merajuk.” Sonyeo memilih pelbagai jenis makanan haiwan, hampir satu kedai diborong. Tauke kedai itu ternganga melihatnya, Sonyeo hanya mampu tersenyum. Sonyeo menghulurkan kad bisnes kedainya, ‘Animal’s House Shop’. Tauke itu tersenyum membacanya.
Sonyeo balik ke kedai menaiki lori dari kedai makanan haiwan yang dikunjungi tadi, dari jauh sudah kelihatan kedai haiwannya. ‘Siapa yang buka lampu kedai aku tu? Takkan Yaena? Tapi Yaena tak ada kunci pendua kedai aku…takkan ayah aku kot?’ hatinya berbisik. Sonyeo masuk ke dalam kedainya. Melihatkan Yaena yang ada di dalam, dia terkejut. “Yaena?”, Sonyeo bersuara. Yaena yang sedang mengemas, pantas menoleh ke belakang. Yaena menghampiri Sonyeo sambil bercekak pinggangnya.
“Kau ni…kalau keluar tu lain kali kunci pintu. Walaupun kau pergi beli makanan untuk haiwan-haiwan kesayangan kau ni, tahu!”, Yaena terus keluar untuk menunjukkan arah pada penghantar makanan haiwan itu. Sonyeo hanya mampu mendiamkan diri, ‘setahu aku…aku kunci pintu ni tadi.’ Sonyeo makin terkejut melihat baju kebunnya tersangkut kemas di almari. “Yaena…baju kebun ni…tadi kan…”, tak sempat Sonyeo menghabiskan ayatnya Yaena sudah membalas. “Huh! Lagi satu. Baju kebun tu! Aku tahulah kau ni anak orang kaya, tapi tak sepatutnya kau letak merata tempat aje!”, Sonyeo kebingungan.
Sonyeo terduduk di bangku luar kedainya, bingung memikirkan keadaannya. ‘Sejak bila pula aku jadi seorang yang pelupa ni? Aku rasa…aku kunci pintu tadi. Erm…baju kebun tu, tak tahulah kat mana dia jumpa…aku yang selalu pakai pun aku tak ingat mana kau letak.’ Sonyeo dikejutkan oleh Yaena. “Huh! Mengelamun aje!”, Yaena duduk sebelah Sonyeo. “Mana ada…”, Sonyeo mengeluh. “Sonyeo…kenapa haiwan kau tu asyik tidur aje? Dari semalam aku tengok posisi dia sama aje, mati ke?”, mulut pedas Yaena mengejutkan Sonyeo. ‘Tadi dia tak ada…erm…’
Sonyeo bergegas pergi ke bilik rawatan haiwan itu, Yaena hanya membuntutinya. Sonyeo memeriksa haiwan itu, ‘hidup lagi…lukanya pun dah pulih, tapi cepatnya pulih.’ Sonyeo memeriksa pula suhu badan haiwan itu, “panas giler…sampai 30 darjah! Demam ke apa ni?”, Yaena terkejut. Haiwan itu terbangun setelah terdengar suara bising Yaena, Sonyeo turut terbangun kerana terkejut melihat haiwan itu sedar. Mata haiwan itu yang berwarna biru seakan-akan nyalaan api kelihatan, haiwan itu mengebil-ngebilkan matanya.
Sonyeo tersenyum, Yaena turut tersenyum melihatnya. “Comelnya…”, suara Sonyeo didengari oleh haiwan itu. Kedengaran pula haiwan itu bersuara kecil seperti membalasnya. “Hih…”, matanya dikebil-kebilkan lagi. “Wah! comelnya…”, Sonyeo bersuara lagi sambil pandangannya tak lekang ke arah haiwan itu. Yaena turut mengatakan haiwan itu comel. “Hih! Hih!”, kedengaran lagi haiwan itu bersuara sambil melompat-lompat. Sonyeo dan Yaena ketawa melihat gelagat comel haiwan itu.
“Kita nak bagi dia nama apa?”, Sonyeo bertanya pada Yaena. “Panggil…Hihih?”, Yaena pula bertanya pada Sonyeo. “Kenapa?”, “Sebab dia asyik sebut tu aje…”, Sonyeo memandang haiwan itu. “Hihih…”, Sonyeo bersuara sambil memandang haiwan itu tapi tiada respon. Haiwan itu hanya terkebil-kebil membalasnya. “Kenapa dia tak bagi respon?”, Yaena bingung. Kedua-duanya terdiam, berfikir nama yang sesuai. Tiba-tiba Sonyeo bersuara, “Gwiyeobta (comel)!”. Dalam tiga saat, haiwan itu membalas, “hih!”.
Bermulalah pada saat itu, Sonyeo dan Yaena membela haiwan itu yang diberi nama Gwiyeobta. Sudah enam bulan Gwiyeobta dibela, perbezaan saiz yang amat ketara. Badan Gwiyeobta yang semakin besar membuatkan Yaena berasa janggal ingin memanggilnya Gwiyeobta kerana dia sudah tidak secomel dahulu, tapi tidak pada Sonyeo yang seorang penyayang. Sonyeo tetap memanggilnya Gwiyeobta, walaupun dia sudah tidak kelihatan comel seperti kucing lagi dan lebih kepada serigala.
Pada suatu malam, Sonyeo tidak dapat melelapkan matanya lalu berdiri di koridor tingkat atas bilik tidurnya. Ketika itu jam dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 11.45 malam, lagi 15 minit sahaja menjelang jam 12 tengah malam. Sonyeo meraup wajahnya, ‘kenapalah tak dapat nak tidur ni…banyak sangat masalah aku agaknya…’ fikirannya bercelaru. Sedang menghirup udara pada tengah malam, Sonyeo terdengar sesuatu di tingkat bawah. ‘Yaena ke?’ Sonyeo menuju ke bilik Yaena, dia masih tidur di atas katilnya dengan lena sekali.
‘Takkan perompak kot!’ Sonyeo memberanikan dirinya turun dari tingkat atas menuju ke dapur tingkat bawah di mana dia dengar bunyi tadi. Perlahan-lahan dia meninjau ke arah dapur, kelihatan seseorang sedang menyelongkar laci kabinetnya. Sebelum menyerang orang itu, Sonyeo mengambil penyapu di bawah tangga. Melangkah dengan perlahan-lahan, tiba-tiba langkahnya terhenti. Sonyeo menoleh ke ruang tamu, Gwiyeobta tiada di situ. ‘Ke mana Gwiyeobta pergi? Dia kalau dah tidur takkan berganjak dari posisinya…’
Kedengaran bunyi bising di dapur lagi, Sonyeo terus teringat akan keadaan rumahnya. ‘Lupakan sebentar tentang Gwiyeobta, orang itu lebih penting. Siapalah yang ceroboh rumah aku ni? Erm…’ fikiran Sonyeo. Perlahan-lahan Sonyeo sudah berada di belakang orang itu. Penyapu di tangannya dihayunkan ke atas lalu kepala orang itu dipukulnya bertubi-tubi, orang itu juga melawan. Tubuh Sonyeo ditolak ke belakang oleh orang itu, tubuh Sonyeo makin ke belakang sehingga di ruang tamu. Kaki Sonyeo tersandung pada karpet di ruang tamu itu, hampir terjatuh tapi pantas tangan orang itu memeluk pinggang Sonyeo.
Sonyeo terkejut dengan kepantasan orang itu, dia tercengang seketika melihat orang itu. ‘Handsome…nya laki ni…’ hatinya berdebar-debar. Mereka berdua saling bertentangan mata, buat seketika Sonyeo terlena dengan kekacakan lelaki itu. ‘Mata…dia…biru menyala…’ tiba-tiba terdengar suara Yaena. “Sonyeo…apa yang bising sangat ni?...”, terus hilang lamunan Sonyeo. Dia terus melepaskan pelukan lelaki itu dan lelaki itu pantas berlari ke arah pintu di dapur, Sonyeo hanya membiarkan dia terlepas.
“Sonyeo…”, suara Yaena yang sayu itu membuatkan Sonyeo berasa geram. “Apa?!”, Sonyeo terus naik ke tingkat atas. Yaena dibiarkan mengigau di ruang tamu bersendirian. Sonyeo berlari ke koridor biliknya, melihat di luar rumahnya. Lelaki itu ada di hadapan rumahnya sedang memandang dirinya yang berdiri di koridor, Sonyeo tersenyum pada lelaki itu. Tanpa diduga, lelaki itu membalas senyumannya lalu beredar dari situ. ‘Tak pernah aku tengok dia sebelum ni. Dia baru pindah ke? Siapa dia agaknya? Handsome sungguh!’
Sonyeo bersiar-siar di taman rekreasi kawasan perumahannya bersama Gwiyeobta, mengharapkan sesuatu berlaku. ‘Agaknya…kat mana laki tu tinggal?’ dalam fikirannya kini hanya ada lelaki malam semalam sahaja. Sonyeo kini dihantui oleh bayang-bayang lelaki itu, ‘handsome betullah dia tu!’ Sehingga Gwiyeobta tiada di sisinya barulah dia sedar, “Eh! Gwiyeobta mana?!”. Sonyeo mencarinya di sekeliling taman, “tak ada? Mana dia pergi ni?”. Sonyeo mula gelisah apabila melihat orang ramai berkumpul di tengah jalan raya.
“Gwiyeobta!”, Sonyeo meluru ke arah Gwiyeobta yang dikerumuni orang ramai. “Hey! Kau bela haiwan apa ni huh?! Habis daging lembu aku, dia makan!”, seorang wanita tua memarahi Sonyeo setelah mendapat tahu Gwiyeobta itu kepunyaannya. “Bukan daging lembu aje, kaki aku pun hampir aje kena makan dengan binatang buas kau ni!”, wanita tua itu manambah lagi kata-katanya. Sonyeo hanya mendiamkan diri, sebelum beredar dia berkata sesuatu pada wanita tua itu. “Maaf. Tapi dia hanya haiwan biasa yang tidak mempunyai otak atau dapat membezakan makanan yang dimakannya.”
Sonyeo terus beredar pulang ke rumahnya, membasuh mulut Gwiyeobta yang berlumuran darah daging lembu yang mentah tadi. “Gwiyeobta…kenapa makan daging mentah? Kan dah makan sebelum bersiar-siar tadi…”, Sonyeo hanya mendengar hembusan nafas Gwiyeobta sebagai tanda dia membalas kata-katanya. Dulu Gwiyeobta berbunyi ‘hih’, tapi sekarang tidak lagi. Bunyinya lebih kedengaran seperti auman ataupun mengaum. Rupa, lagak dan suaranya sudah ketara seperti serigala. Sonyeo mengeluh.
Pada malam itu, Sonyeo asyik terfikirkan Gwiyeobta yang seperti serigala itu. Ramai orang mengata-ngatanya dari belakang yang dia membela binatang buas iaitu Gwiyeobta. Sonyeo meraup wajahnya setelah melihat jam di dinding bilik tidurnya menunjukkan jam 12 tengah malam, dia berjalan menuju ke koridor luar. Menghirup udara segar sambil menutup matanya yang tidak mahu lelap sejak akhir-akhir ini. Sesuatu mengganggunya, matanya dibuka luas. Melihat pada kakinya ada seketul batu kecil, Sonyeo tinjau ke tingkat bawah.
‘Itu…lelaki semalam…kan?’, Sonyeo pantas menuruni tangga rumahnya setelah melihat lelaki semalam yang menceroboh rumahnya berada di hadapan rumahnya. Sebelum keluar dari rumahnya, dia perasan sesuatu. Gwiyeobta tiada di ruang tamu, ‘ke mana dia pergi?’. Sonyeo menoleh ke luar rumahnya, dia tersenyum lalu keluar melupakan tentang Gwiyeobta tiada di ruang tamu itu. Perlahan-lahan dia menghampiri lelaki itu dan semakin hampir, lelaki itu tersenyum pada Sonyeo. Lelaki itu bersuara pada Sonyeo.
“Hai…”, suara garau lelaki itu kedengaran di telinga Sonyeo. “Erm…hai!”, Sonyeo membalasnya dengan rasa malu. “Ehem! Nama saya Chanyeol. Awak?”, lelaki itu atau Chanyeol menghulurkan tangan kanannya. “Erm…saya Sonyeo.”, mereka berjabat tangan. Kedua-duanya tersenyum sesama sendiri. “Ni…rumah awak?”, Chanyeol menuding ke rumah Sonyeo yang hanya mengangguk. “Awak dari mana? Saya tak pernah tengok awak kat kawasan perumahan ni. Awak baru pindah ke?”, Sonyeo memberanikan dirinya bertanya.
“Saya dari kampung yang jauh dari bandar, berdekatan hutan. Sunyi, tak ada orang pun tahu rumah saya kat mana. Sebab rumah saya kat dalam hutan.”, Chanyeol menjawab dan Sonyeo mengangguk. “Erm…kenapa tak ada orang tahu? Kawan awak?”, “Kawan? Erm…semua kawan saya dah pindah ke bandar. Cari makan…”, “Oh…jadi sekarang awak kerja kat mana?”, Sonyeo merenung wajah kacak Chanyeol menunggu jawapan. Lama Chanyeol berdiam, “Erm…kat kedai makan. Saya baru aje balik. Kerja malam.”
“Siang? Awak buat apa?”, Sonyeo melihat wajah keruh Chanyeol seperti soalannya susah. “Erm…saya…”, tiba-tiba telefon bimbit Sonyeo berbunyi. *Yaena: “Sonyeo! Kau kat mana? Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah? Aku takutlah…”, Sonyeo: “Aku ada kat taman ni…kejap lagi aku balik.”* Sonyeo menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam poket seluar. “Chanyeol, saya terpaksa balik sekarang. Kawan saya dah mengigau suruh saya balik, risau bertambah parah budak tu.”, Chanyeol menganggukkan kepalanya. “Biar saya teman awak balik, dah pukul 3 pagi ni.”, mereka jalan berdua.
Sampai sahaja di rumahnya, Sonyeo terus naik ke bilik tidurnya. Menutup pintu koridor bilik tidurnya sambil tersenyum memandang ke bawah, Chanyeol turut tersenyum. Sonyeo menyandarkan tubuhnya di pintu koridor itu setelah menutupnya, tersenyum lagi. Memikirkan Chanyeol yang tinggi, lembut dan comel itu mempunyai suara yang garau. ‘Chanyeol tinggal kat kampung jauh dari bandar? Dekat dengan hutan? Erm…dia kata dia tinggal kat dalam hutan? Macam kampung kawan aku aje…’
Esok paginya, Sonyeo dikejutkan oleh Yaena dengan berita Gwiyeobta hilang. “Macam mana dia boleh hilang?”, Sonyeo bertanya dengan reaksi terkejut pada Yaena yang hanya tahu menggeleng saja dari pertanyaan pertama hingga akhir. Sonyeo mengeluh, melepaskan marahnya pada tanah kebunnya dengan mencucuk-cucuk tanah itu. Sonyeo terfikir yang semalam sebelum dia keluar, Gwiyeobta sudah tiada di ruang tamu. Sonyeo mengetuk manja kepalanya dengan tangan kirinya, rasa bersalah menyelubungi diri.
Sonyeo berjalan mengelilingi kawasan perumahannya untuk mencari Gwiyeobta, tapi tiada. ‘Ke mana agaknya dia pergi?’ fikiran Sonyeo kini hanya ada Gwiyeobta sahaja. Yaena yang sedang mencari Gwiyeobta menggunakan GPS yang telah digantung pada lehernya juga tak dapat dikesan. “Sonyeo…mungkin rantai dia terjabut kot. Itu yang tak dapat dikesan. GPS tu dapat dikesan bila rantai tu ada kat leher dia je.” Yaena mengeluh setelah mendengar Sonyeo mengeluh dengan penjelasannya tentang GPS itu.
Sonyeo tidak mahu pulang selagi dia tidak jumpa Gwiyeobta, dia betul-betul rasa bersalah. ‘Dah dua kali aku rasa dia tak ada kat ruang tamu time malam…tapi first aku tengok dia masih ada, second ni…tak ada pulak dan dia tak ada masa…Chanyeol muncul!’ Sonyeo membuntangkan matanya. “Takkan dia yang curi Gwiyeobta…”, Yaena memandang wajah Sonyeo setelah mendengarnya. “Siapa?!”, pertanyaan mengejut dari Yaena itu tidak dilayan oleh Sonyeo yang masih berasa ragu-ragu ingin menuduhnya.
Malamnya, Sonyeo menunggu Chanyeol di koridor bilik tidurnya. Tepat jam 12 tengah malam, Chanyeol muncul di hadapan rumah Sonyeo sambil melambaikan tangannya. Sonyeo menuruni tangga rumahnya dengan perlahan-lahan, ‘aku kena selidik latar belakang dia.’ Sonyeo keluar dari rumahnya, mendekati Chanyeol. Senyuman manis yang diukir oleh Sonyeo dibalas, Chanyeol turut tersenyum padanya. Mereka berdua sedang berbual di taman, langit pula mengeluarkan bunyi guruh sebagai petanda bahawa ia nak turunkan hujan.
Dengar sahaja bunyi guruh, Chanyeol memandang resah pada langit malam itu. “Kenapa?”, Sonyeo bertanya. “Erm…macam nak hujan aje.”, Chanyeol menjawab sambil dahinya dikerutkan. Apabila hujan mula rintik-rintik turun, kegelisahan Chanyeol ketara. “Dah hujanlah! Saya nak balik!”, Chanyeol terus meninggalkan Sonyeo tanpa menoleh ke belakang. “Chanyeol!”, Sonyeo melihat Chanyeol berlari begitu pantas sekali. Sonyeo cuba mengekori Chanyeol dari belakang, tapi dia ketinggalan jauh lalu pulang ke rumah.
Semalaman Sonyeo tidak dapat melelapkan matanya memikirkan Gwiyeobta dan juga Chanyeol. ‘Kenapa Chanyeol takut hujan macam Gwiyeobta? Gwiyeobta pun akan lari sepantasnya bila hujan turun.’ Sonyeo mengeluh. Sonyeo mencapai telefon bimbitnya, naluri hatinya menyuruhnya membuka GPS Gwiyeobta. Cuaca hujan di luar menyukarkan pengesanan GPS itu, Sonyeo mengeluh lagi. Sebelum telefon bimbitnya diletakkan atas katil, suatu bunyi pengesanan GPS mengejutkan Sonyeo. Pantas dia menolehkan kepalanya pada skrin telefon bimbitnya, ‘Gwiyeobta…’
Sonyeo terus berjalan mengikut pengesan GPS itu. Walaupun hujan masih lebat, dia tetap ingin mencari Gwiyeobta. Sonyeo sudah semakin hampir dengannya. Sonyeo menyimpan telefon bimbitnya dalam poket seluar, matanya berkeliaran di kawasan itu. ‘Mana agaknya dia bersembunyi?’ perlahan-lahan Sonyeo berjalan di tempat yang gelap dan hanya kedengaran suara hujan. “Gwiyeobta…” Sonyeo terdengar sesuatu selepas dia bersuara. Bunyi tapak kaki atau mungkin seseorang juga berada di situ. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa dilihatnya dalam keadaan yang gelap itu.
Sonyeo mengambil semula telefon bimbitnya, membuka pengesan GPS. ‘Tak ada? Tadi dapat dikesan, sekarang tak ada pulak? Macam mana dia boleh buka and pasang rantai tu sendiri? Mesti ada seseorang curi dia.’ dahinya berkerut setelah berfikir. Sonyeo mula rasa berdebar-debar, dia berasa dirinya diperhatikan sekarang. Dia menarik nafasnya perlahan-lahan dan menghembusnya perlahan-lahan, dia mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang. Pantas dia menoleh, terpampang muka seseorang yang memeranjatkannya.
“Chanyeol!”, Sonyeo terkejut apabila Chanyeol muncul di belakangnya. Sonyeo mendongak ke langit, ‘tak perasan hujan dah berhenti…’ Sonyeo rasa dugaannya betul bahawa Chanyeol yang mencuri Gwiyeobta darinya. Sonyeo meninjau belakang Chanyeol, cuba mencari kelibat Gwiyeobta yang tadi dikesan menggunakan GPS. “Awak buat apa kat sini?”, tanya Chanyeol pada Sonyeo. “Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu…awak tahu kan saya tengah cari haiwan saya yang hilang, kenapa awak boleh tanya macam tu?”.
Chanyeol mengeluh, Sonyeo perasan sesuatu ditangannya sedang menyembunyikan sesuatu. “Awak sembunyikan apa dari saya? Kat tangan awak tu?”, Sonyeo melihat riak wajah Chanyeol yang berubah serta-merta. “Erm…tak…mana ada saya…”, belum habis ayat Chanyeol itu Sonyeo terus merampasnya. Makin terkejut Sonyeo dibuatnya apabila mendapat tahu barang yang disorok oleh Chanyeol itu adalah rantai Gwiyeobta. “Chanyeol! Awak yang curi haiwan saya kan?!”, “Tak…bukan saya lah…saya tak curi…saya…”
Sonyeo terus beredar dari situ, mencari Gwiyeobta di sekeliling tempat itu. Hampir setengah jam dia mencari, Chanyeol hanya memerhati. Akhirnya Sonyeo berputus asa, dia melutut di situ lalu menitis air matanya. “Chanyeol…mana awak sembunyikan dia? Pulangkanlah…”, Sonyeo bersuara sambil menangis seperti merayu pada Chanyeol. “Saya tak curi dia…”, Chanyeol turut melutut berhadapan Sonyeo. “Kalau bukan awak, siapa lagi?! Dah terbukti awak yang pegang rantai dia! Penipu! Saya benci awak!”
Sonyeo bangun dari melutut, dia dah tidak berdaya ingin mencari Gwiyeobta lagi. Melihat skrin telefon bimbitnya, jam 5.50 pagi. ‘Dah nak subuh…’ Sonyeo mendongak ke langit. Langkahnya terhenti, dia termenung seketika sambil memandang tanah. “Sonyeo…”, suara garau Chanyeol telah menyedarkan Sonyeo dari lamunan. Sonyeo menoleh ke belakang, memandang Chanyeol yang berwajah sayu itu. Chanyeol turut memandangnya, mereka berdua bertentangan mata. Sonyeo berdebar-debar ditenung begitu. Sonyeo menarik nafasnya, meleraikan rasa debaran di hatinya itu.
“Sampai hati awak curi haiwan kesayangan saya. Chanyeol…awak mengecewakan saya. Awak tak tahu yang saya dah jatuh cinta dengan awak. Buktinya saya tak marah awak menceroboh rumah saya, pertama kali saya nampak awak…saya dah jatuh cinta pada awak. Tapi apa yang awak buat ni dah melampau! Saya sayang haiwan tu! Saya tak kisah orang ejek dia pelik atau buas! Saya tetap sayang dia! Erm…sama macam awak, pertama kali saya nampak dia…saya dah suka. Comel sangat…dia pun tak suka hujan macam awak. Haiwan tu juga ada mata macam awak, baru saya perasan. Matanya warna biru menyala macam warna api biru…ia sama macam awak juga. Kenapa mesti awak yang mirip dengannya? Kenapa awak? Saya…rasa…”, Chanyeol terus memeluk tubuhnya. Sonyeo terkejut dengan perbuatan Chanyeol, Sonyeo hilang kata-katanya. “Terima kasih kerana menyayangi haiwan pelik tu. Terima kasih sangat-sangat!”, Chanyeol berbisik di telinga Sonyeo. “Tapi…kenapa awak yang ucap terima kasih?”, pelukan tadi dileraikan perlahan-lahan.
Chanyeol dan Sonyeo merenung mata masing-masing, Chanyeol tersenyum sebelum menjawab soalan Sonyeo. “Sayalah haiwan pelik tu…”, “Saya tak faham…”, Sonyeo berbohong. Memang dari awal dia rasa haiwan itu adalah sumpahan, dia berpura-pura. “Awak akan tahu selepas pukul 6 pagi, saya dapat jadi manusia apabila menjelang 12 tengah malam dan bertukar ke bentuk sumpahan semula selepas pukul 6 pagi.”, setelah Chanyeol berkata begitu. Sonyeo terus melihat jam di telefon bimbitnya.
‘Sekarang pukul…5.59 pagi. Lagi seminit je.’ Sonyeo menitiskan air matanya. “Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa awak disumpah macam ni? Siapa yang buat?”, soalan bertubi-tubi dari Sonyeo hanya dibalas dengan senyuman oleh Chanyeol. “Jawablah! Awak dah kesuntukkan masa ni! Jawablah cepat!”, suara esakan Sonyeo semakin kuat. Chanyeol memeluk Sonyeo, cuba meredakan tangisan Sonyeo. “Tunggu malam nanti, baru saya jawab. Sabarlah…”, Chanyeol berbisik. Sonyeo peluk erat tubuh Chanyeol sambil memejam matanya seperti tidak mahu melepaskannya dari pelukan.
Tepat jam 6.01 pagi, Chanyeol berubah menjadi Gwiyeobta. Sonyeo membuka matanya, melihat dirinya sedang memeluk haiwan pelik itu. Sonyeo tersenyum lebar, berasa lega. “Gwiyeobta…dah kembali.”, Sonyeo mengusap bulu haiwan pelik itu dengan rasa kasih. Sonyeo melihat di tapak kaki Gwiyeobta ada rantai GPSnya, Sonyeo memasangnya di leher Gwiyeobta semula. Membawanya pulang ke rumah, memandikannya, diberi makan dan minum, dan macam-macam lagi aktiviti yang dilakukan olehnya.
Seharian Sonyeo berkepit dengan Gwiyeobta, Yaena yang memerhati dari tadi berasa terharu dengan keperihatinan Sonyeo terhadap haiwan pelik itu. “Sonyeo…kau asyik berkepit aje dengan dia hari ni. Cemburu pulak aku tengok.”, Yaena mengusap bulu haiwan pelik itu. “Kau ni…aku risau dia hilang lagi…sebab tu aku tak nak lepaskan dia.”, Sonyeo turut mengusap bulu haiwan pelik itu. “Sonyeo, aku kena pergi meeting dengan pihak atasan.”, Yaena berjalan ke keretanya. “Lama sangat ke?”, soalan Sonyeo dibalas dengan gelengan kepala dari Yaena. “Kejap je…bye!”
Sonyeo bersiar-siar di kawasan taman permainan bersama Gwiyeobta, ‘dia berubah jadi macam ni sampai bila agaknya?’ Sonyeo mengeluh. Sonyeo duduk di bangku berteduhkan pokok, merenung Gwiyeobta dengan pelbagai soalan di minda. ‘Kenapa dia disumpah jadi haiwan pelik pulak? Mesti ada sesuatu tak kena dengan dia…sebab tu dia disumpah.’ Sonyeo mengeluh sekali lagi. Berasa letih dengan semua yang ada di sekelilingnya, ‘kenapalah aku boleh suka dengan dia?’ wajahnya diraup dengan tangan kirinya.
Perasaan Sonyeo yang penuh dengan kasih pada Gwiyeobta dan cinta pada Chanyeol semakin terhakis kerana keadaannya yang memerlukan kesabaran, tapi Sonyeo berasa itu semua adalah bebanannya. Sonyeo mengambil keputusan untuk meninggalkan Gwiyeobta di situ dengan berpura-pura membeli makanan ringan di gerai berdekatan, tapi Gwiyeobta itu adalah manusia yang telah disumpah. Gwiyeobta mengekori Sonyeo ke mana sahaja dia pergi, Sonyeo mengeluh dengan keadaannya yang huru-hara itu.
Tiba-tiba sahaja hujan turut, Sonyeo tahu hujan adalah kelemahan Gwiyeobta dan juga Chanyeol. Sonyeo mengambil kesempatan itu dengan lari sepantas yang boleh, meninggalkannya jauh dari sisinya. Sonyeo berhenti di lorong, dia menitiskan air matanya. “Maafkan saya, awak…saya dah tak sanggup nak hadap awak yang berupa serigala tu.”, esakan Sonyeo itu telah pun didengari oleh Gwiyeobta atau Chanyeol yang dari tadi mengekori Sonyeo ketika dia berlari.
Ketika jam 12 tengah malam menjelang, Gwiyeobta berubah menjadi Chanyeol. Dia menjabut rantai GPS dilehernya, mencampakkannya jauh-jauh. Chanyeol berasa amat marah dengan Sonyeo yang hanya suka pada rupa bukan hatinya, dia terlalu marah sehingga matanya berubah menjadi warna merah. Tangannya digenggam kuat, dia menumbuk batang pokok di hadapannya sehingga terbakar. Chanyeol mengeluh dengan perbuatannya itu, dia teringatkan sesuatu setelah dia disumpah dalam hutan. “Aku akan kekal macam ni kalau tak ada seorang pun sudi terima aku seadanya.”, Chanyeol mengeluh lagi.
“Saya sudi!”, suara seseorang di belakang Chanyeol telah memeranjatkannya. Chanyeol menoleh ke belakang, ‘macam kenal je…erm…’ dahi Chanyeol berkerut melihat orang itu. “Yaena?”, Chanyeol melihat orang itu mengangguk. “Saya dah tengok dengan mata kepala saya sendiri awak berubah tadi. Sebenarnya saya ternampak Gwiyeobta berlari ke sini, saya ekorilah dia…rupa-rupanya, rupa peliknya itu menyembunyikan sesuatu iaitu awak.”, Yaena berkata dengan penuh keyakinan. Tapi dihati Chanyeol kini ada Sonyeo dan selamanya.


Sonyeo & Chanyeol (kisah kedua).
Nantikan kisah seterusnya.


“Sebuah kisah cinta yang memerlukan kesabaran, jika tidak hancurlah segala-galanya. Sonyeo hanya jatuh cinta pada rupa Chanyeol dan juga Gwiyeobta, dia tidak sanggup menunggu Chanyeol berubah semula. Bagi Sonyeo, sumpahan Chanyeol itu adalah satu bebanan sahaja. Tapi Chanyeol tetap menyintai Sonyeo, walaupun Yaena mengatakan dia sudi menerima Chanyeol seadanya.” -Nisa-